Friday, February 3, 2012

MAMEE MONSTER


Pernah makan tak snack nie.. 
Kalau org jawa panggil 'JAJAN'..
Kire favourite dari kecik tau..
Bagi la jajan yang lelain, Mamee gak yang terpahat dalam hati aku..
Menjadi kegemaran anak tekak aku nie..hehe


Memang layan sangat makan jajan ni.. 
Sambil-sambil buat keje.. 
Nak hilangkan ngantok..


Hokeyyy... 
Nak sambung buat keje sambil kunyah jajan Mamee..
Krup...krap...krup..krap..

Thursday, February 2, 2012

Malaysia Senior vs Kelantan

Malam tadi ada perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Kelantan kat Stadium Nasional Bukit Jalil.. Si Dia ni punye la excited nak pergi tengok sebab dia asal Kelantan. Dahla aku kena keje semalam, tak macam dia cuti sebab hari Wilayah kan..

Memang dia dah beritau awal-awal pasal nak tengok bola kat stadium. Aku tak amik kisah sangat sebab biasa nye plan akan bertukar last minit ataupun tak jadi. Petang tu dia call tanya nak tengok ke tak dan masa tu dia dah ada kat stadium nak beli tiket.. Aku on jela sebab memang minat bola. Sebenarnya aku lebih kepada team Malaysia. Tapi disebabkan si dia dah belikan jersi team Kelantan, terpakse la pakai. Tapi cantik jugak sebab warna putih..cayang kat awak..hehehe

Malam tadi memang tak ramai sangat orang. Ada jugak yang pertikaikan sebab kena bayar RM10 sorang banding ngan masa Malaysia vs Selangor tak kena apa-apa bayaran. Dan sebenarnya malam tadi first time aku tengok bola kat stadium. Kalau tak tengok kat umah jela ngan abang aku. Kitorang sampai pun agak awal.. Sempat la tengok dua-dua team tu warming up sebelum perlawanan.

Pukul 8.45pm perlawanan pun bermula. Memang best giler la tengok dorang main. Mula-mula team Kelantan banyak menyerang, alih-alih Malaysia yang dapat score..(go Harimau Malaya..) Tapi tengok malam tadi pengadil macam kurang professional. Malaysia gol pun sebab bola terkena kaki pengadil. Masa tu player dah naik keatas tapi dah kena kaki pengadil so bola dapat kat Malaysia, tu yang dapat score. Then, goal keeper Kelantan malam tadi pun macam kureng sikit la. Aku rase kalu Apex yang jaga confirm tak kalah teruk malam tadi. Matyo pulak kena main kat team Malaysia. So, kat situ la sebab nye Kelantan kalah teruk kowt walaupun ada pemain import sampai 3 orang kalu tak silap aku.hehehe...

So, malam tadi Malaysia menang 5-0 menewaskan Kelantan. Tapi kira okie la, kalau Malaysia kalah malu beb.. Apa pun aku memang enjoy malam tadi. Tak banyak snap2 sebab takde camera kan. Ni pakai anset jela..huhu


Ni la muka ceria walaupun Kelantan kalah.. Cantik kan jersey tu..hehe

Wednesday, February 1, 2012

Baik Memaafkan Dari Menyimpan Dendam

Macam mana nak cerita..?

Seseorang yang pernah sakitkan hati aku muncul balik dengan niat nak minta maaf.. Aku hanya manusia biasa yang tak lari dari perasaan dendam. Sebenarnya aku dah lupa dengan setiap apa yang dia buat kat aku. Bila dia muncul balik dalam hidup aku, tiba-tiba perasaan marah tu membuak-buak..

Apa yang aku buat...?

