Saturday, April 7, 2012

Siapa Wanita Cantik?


Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!
 

Klik Dan Like:~ Tuhanku الله | Rasulku محمد | Agamaku اسلام


M.A.D.A.H..


Friday, April 6, 2012

Misi Mencari Kain Untuk Raya..

Sekarang ni dah masuk bulan April.. Tinggal berapa bulan je nak Puasa, pastu nak raya kan.. Tapi masalahnya sekarang cha tak beli lagi kain untuk buat baju raya. Rasa-rasa tahun ni nak tema purple + pink + coklat.. Amboiiii, sampai 3 pasang nak buat macam pakai je kan.. Cha rasa tiap-tiap tahun Cha akan pakai baju tu time raya je. Lepas tu memang takan pakai melainkan ada kenduri.. Dan baju raya tahun-tahun sebelum ni pun masih elok lagi sebab Cha tak pakai. Lagipun cha ni bukan jenis pegi keje dengan berbaju kurung..

Macam tahun lepas, baju raya semua disponsor kecuali upah tailor cha la yang bayar sendiri..hehe.. Sebab tu tahun lepas ada dua pasang je.. So, tahun ni rasa nak lebih sikit..Lebih sepasang je kot.. Sekarang ni tengah rambang mata duk tengok kain cotton kat FB yang orang jual online tu. Harga pun boley tahan. Takat ni ada dah berkenan dua pasang.. Tinggal tunggu gajian je ni. Yang lagi sepasang cha nak cari sendiri kat kedai.. Kang takde feel pulak kalau semua beli online kan..

Okie la, nak sambung tengok kain-kain yang dorang jual online kat FB.. Yang penting tetap ngan tema tahun ni iaitu purple + pink + coklat..hehehe...

Thursday, April 5, 2012

For Him, Please Read This..

When a girl WALKS for miles to see u.:'(

When a girl SAYS SORRY even though she didn't do anything.:'(

When a girl CRIES bcz she still loves/misses u. :'(

When a girl still TRIES TO GET U BACK. :'(

When a girl no matter how much U HURT HER STILL LOVES U. :'(

when a girl STOPS her argument with her guy to SAFE her relationship. :'(

When a girl continously MAKES U FEEL SPECIAL and TRIES TO MAKE U HAPPY. :'(

When a girl is upset but DOES NOT tell u as she thinks she is ANNOYING U. :'(

When a girl wants to LEAVE u bcs of ur RUDE BEHAVIOUR but she is not able to do. :'(

DO NOT LET HER GO, bcz U MAY NEVER FIND SOMEONE LIKE THAT EVER AGAIN. ♥ SHE MAYBE VERY SPECIAL AND GOD'S GIFT FOR U.




Juz click here and Like for more Inspirational, Motivational & Moral Stories For All..

Wednesday, April 4, 2012

Rindu Kat Awak..




Itulah yang cha buat bila bersama dengan kesayangan.. Memang masing-masing sibuk dengan kerja.. Tapi dengan cara ni la lebih mengeratkan lagi hubungan kami.. Dan ayat ni memang cha tuju khas untuk kesayangan.. Nak tuju-tuju pun, si dia bukan ada masa nak baca blog kite nie..hehe..

Cha makin yakin dengan cinta yang cha dapat.. Insya Allah, jika dia adalah jodoh yang ditentukan untuk cha.. Walaupun makan masa bertahun-tahun, cha akan tunggu dia sebab dialah cinta hati cha dari dulu, kini dan insya Allah untuk selamanya..

I Am Left Handed..




Ye....Cha ni seorang yang left-handed.. Nak buat apa pun mesti nak guna tangan kiri.. Kecuali nak makan yang tu semestinya guna tangan kanan.. Seingat cha dari kecik lagi cha dah selesa gunakan tangan kiri.. Lagi-lagi masa menulis.. Ingat lagi arwah mak pernah marah cha sebab menulis guna tangan kiri.. Ada jugak berusaha nak tukar kepada tangan kanan.. Tapi memang tak boley.. Tetiba rasa macam buruk sangat tulisan cha..huhu.. Sebab tu la sekarang ni cha boleh menulis guna dua-dua tangan.. Tapi lebih kepada yang kiri dan sebab tu kot cha confius mana kanan dan mana kiri.. Macam takde kena mengena je kan..ngeeee..


