Saturday, March 31, 2012

Cinta Oh Cinta..

Perkara yang amat biasa dalam hubungan.. Mesti ada masa-masa untuk merajuk.. Dan paling bahagia bila dipujuk oleh tersayang.. Tapi, itulah yang mengeratkan lagi perhubungan..=)


Cinta akan lebih mendalam bila memahami diantara satu sama lain.. Sebab kita ni saling memerlukan.. Berikan sedikit masa dan insya Allah akan lebih mesra dari sebelumnya..=)

Sangat bermakna dalam alam percintaan.. Yang penting kena banyak-banyak sabar.. Jodoh ditentukan oleh Allah.. Kita lari sejauh mana pun, kalau telah ditakdirkan untuk bersama insya Allah tetap akan bersama.. 



Bila Keseorangan..

Bila nga sorang-sorang ni la cha rajin nak masak.. Bukan apa, dah bosan nak tapau kat kedai.. Asyik menu yang sama.. Sebab tu malam tadi cha rajinkan diri untuk masak.. Cha masak simple-simple je sebenarnye.. Kalau nak ikutkan memang malas sebab lepas tutup kedai dah dekat pukul 9pm.. Tapi sebab mood nak masak tu membuak-buak tu yang cha masak jugak.. Bagi cha biar simple janji sedap.. Diri sendiri yang masak harus la masuk bakul angkat sendiri..haha

So, malam tadi cha masak tumis sardin ngan cendawan tumis ngan telur.. Dari dulu sampai sekarang cha memang suka dengan sayur cendawan.. Malam tadi teringin pulak nak makan cendawan.. Tu yang cha tumis kan je.. Buat pedas sikit memang terbaik la kan.. Sardin pulak bagi asam limau lebih sikit biar hilang hanyir.


Nak masak ni sekejap je sebenarnya.. Sampai je umah cha terus masak nasi.. Pastu siap-siapkan bahan terus mula masak.. Dalam 30minit dah siap semua sekali cuma nasi je tak masak lagi.. Time tu cha pegi mandi bersihkan diri dulu.. Nanti boleh makan sambil tengok tv..



Pagi ni pulak cha ingat nak sarapan nasi lemak.. Teringin lak nak beli kat akak yang jual dekat depan 7-Eleven.. Sekali singgah tengok dah habis.. Belum pukul 9 dah habis.. Tapi memang sedap pun nasi lemak akak tu. Ingat nak cari tempat lain tapi tak tau kat mana yang sedap.. Terus cha pegi drive thru kat mekdi je.. Beli set sausage mcmuffin ngan milo panas.. Alhamdulillah, kenyang dengan apa yang ada.. Sekarang ni cha nak kemas-kemas kedai sebelum abang cha balik dari umrah..

Friday, March 30, 2012

Susah Jugak Kan..



Cha ni lebih kepada suka kan kebebasan.. Cha bebas nak buat apa yang cha suka. Cha jugak kurang suka kalau ada yang pertikaikan hak asasi cha.. Amboi, hak asasi apa sangat yang sampai nak kecoh-kecoh nie..hehe

Bukan apa, cha pernah beritau kat entry sebelum-sebelum ni yang cha jadikan blog cha sebagai tempat untuk cha luahkan perasaan cha. Sebab tu cha takde diari.. Rasanya bukan cha sorang je yang tulis hal-hal peribadi kat blog ni.. Ada ramai lagi kot..

Cha ingat lagi, dalam tahun lepas kalau tak silap cha la kan.. Ada seorang hamba Allah ni tak puas hati dengan apa yang cha tulis.. Siap hantar mesej yang bukan-bukan kat FB cha.. Memang pelik la time tu.. Rupa-rupanya dia terasa dengan apa yang cha tulis dalam blog ni.. Masalahnya sapa suruh baca blog cha.. Ni hak peribadi tau, bukan suka-suka nak bagi orang yang tak puas hati marah-marah cha.. Tapi masa tu cha memang terpaksa block dia dari FB sebab cha rasa agak melampau..