Aku cuba untuk kawal perasaan aku. Aku tau perasaan marah semua tu hanya hasutan syaitan. Aku mula bertanya apa yang membuatkan dia tiba-tiba muncul untuk minta maaf. Rupanya dia dah menyesal dengan apa yang berlaku. Dia kata mungkin masa tu fikiran dia tak matang. Dia main cakap je tanpa fikir perasaan aku. Sebab tu aku nasihat dia., sebelum buat apa-apa fikir dulu perasaan orang lain. Letak kan diri kita kat diri orang yang kita nak sakit kan tu.. Then, aku adalah tanya sikit pasal perkembangan diri dia. Dan akhirnya aku maafkan dia. Bagi aku, baik memaafkan dari terus menyimpan ape2 perasaan samada marah atau dendam.. Dan aku rasa biar lepas ni dia tak ganggu lagi hidup aku..

Siapa Hamba Allah tu...?


Dia lah orang yang jadi pengganti dalam hati ex boyfren aku dulu. Memang teruk la masa mula-mula benda ni jadi. Nak ingat balik pun buat sakit hati je. Baik takyah fikir langsung. Sekarang ni pun aku dengar cerita yang kurang elok pasal mamat tu. Alhamdulillah, aku syukur sangat sebab hubungan aku terhenti takat tu je.. Inilah yang orang selalu cakap, setiap yang terjadi ada hikmahnya. Masa benda tu berlaku memang tak tahu apa hikmah disebaliknya. Sekarang, selepas beberapa tahun baru aku tahu..

Aku bersyukur pada-Mu, Ya Allah..

~:: Buat adik tu, kalu awak baca blog ni tolong la fikir masak-masak sebelum amik keputusan untuk teruskan hubungan ngan mamat tu.. Awak dah besar kan, orang boley tolong nasihatkan je kat sini..

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM




1.) Dia bekerja dengan Allah.. jadi 'kilang
manusia'.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA

alangkah untung nye mnjdi seorg wanita. mgpa perlu mnjdi lelaki ( tomboy, pengkid) sdgkan byk klbhan seorg wanita... renungkan

Wordless Wednesday - Aku Yang Stress

Monday, January 30, 2012

Sambut Besday + Holiday..

tak lupe bergambar ngan BF aku..


Uhuk...uhuk...punye la banyak habuk dan sawang kat blog aku nie... Rasa dah lama sangat tak conteng-conteng kat blog nie.. Tak sempat sebenarnya.. Ni pun nak cite pasal celebrate besday ari tu..hehehe..

Besday yang ke-26 aku pada 25 Disember 2011 adalah yang paling best.. Sebenarnya tiap-tiap tahun pun best.. Walaupun tahun ni takde kek tapi kitorang pegi holiday.. Tak jauh mana pun, just g Port Dickson je.. Tapi rase seronok sangat sebab semua berkumpul kecuali akak aku yang 2nd tak dapat join atas sebab2 tertentu..huhu.. So, ada la sikit2 pic kenangan yang takan aku lupa sempena besday aku..

Sebelum gerak g PD..

Ni la org yang blanje Pizza..

Akak aku yang plan last minit..

Sebelum gerak g PD, adik aku dengan murah hati nye nak blanje makan Pizza.. Nasib baik tak kena heart attack tau.. Bukan senang adik aku nak blanje2 nie.. Entah2 sebab awek dia ada kot time tu..hehe


nak kuar cari ikan bakar tpi dapat ikan siakap je nye..

ni la family aku..ramai kan..hehe

snap2 dulu..padahal gayat giler..

nak buat aksi titanic tpi dak montel ni nak masuk skali..

time ni baru nak gerak...

Memang seronok sangat time nie..bukan senang nak berkumpul ramai-ramai.. Dan bukan senang nak naik bot nie.. Sebab kitorang kena pujuk akak yang sulung.. Mula-mula dia taknak, tapi lepas kitorang buat mesyuarat pantai (sebab time tu semua nga berendam dalam air) dan pujuk punye pujuk baru la dia setuju.. Kalau tak memang tak merasa naik bot pusing-pusing PD nie..hehe..


seb baik tak jatuh...huhu
 Time ni nak balik dah.. Kitorang stay kat Tanjung Tuan Beach Resort.. Sempat la bergambar untuk kenangan.. So, tahun ni tak tau nak g mana pulak..