Tapi, persoalan nya sekarang..Pelik sangat ke kalau tengok orang yang buat keje dengan tangan kiri.. Kadang-kadang yang gelak kan sebab rasa pelik cara kita pegang gunting ke pen ke atau apa-apa yang menggunakan tangan kiri.. Biasa nya yang cha jumpa, orang akan rasa unik walaupun ada sedikit pelik tengok cha guna tangan kiri.. Tapi macam tadi, ada customer tu siap gelak kan sebab budak keje gunting netting dengan tangan kiri.. Ye, budak keje kat My Hardware ni semua left handed ye.. Mungkin dorang nampak pelik sebab gaya orang tangan kiri buat keje ni lain macam sikit.. Sebenarnya kitorang amat selesa dalam melakukan sesuatu.. Even masa menulis pun, walaupun nampak pelik sebab kertas akan disengetkan 45o tapi memang macam tu la cara kami menulis..hehehe.. Apa-apa pun cha rasa bangga sebab cha boley menulis dengan tangan kiri. Dan tak ramai yang boleh menggunakan tangan kiri yang membuatkan ianya unik dan nampak comel je bila menulis..hahaha


Tuesday, April 3, 2012

JODOH ITU RAHSIA ALLAH S.W.T


JODOH itu rahsia ALLAH S.W.T.
☻♥☻
/█\ /█\
.||. ||.

ツ SEKUAT mana kita setia...
...
ツ SEHEBAT mana kita merancang...

ツ SELAMA mana kita menunggu...

ツ SEKERAS mana kita bersabar...

ツ SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita...

ツ.. •.♥• Jika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama dia...
Kita tetap tidak akan bersama dengannya •.♥•

ツ.. •.♥• Jika ALLAH telah menulis jodoh kita bersama dia...
Kita tetap akan bersama dengannya •.♥•

Monday, April 2, 2012

I'm Not Always Confident As I Look..



Macam-macam yang timbul dalam diri ni.. Kadang-kadang rasa tak yakin. Tapi lepas ada yang memberi nasihat cha jadi yakin balik.. Macam mana agaknya nak biarkan keyakinan tu terus ada dalam diri cha ni.. Cha pun rasa tak seronok bila jadi macam ni..

Kalau boleh cha nak sentiasa yakin.. Cha jugak pernah ingatkan diri cha yang semua yang berkaitan dalam hidup kita ni telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Tapi kenapa cha masih rasa tak yakin.. Sedangkan cha dah bersedia untuk apa jua dugaan dalam hidup cha.. Mungkin dalam kata dah sedia tu, ada jugak rasa kurang yakin dalam sesetengah hal..

Cha nak ingatkan diri cha untuk sentiasa yakin dalam apa jua perkara.. Cha jugak nak keyakinan tu terus ada dalam diri cha.. Demi masa depan cha jugak.. Susah untuk cha buat keputusan.. Tapi, bila cha dah buat sesuatu keputusan memang susah untuk ditukar.. Insya Allah, cha akan beri yang terbaik  untuk masa depan cha..

Cha percaya pada takdir, cuma cha kena yakin.. Cha harap semuanya akan berjalan dengan mudah.. Ini adalah pilihan cha, dan cha harap dapat tempuhi segala dugaan dengan orang yang cha sayang.. Insya Allah... Cha akan terus yakin dan yang paling penting adalah sabar.. Perkara yang cha tak akan lupa dari dulu sampai sekarang ialah sabar..


DOA BUAT KEKASIH


Ya Allah….
Seandainya telah engkau catatkan… 
Dia milikku tercipta buatku… 
 Satukanlah hatinya dengan hatiku… 
Titipkanlah kebahagian antara kami…. 
agar kemesraan itu abadi… 
Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… 
Seiringkanlah kami melayari hidup ini… 
Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… 
Seandainya telah engkau takdirkan…. dia bukan miliku… 
Bawalah ia jauh dari pandanganku…. 
Luputkanlah ia dari ingatanku… 
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku kekuatan… 
Melontar bayangannya jauh ke dada langit… 
Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia… 
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… 
Gantillah yang telah hilang…. 
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… 
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… 
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… 
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… 
Adalah yang terbaik buat ku…. 
kerana engkau maha mengetahui… 
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… 
Di dunia dan di akhirat… 
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… 
Jangan engkau biarkan aku sendirian… 
Di dunia ini mahupun di akhirat… 
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… 
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… 
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup… 
Ke jalan yang Engkau redhai… 
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin. .