Yang tu pasal kisah lama.. Yang sekarang ni cha harap takde la jadi lagi macam sebelum ni kan.. Tak seronok la pulak bila jadi camni.. Kalau rasa akan sakit hati baca isi kandungan dalam blog cha, jangan la baca ye.. Kesian kat hati tu tak pasal-pasal akan sakit..huhu..

Pada yang terasa dengan isi kandungan dalam blog cha ni memang cha nak minta maaf banyak-banyak.. Memang takde niat pun nak buat korang terasa.. Apa-apa pun cha minta maaf la ye..

Perlu ke Kita Nak Sombong?


p/s:~ untuk peringatan pada diri sendiri..:)

Salam Jumaat..



Thursday, March 29, 2012

Allah turunkan dugaan sebab Dia sayangkan kita..


Senyumlah Walau Hati Kita Disakiti..

Nak tau tak apa ubat untuk kesedihan.. Memang betul doa dan mengadu pada-Nya adalah yang paling terbaik.. Selain tu, mengaji la untuk dekatkan lagi pada Allah.. Susah sebenarnya nak back to normal.. Bila tengah-tengah sedih ni bukan boley nak hilangkan sekelip mata.. Nak tahu tak apa yang cha buat..

Biasanya, bila cha sedih cha akan diamkan diri.. Tak amik tahu tentang hal sekeliling lagi.. Masa ni cha hanya fikir tentang perasaan cha.. Kesian kat hati cha sebab asyik bersedih je.. Tapi takyah lama-lama sangat nak menatap kesedihan tu.. Cuba bangun semula dan tengok diri kita dalam cermin.. Dengan muka sedih, mata sembab sebab mungkin baru lepas nanges pastu nampak tak bermaya je kan..

Renung ke dalam cermin tu.. Sampai bila nak kena sedih.. Lepas tu cuba senyum sikit.. Tak boley pun paksa jugak diri untuk senyum sampai boleh.. Dah senyum kan, cuba bandingkan muka kat dalam cermin tu antara sedih dengan senyum.. Mana yang lebih comel, cute dan cantik.. Tak kisah la nak puji diri sendiri kan.. Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.. Mesti lah muka yang comel dengan senyuman kan.. Insya Allah rasa sedih tu akan berkurang.. Sebab tu la kita kena senyum walaupun telah disakiti..Lupakan yang menyakitkan dan ingat benda-benda yang boleh buat kita gembira..

Cuma sekarang ni Alhamdulillah sangat sebab hati cha dah jarang disakiti.. Hati cha dijaga elok oleh seseorang yang lebih menghargai cha jika nak bandingkan dengan dulu.. Kalau ada apa-apa pun cha taknak fikir sangat.. Mungkin faktor umur ni yang membuatkan cha lebih matang dan cuba untuk faham sesuatu situasi.. Nasihat yang akan cha ingat dari dulu sampai sekarang iaitu sabar.. Bila sabar ni insya Allah akan dimudahkan urusan kita.

♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu kerana dia telah membuat hatimu kuat.

♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana.

♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu kerana dia yang mengasah ketegaranmu.
...
♥ Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu.

MORAL: ALLAH LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK....

Wednesday, March 28, 2012

Rezeki Di Petang Rabu..



First sekali kena la bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi untuk kita. Alhamdulillah sebab petang ni cha telah dimurahkan rezeki.. Tengah-tengah borak dengan budak keje tiba-tiba datang sorang customer.. Dengar dari jauh suara dia memang kenal la sangat siapa.. Dia ni seorang kontraktor tapi orang indon la.. Biasa sangat beli barang kat My Hardware..

