Monday, October 22, 2012

Sesi Minta Restu..



Semalam adalah hari yang mendebarkan bagi cha.. Nak tahu kenapa, sebab cha kena jumpa family kesayangan.. Walaupun tak jumpa semua tapi tetap rasa berdebar. Bila kesayangan tanya cha okie tak. Dengan confident nye cha jawab okie. Padahal rasa nak gugur jantung. 1st time seumur hidup nak jumpa family boypren..hahaha

Actually, planning nye nak jumpa sis dia dulu, lepas tu baru balik kampung jumpa abah pulak. So, morning2 lagi dah gerak dari Kajang.. Cha pulak bukan main ayu lagi berbaju kurung takut kena reject..hehe. Sepanjang perjalanan memang dup dap dup dap jela. Tapi muka buat rilex lagi. Sekali tengok kesayangan dia pulak yang poyo2 nebes nye. Terus cha tak jadi nebes tau..

Sebelum gerak tu kesayangan bawa pergi breakfast dulu.. Yela, morning2 dah cakap ngan dia yang cha kelaparan. Tu yang kitorang singgah makan dulu. Sampai rumah sis dia dalam pukul 1pm. Lagi dekat nak sampai lagi berdebar hati cha. Rasa nak suruh dia patah balik je..hihi

Tapi, bila jumpa je akak ngan abg ipar dia tengok dorang okie je. Bukan okie je tapi okie sangat-sangat. Walaupun banyak soalan yang ditanya tapi cha tetap rasa selesa ngan dorang. Dengan anak2 buah dia yang comel2 tapi pemalu. Cha pulak boley gelar diri sendiri as akak. Sepatutnya cha kena gelar diri cha ni untie la kan.. Terperasan muda pulak cha ni. Bukan nya apa, dalam family cha dah biasa anak2 buah panggil Cicha je. Cha pun gelarkan diri cha ni Cicha. Tu yang bila jumpa orang lain tk biasa ngan panggilan untie..

Lama jugak kat rumah sis kesayangan ni. Abang ipar dia pulak rajin bercerita pasal kesayangan time kecik2 la.. Sampai sakit la rahang cha ni gelak.. Perasaan nebes terus hilang sebab duk suka gelakkan orang.. hahaha..(gelak jahat).. Yang penting, tak habis borak lagi kesayangan dah ajak balik. Dah tak tahan la tu asyik kena bahan je. Sebenarnya nak gerak balik kampung kesayangan nak jumpa abah pulak. Nama pun sesi minta restu kan. Tu yang paling wajib jumpa.

Sampai umah abah dalam pukul 4pm. Borak2 jap ngan abah, pastu kesayangan pulak nak amik barang2 dia. Dalam pukul 5pm dah minta diri nak balik..Alhamdulillah sebab tengok akak n abah layan cha dengan elok. Dalam perjalanan balik tu memang cha pengsankan diri la.. Perasaan nebes pun dah hilang, cuma penat gelak je kat umah sis dia.. Then, sampai Kajang je singgah makan pastu jenjalan jap baru balik rumah.. Segala urusan semalam dipermudahkan cuma hujan lebat je sepanjang perjalanan.. Memang rasa lega sangat2 la lepas dah jumpa semua2.. fuhhh...huhu..

No comments: