Monday, September 10, 2012

Update Blog Laju-Laju Time Tak Bz nie haa...


Agak lama cha tak conteng-conteng kat blog ni.. Walaupun takde la lama mana pun. Tapi tengok blogger lain rajin update tiap-tiap hari.. Cha ni sebenarnya tunggu ada idea je baru nak menaip kat blog ni.. Lagi satu akhir-akhir ni sibuk sikit.. Tak tau la macam mana boleh sibuk.. Mungkin sebab awak bulan kot.. Macam-macam nak kena buat. Dengan barang-barang sampai lagi..hehe

Dan sebenarnya takde apa yang menarik untuk dikongsi untuk kali ni.. Lepas balik dari Kemaman minggu lepas, cha kerja macam biasa. Cuti baru-baru ni pun just balik Banting dan pengsankan diri puas-puas.. Nak cerita pasal pergi Kemaman pun benda dah basi.. So, takyah la nak penatkan diri menaip..hehe

Cuma baru-baru ni la.. Cha tengok ramai kawan-kawan cha yang dah tunang dan dah ada yang kahwin.. Cha suka tengok gambar yang dorang upload dekat fb. Cantik-cantik dan hensem-hensem belaka.. Macam biasa la, bila tengok mula la rase sedih sikit. Yela, cha jugak yang still single mingle tau. Tapi time tengok gambar dorang dalam fb jela kan.. Lepas tu jadi ok balik.. Biasa la benda-benda tu kan suka memainkan perasaan.. Tapi, cha doakan dorang semua akan bahgia hingga ke akhir hayat. Mungkin jodoh cha tak sampai lagi. Ella pun kawin umur 40-an apa..Rilex je kan..huhu

So, sekarang ni cha nak fokus kat BF cha.. Bukan main lagi dia tu.. Baru masuk 2 tahun dah macam-macam nak kena ganti.. Kalau iye pun step by step la nak rosak pun. Ni nak fikir tayar lagi, service lagi, nak spray lagi.. Aduyaiii, sakit kepala nie. Tapi yang penting service kena on time. Tayar tu kemudian pulak.. Lepas ni takleh nak speed 140km/h..kena bawa slow2 je sampai tukar tayar ye cicha..haha


No comments: