Tuesday, September 4, 2012

Syukur Pada-Mu..


Syukur alhamdulillah sebab Allah masih panjangkan umur cha.. Kalau tak cha pun tak tau macam mana situasi cha sekarang..

Hari Jumaat ari tu kan Hari Kebangsaan. So, ramai yang cuti kan. Macam biasa cha buka kedai ngan pembantu sorang lagi nama nya Kak Ani.. Customer pun tak ramai sangat mungkin ramai yang balik kampung atau pergi bercuti.

Petang Jumaat tu terjadi sesuatu kejadian yang tak terduga.. Cha ngan kak ani duk leka tengok cerita AdamHawa kat youtube. Lepas tu datang seorang customer ni nak spray.. Masa dia masuk kedai tu pun cha dah rasa tak sedap hati.. Bila dia masuk kedai je cha terus bangun pergi dekat dia. Lepas dia bayar harga spray dia pun keluar.. Masa tu dia berdua dengan kawan dia. Kawan dia tunggu kat motor je..

Lepas beberapa minit tiba-tiba dia masuk lagi dalam kedai.. Masa tu kak Ani tengah susun duit. Tu memang hobi dia yang pelik.. Cha tengok pun tak berkenan, banyak lagi benda lain nak buat kan.. Masa tu Cha terus suruh dia tutup drawer tu.. Budak tu kata nak kepala paip tau. Cha suruh la kak Ani tunjuk kat mana tempat nye.. Alih-alih tengok budak tu dah keluar kan pisau ranbow.. Terkejut tahap dewa la cha time tu..Rupanya dia nampak kak Ani pakai gelang emas.. Dia acu pisau tu kat kak Ani minta gelang tu siap pegang tangan kak Ani lagi. Kira masa tu kitorang dah terkepung kat kaunter tau..

Dia tak dapat nak buka gelang emas kat tangan Kak ani tu..Yang kak Ani pulak boleh menyorok belakang Cha. Masa tu cha pun dah tak ingat apa yang cha cakap kat dia.. Lepas tu budak tu boleh buka drawer yang ada cash money. Yang peliknya dia tau macam mana nak tekan button untuk buka. Nampak sangat dah biasa buat keje haram ni.. Bila nampak dia buka je cha terus tepis cash drawer tu ke tepi. Masa tu tak perasan pulak kat mana pisau dia. Dia pun berundur sikit. Terus cha menjerit sekuat-kuat hati minta tolong.. Kelam kabut budak tu lari, yang kawan dia pulak dah standby kat atas moto.

Kebetulan masa tu ada customer nak beli barang. Bila dia nampak cha menjerit dia terus follow moto tu. Tapi faham-faham jela kalau kereta kejar moto memang tak dapat punya. Hanya dapat plat number je. Sebelum tu jiran-jiran yang kat rumah semua keluar sebab dengar cha menjerit. Cha terus call abg cha beritau ada perompak. customer yang kejar moto tu pulak dah call polis.. Dalam 10 minit polis pun datang amik keterangan. Bila bagi no plat moto tu tengok no palsu.. Memang macam haremm kan..

Masa tu cha rasa nak termuntah pun ada. Sebab lepas jerit sekuat2 hati tu kan.. Rasa dah bukan suara cha tu. Cha jerit tu campur ngan cha marah ngan budak tu. Dengar pun seram macam tengok cerita hantu..huhu.. Senang je cara nak cari duit. Kita ni kerja dari pagi sampai petang, susah payah nak cari duit. Dia boleh nak main acu-acu pisau. Tapi serius tau, masa tu memang panik. Nak capai apa-apa pun tak sempat. Sebab harapkan cha sorang je. Kak ani masa tu dah terdiam mungkin dia takut sangat2..

Petang tu memang tutup kedai awal. Lepas tu pergi balai polis ngan abg cha untuk buat report.. Dah buat report kena datang balik belah malam sebab insp nye takde. Cha pulak nak kena pegi Kemaman esoknya. Last2 cha balik je Banting. Malam tu insp sms cha tanya kenapa tak datang jumpa dia..huhu.. At last memang sepanjang ke Kemaman cha terpakse jawab panggilan dari pihak polis. Tula, sapa suruh tak pergi balai.. Padan muka aku..huhu..

Cha harap lepas ni tak terjadi lagi benda2 macam ni.. Sesiapa yang suka sangat pakai barang kemas tu harap sentiasa beringat.. Kalau setakat kat kedai ni je takyah nak pakai. Kalau nak pakai je kat rumah.. Kena ingat perompak ni sanggup buat apa je untuk dapatkan apa yang dorang nak lagi2 dalam keadaan panik.. Takut dia bertindak ganas terus apa-apakan kita kan..

Dengar cerita memang ada kumpulan samun ni area tempat cha. Dan paling tak sangka bila ada salah sorang dalam kumpulan tu adalah anak polis.. Yang tu cha tak tau la tapi ramai yang cakap macam tu. Sebab tu la sampai sekarang dorang boley sesuka hati nak buat keje terkutuk dorang tu..Wallahualam..









No comments: