Friday, March 16, 2012

Bersabarlah Wahai Hati..

Baru je semalam post entry tentang kebahagiaan.. Sekarang ni terus muncul dugaan.. Kira nya dugaan dihari Jumaat.. Hurmm, harap dipermudahkan semua nya.. Aku tak kisah apa orang nak cakap pasal aku.. Aku tau siapa diri aku. Walaupun aku tak cantik tapi aku tetap ada muka.. Walaupun aku tak sempurna tapi aku tetap ada perasaan.. Selama ni aku asyik jaga dan fikir perasaan orang. Tapi kali ni aku kena fikir tentang perasaan aku..

Hidup kat dunia ni hanya sekali.. Dan kalau boleh kita mesti nak yang terbaik untuk hidup kita kan.. Tapi sedar tak bahawa sebaik mana pun kita merancang jika ditakdirkan bukan untuk kita memang takan dapat.. Ye, itulah takdir yang telah ditentukan untuk kita.. Sama macam diri aku dalam hal ni.. Aku mesti nak yang terbaik, tapi kalau bukan ditakdirkan untuk aku takan aku nak salahkan orang lain. Aku harap apa pun yang akan terjadi akan aku tempoh dengan tabah. Sentiasa la berfikir mungkin ada yang lebih untuk diri kita..

Soal hati dah perasaan memang tak boley buat memain.. Aku rasa aku akan lebih mudah terima orang yang berterus terang dari orang yang suka memain kan perasaan orang lain.. Hal ni takde kena mengena dengan sesiapa.. Hanya sebagai contoh je..hehe Apabila dah berani mencuri hati seseorang, jagalah dengan sepenuh hati.. Kalau takut untuk hadapi risiko, jangan sesekali terlintas untuk cuba mencuri hati tu.. Pesanan untuk diri sendiri jugak sebenarnya.. k bye

Thursday, March 15, 2012

Luahan Hati..

Dah lama tak luahkan perasaan dalam blog ni.. Kira blog ni dah macam diary aku.. Sebab aku ni jenis tak reti nak tulis panjang-panjang dalam buku.. Kena tulis hari-hari pulak tu.. Rasa nya tak terkira dah berapa kali aku cuba mempunyai sebuah diari tapi hanya bertahan paling lama pun 4 hari.. Memang serius ni tau bukan main-main.. Dalam blog ni jugak aku luahkan perasaan sedih, gembira, tersentap atau apa pun kategori perasaan yang ada dalam kamus bahasa..hehehe.

Sekarang ni perasaan aku bahagia sangat.. Aku bersyukur pada Allah sebab bagi aku peluang untuk merasai kebahagiaan macam ni.. Aku harap kebahagiaan ni akan kekal sebab aku tak sanggup nak hadapi kesedihan.. Kalau kesedihan tu muncul juga, aku akan tetap tabahkan hati untuk tempuh semua nie.

Kenapa aku rasa bahagia..?

Aku tak tau nak luahkan macam mana.. Biasa nya bila aku rasa gembira atau sedih aku akan cerita kat akak aku yang sulong.. Mungkin aku agak rapat dengan dia, sebab tu aku selesa untuk bercerita dengan dia.. Untuk kebahagiaan yang aku rasa sekarang ni belum sempat aku cerita kat dia.. Biasa nya aku akan minta pendapat untuk apa jua masalah atau benda-benda yang perlu..

Tapi..., harus lah ada tapi-tapi kan sebab tak ada yang sempurna dalam dunia ni..hehe.. Tapi dalam kebahagiaan dan kegembiraan biasanya akan ada dugaan.. Yang tu adalah pasti dan aku sedang lalui dugaan tu.. Walau ape pun dugaan yang datang, takleh cepat melatah..Kita kena hadapi dengan senyuman untuk tenangkan hati..Insya Allah semua akan selesai.. Semua masalah pasti dapat diselesaikan jika kita bijak untuk menyelesaikan.. Jangan amik jalan mudah untuk sesuatu perkara k..

Tuesday, March 13, 2012

3 Days Detox Diet..

Hari ni aku akan mulakan diet Detox aku setelah hancuss hari tu.. Tapi kali ni aku buat untuk 3 hari je.. Bukan apa, takut nanti kantoi lagi sedih je tau.. Pagi-pagi lagi aku dah timbang.. Nak tau nanti turun berapa banyak kan.. Yang penting berat aku naik sikit sebab sedap melantak macam-macam masa cuti hari tu..


 Ni la antara bukti-bukti yang aku sedap je makan..hahaha.. Dan sebab ini la aku kena buat diet detox balik tau.. Hope kali ni kuat semangat. Nak buat 3 hari je pun.. Tapi semangat pun kena kuat apa.. Dahla, ada kerepek pisang tanduk kat dalam ofis tu.. Meleleh jugak la tengok time nak makan buah2 yang aku bawa dari umah...hehehe



Cer tengok pic kat atas nun, bukan main semangat aku amik sushi.. Seb baik amik bekas kecik je, ikut ati nak amik yang besar tapi segan ngan kesayangan..hahaha.. So, hari ni kena makan buah-buahan untuk hari pertama.. Aku bawa bekal buah tembikai ngan jambu.. Agak-agak kalau tak cukup nanti aku beli lagi ye.. Air masak pun dah standby berbotol-botol..huhu.. Okey la, skang perut pun dah berbunyi. Aku nak meratah buah tembikai ngan jambu..:)