Wednesday, October 24, 2012

Cian kat Cik Viva..uwaaa


 Hari isnin lepas kan cha keje sorang sebab akak yang keje kat sni tu cuti. Abang cha pulak dari pagi takde kat kedai sebab hantar order. Petang tu pulak tengah2 gayut ngan kesayangan tiba-tiba ada budak welding dekat2 ngan kedai cha datang. Ingatkan dia nak beli barang. Rupa-rupanya dia beritau kereta cha kena langgar. Memang terkejut sangat masa tu..

Cha pun dengan kelam kabut nya pergi la tengok. Elok je melekat satu van buruk kat cik viva. Tengok kat tempat driver takde orang. Memang marah la cha, lagi satu takut kalau2 orang tu taknak bertanggung jawab. Cha pun apa lagi, tekan la hon kat van tu sekuat hati.. Dahla hati nga panas tengok keadaan kereta cha..

Rupa-rupanya, owner van tu kat area kedai cha jugak. Kelam kabut la dorang datang kat van tu. Siap pelik tanya macam mana van dia berundur sendiri. Yela, sepatutnya cha yang tanya dia macam mana sampai berundur kena kereta cha.. Punya la cha jaga cik viva elok2, jaga dengan penuh kasih sayang.. Yang paling cha bengang bila budak tu cakap "sikit je kak, boley ketuk je tu.." Sesedap mulut je dia cakap, cer try kalau kena kat kereta dia.. Yang penting time tu pulak ramai sangat customer kat kedai. Cha nak tengok details kat cik viva pun tak boleh.

Sedihnye tengok cik Viva.

Dan macam biasa bila jadi benda2 macam ni cha memang akan jadi kalut. Semua orang cha call. Cha call abang cha, akak cha dan kesayangan cha. Tapi cian kat kesayangan sebab dia kena datang jauh2 nak tenangkan cha yang nga kalut ni..huhu.. Tapi owner van tu kate nak bayar ganti rugi. Kalau tak bayar memang cha bako je kedai dia nanti..huh..!!

Semalam hantar la cik viva ke workshop area umah abg cha. Tanya punya tanya, orang tu kata tak boleh nak buat sekarang sebab nak raya haji. Banyak kete nak kena siapkan. Dia suruh cha hantar next week dalam hari isnin. Tanya pulak pasal kos, dia kate yang kat pintu tu boleh ketuk lagi. Tapi bumper yang atas tayar tu memang kena tukar. Boleh kalau nak ketuk tapi nanti besi jadi tak kuat pastu lama2 warna akan terkopek2. Memang cha taknak la., yang cha tahu nak ganti baru sebab taknak nanti cha pulak kena keluar duit sebab terkopek2 kan..

So, hari isnin ni cha akan hantar cik viva ke workshop. Dan untuk Raya Haji ni terpakse la minta jasa baik Adik cha yang tersayang sangat2 tu amik cha kat Kajang. Nak Buat macam mana kan, cha taknak drive cik viva dalam keadaan dia camtu.. Cian kat Cik Viva muah2 cha..uwaaaa...


Dalam tau kemek nye...

2 comments:

~Cik Viva~ said...

Salam....

Bile tgk viva tu terus tringat viva sy...tapi sy punye kne hentam dari depan oleh moto... mase kena tu rase nak pengsan bukan sebab sakit tapi sbb sedey keta da jdk camtu.....

Nenney Syahfinaz Samsuddin said...

Wsalam ~ cik viva~

Mmg sedih kalu bukan dri salah kite kan..sbb tula cha minta ganti baru,bukan juz ketuk2 je..huhu..tp time tu mmg rasa nk pngsan..tp skang cik viva dah cun blik..:-)