Lepas dia beli barang, tiba-tiba hulur duit 3 keping RM50 kat cha. Mula-mula pelik jugak sebab barang dia beli cuma berapa je.. Pastu bila tanya dia suruh amik je ada org bagi katanya.. Bila cha pulangkan balik dia cakap tu duit sebab dia ada dapat projek area kedai cha. Pastu dia kata dapat pun sebab cha bagi name card dia kat customer.. Punya la malu nak amik.. Sampai merah-merah la muka.. Sebelum ni pun dia pernah bagi jugak kat cha.. Tak sangka pulak kali ni dia akan bagi lagi.. Tapi memang baik la kontraktor tu.. Nama dia Abang Amin.. Cha memang tak reti kalau ada orang bagi sumthing.. Walaupun kesayangan cha sendiri.. Yang tak tahan dengan kesayangan cha tu pun sampai dipaksa amik..huhu

Walau apapun, Cha rasa bersyukur sangat sebab diberikan rezeki time hujung-hujung bulan ni..hehe.. Semoga dimurahkan rezeki untuk Abg Amin dan dapat banyak lagi projek.. Nanti boley beli barang banyak-banyak kat My Hardware.. Esok malam dah janji nak belanja budak keje kat My Hardware n My Home Mart..

Cinta Mu Mekar Di Hati a.k.a Dalam Hati Ada Taman..



Cinta Mu Mekar Di Hati a.k.a Dalam Hati Ada Taman..
Itu lah perasaan cha sekarang.. 
Cha rasa bahagia sangat. 
Walaupun sebelum ni ada sedikit perselisihan faham tapi semua nya dah back to normal..


Lepas apa yang berlaku, cha jadi yakin dengan hubungan nie..
Bukan sebab janji yang telah diucap tau..
Tapi sebab cha percaya dengan takdir. 
Dah bermacam dugaan yang kami hadapi tapi still tetap bersama..
Apa yang penting cha kena banyak bersabar la..


Dalam masa yang sama timbul juga perasaan takut..
Cha tak tau esok, lusa atau akan datang apa akan terjadi..
Sehebat mana pun kita merancang, kalau bukan ditakdirkan untuk kita mungkin semuanya akan berakhir..
Tapi cha rasa walau apa pun yang terjadi cha akan kuat untuk hadapi semua ni.. 

~Jangan pernah persoalkan mengapa diri kita diuji, 
kerana sudah sememangnya Taraf kita yang bergelar hamba ini layak diuji..~

p/s: terima kasih ye sebab pujuk sye..:)

Tuesday, March 27, 2012

Sehari Bersama My Sis..


Malam tadi cha luangkan masa dengan akak cha.. Kan abang ngan kak ipar cha takde mengerjakan umrah.. Dah dua malam cha tido sorang kat umah.. Sebanarnya akak cha yang sulong ada kursus kat Shah Alam..  Semalam petang dia call tanya kalau-kalau cha nak datang lepak ngan dia.. Cha pun rasa macam bosan dah duk umah sorang-sorang, tu yang decide nak pegi jugak.. Lagipun, cha biasa jugak ulang alik Shah Alam sebelum ni jumpa dengan seseorang..

Cha gerak dari rumah lepas tutup kedai.. Dalam pukul 9pm baru sampai Shah Alam. Akak pulak stay kat Hotel BlueWave.. Cha sebenarnya tak tau jalan nak pegi sana..Maksud cha nak sampai ke depan lobby hotel tu. Dengan hujan lebat nya, cha pun redah je la. Tapi sampai Shah Alam hujan dah behenti.. Janji selamat sampai dan kenyang perut sebab akak cha nak belanja makan..



Kitorang pegi makan kat area Alam Sentral.. Ingat nak bawa akak makan kat Pak Mal Nasi Ayam.. Boly pulak aku tak ingat jalan.. Siap sesat-sesat pulak tu.. Terpaksa la pegi makan kat area Alam Sentral.. Tapi rasa kelakar sebab sis tunjuk jalan nak g Alam sentral.. Yang cha pulak jenis confius antara kanan ngan kiri.. Membebel la dia dalam kete sebab confius nak masuk jalan mana. huhu

Lepas makan, pegi isi minyak Mr. Viva pulak. Nanti takde la kelam kabut nak isi time nak balik kan.. Dah settle semua, baru la balik Hotel.. Akak aku beli pulak jajan untuk kunyah2 time tengok tv.. Sambil makan jajan sambil tengok cite Seniman Bujang Lapok.. Cerita tu kalau tengok beribu kali pun takan bosan.. Siap hafal dia punya dialog..hahaha



Ni la akak cha yang sama comel ngan cha.. Tapi walau apa pun cha tetap yang paling comel dalam keluarga Haji Samsuddin...huhu.. So, pagi tadi gerak dari Shah Alam dekat pukul 7am.. Dan selamat sampai ke Kajang dekat pukul 8am. Dan malam tadi rasa seronok sebab dapat lupakan masalah yang ada bila lepak n borak2 ngan akak..:)

Monday, March 26, 2012

Sweet sangat Awal Ashaari lamar Scha Al-Yahya..



Alahaiiii....sweet betul la tengok cara Awal lamar Scha.. Sebenarnya cha tak tengok pun cite propaganza ni sebab tengah keje kan.. Kawan kesayangan cha la beritau yang Awal lamar Scha.. Malam tadi terus cha cari kat youtube.. Sangat tak sangka tengok Awal pun menanges time propose Scha.. Cha yang tengok ni pun ikut nanges okie..



Yang paling sweet bila Awal melutut dan tanya kat Scha "sudikah awak jadi yang sah untuk sye.." Aduyaii, kalau cha pun confirm terkejut giler kan..Pastu ada pulak bunga ngan teddy bear yang sama besar ngan Scha.. Suka sangat tengok tau.. Apa-apa pun cha doakan korang bahagia hingga hujung nyawa.. Dan harap seseorang akan lamar cha camtu..Takde bunga pun takpe, janji teddy bear yang besar giler tu ada..hehe..



Sape2 yang tak sempat tengok propaganza semalam macam cha boley la tengok kat atas tu... Sangat-sangat sweeeettttttt...~!!!

Sunday, March 25, 2012

Insya Allah pasti akan kesana..




Hari jumaat lepas cha hantar abang dan kak ipar ke KLIA.. Dorang nak mengerjakan ibadah Umrah.. Flight dorang pukul 3a.m. So, kitorang gerak dari rumah dekat pukul 11p.m. Sampai KLIA dekat pukul 12p.m. Dari Kajang parents dan adik pada kak ipar.. Ayah ngan akak cha tunggu terus kat KLIA sebab dorang gerak dari Banting.

Sampai di KLIA, sementara nak tunggu abang dan kak ipar check in kitorang lepak secara berjemaah kat mekdi.. Time pic di snap tu dekat pukul 1a.m.. Dorang kena check in dalam pukul 2a.m.. Tu yang sempat amik gambar sekeping dua..huhu

Dalam pukul 2a.m, dorang dah kena masuk.. Yang kelakar nye abang cha tak habis-habis nebes nak naik kapal terbang. Terpaksa la kitorang gelak kan..huhu..

Tapi rasa sebak sangat bila nampak abang ngan kak ipar pergi.. Bila agaknya cha akan jejak kan kaki ke sana.. Walaupun cha dah pernah ke Mekah sebanyak dua kali tapi masa tu cha kecik lagi... Cha ingat lagi first time pegi mekah siap tertinggal bantal busuk dalam flight.. Arwah mak cite cha siap menangis suruh ayah pegi amik kat dalam flight.. Memang gila permintaan cha time tu..

Kali kedua cha pegi masa sekolah rendah.. Time tu seronok sangat sebab kitorang pergi satu family.. Tapi cha demam kat sana.. Sebab tu cha teringin nak pegi lagi.. Tapi dah besar ni kena la kumpul duit sendiri kan.. Kalau dulu boley la mak ngan ayah support..huhu

Hari ni masuk hari kedua abang ngan kak ipar ke tanah suci.. Rasa sunyi sangat-sangat kat umah..Lagi bertambah sunyi bila kat kedai.. Biasanya kalau abang cha ada boleh gak gurau-gurau ngan dia.. Ada lagi 8 hari untuk dorang balik.. Cha doakan semoga dorang selamat kembali ke sini dan dimakbulkan segala doa yang diminta semasa di tanah suci..