Saturday, April 14, 2012

Lagu Khas Untuk Orang Tersayang..

 
 
Lirik Lagu Cinta Bersatu - Liyana Jasmay

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Nombor Misteri..

Actually takde la misteri sangat.. Tapi hati ni tertanya-tanya la jugak siapa empunya nombor.. Nak ikutkan cha ni memang jenis tak ingat no telefon orang lain.. Nak hafal pun susah kecuali orang-orang tersayang macam adik beradik ke.. Itupun ada jugak yang cha tak hafal...hehe

Nak dijadikan cerita ada satu hari ni ada orang miscall no hp cha. Lemah betul la orang main miscall nie. Kalau ada apa-apa call la terus.. Macam tau-tau je cha ni tak suka jawab phone melainkan naik nama ataupun nombor selain hp.. Tak terfikir pulak nak call balik masa tu sebab tengah busy dengan stok barang yang baru sampai..

Then, malam tadi cha anto la sms tanya sape empunya nombor.. Haruslah anto sms je, membazir credit cha je nak call sebab tak tau sape kan.. Tapi bila ditanya dia kate kawan lama.. Tanya nama pun taknak jawab.. Oh, yela...mungkin dia ingat dia sorang je kawan lama cha kot.. Mana la cha ingat kalau tengok kat no phone je..

Yang tu takpe lagi, pastu dia kate taknak ganggu cha sebab cha tengah gembira sekarang nie.. Siap tanya ada orang nak datang merisik ke.. Bukan main lagi soalan dia kan.. Kalau ada memang alhamdulillah, syukur sangat.. Masalahnya takde sape nak datang merisik..huhu

Akhir sekali dia ucap semoga bahagia.. Orang dah mendoakan kite so kenalah berterima kasih kan.. Seriously, cha memang tak tau siapakah orang tu.. Apepun mekaceh la sbb tak beritau nama..huhu

Friday, April 13, 2012

Biarlah Rahsia..


 Sebenarnya ada benda cha nak tulis untuk hari ni. Tapi atas sebab-sebab tertentu cha terpaksa rahsia kan untuk kebaikan semua pihak.. Point nya cha dah boleh kembali senyum lepas apa yang terjadi..

Ada perkara yang tak sabar cha nak tunggu bila sampai waktu nya.. Actually ada banyak perkara yang insya Allah akan terjadi jika di izinkan.. Salah satunya haruslah berkenaan masa depan cha.. Cha pun tak boleh nak cerita kat sini.. Nanti sampai masa cha akan post jugak kat blog ni ye..

Cha doa sangat akan dimudahkan segala urusan.. Dan cha berdoa impian cha akan jadi kenyataan. Kalau boleh cha taknak sedih lama-lama.. Sekarang ni pun Alhamdulillah cha dah tak sedih lagi.. Nak tau tak kenapa? Sebabnya cha......... Hurmm, mana boleh cerita.. Nama pun biarlah rahsia, so akan cha simpan je. Cha tak boleh nak pentingkan diri sendiri.. Cha kena jaga hati orang lain jugak..

Okeylah, jangan lupa next entry cha akan cerita apa yang cha rahsia kan dan apa yang buat cha gembira...hehehe.. Yang pasal Mr. Viva tu cha akan cerita after next entry.. Tunggu Mr. Viva izinkan dirinya di snap lagi..hahaha

Thursday, April 12, 2012

Hobi Baru...



Sebenarnya bukanlah hobi baru.. Tapi hobi tiap kali nak dapat gaji..hehe.. Kalau dah nama pun gegurl haruslah ada nafsu untuk shopping.. Macam cha pulak tengah ada hobi shopping online.. Biasanya cha akan tengok-tengok je.. Sekarang ni rasa berkenan je terus nak order.. Aduyaii, rasa dah tahap kronik nie.. Bukan apa, kalau tak dikawal kang ada yang kena puasa sementara nak tunggu gaji akan datang..

Kita ni bertindak tak boleh ikut nafsu sangat.. Cara-cara nak mengatasi nya pun kena ada jugak.. Kalau cha la kan, jangan ada duit dalam akaun.. Biasanya cha akan keluarkan semua sekali.. Tolak bayar kereta, bayar duit kutu ngan simpan kat ASB, selebihnya cha akan simpan sendiri untuk buat belanja. Masa tu berkenan macam mana pun tak boleh jugak nak beli sebab akaun nga takde duit.. Kalau nak bank in pun memang bercinta la jugak nak pergi Kajang yang sentiasa sesak tu..Nak pergi bayar duit kereta pun malas, kadang-kadang tu tunggu balik Banting baru singgah bank..

Macam sekarang ni memang tengah gila tengok kain pasang.. Lepas tu gila pulak tengok handbag kat online.. Tengok macam mengada-ngada kan.. Padahal cha ni bukan jenis pakai handbag. Tapi mata tu gatal jugak nak tengok. Bukan takat tu je, macam benda la cha tengok termasuk la shawl dah pashmina. Kalau dah berkenan kat shawl atau pashmina ni kena pulak beli dia punye inner.. Nak ikutkan dah berapa dah tu.

So far, shopping online kire murah la jugak.. Kualiti pun puas hati walaupun ada tersalah hantar barang tapi tetap cantik.. Ada hari tu cha beli shawl siap dapat free inner bawal untuk pembelian RM50 ke atas.. Best kan, sebab kat luar tak sure ada ke dapat free nie. Cha survey kat luar pun kalau jenis yang sama orang tu jual RM15 tapi kat online cha bole dpaat harga RM12.. Hurmmm, agak berbaloi la cuma kita tak dapat tengok kualiti barang tu.

Lagi satu, cha ni bukan mudah nak caya dengan jualan online ni tau.. Tapi satu cara yang cha buat cha akan baca wall orang tu dan tengok respon dari orang yang pernah beli.. Kalau memuaskan hati baru cha akan cuci mata kat situ..hehe

So, sekarang ni hanya boleh buat hobi untuk cuci mata jela ye.. Kalau nak shopping lebih2 tu tak boley la.. Beli ikut keperluan bukan ikut kehendak. Yang penting ada suit lebih baik menabung. Mana tau tetiba Mr. Viva buat hal kan.. Ni pun ada retak sikit kat cermin depan.. Tapi tu nanti la cha cite kat next entry. Nasib baik tak retak seribu macam Tuan nya ni..hehe

Wednesday, April 11, 2012

Gempa 8.5 SR


VIVAnews – Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika menganalisis kekuatan gempa yang berlaku wilayah Sumatera. Data terbaru menunjukkan kekuatan 8.5 skala richter. Sebelumnya diumumkan berkekuatan 8.9 SR.

Pacific Tsunami Warning Center yang berkedudukan di Hawaii mengeluarkan amaran tsunami setelah gempa 8.7 skala Richter menggegarkan laut dekat Simeuleu, Nanggroe Aceh Darussalam.
PTWC meramalkan, jika terjadi tsunami, maka gelombang itu dijangkan tiba pada pukul 16.21 di Simeulue, pukul 16.31 di Banda Aceh, pukul 17.17 di Padang, Sumatera Barat, dan pukul 17.38 di Bengkulu.

Pemantauan VIVAnews ketika ini Sungai Krueng Aceh tampak surut. Situasi demikian belum dapat dipastikan apakah surutnya sungai ini berkait dengan datangnya gelombang tsunami. Salah satu ciri datangnya tsunami memang adanya penyurutan permukaan air laut.

Menurut PTWC, bila terjadi tsunami akibat gempa ini maka boleh menjangkau kawasan persisir sejumlah negara di sekitar Samudera Hindia seperti India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maladewa, Malaysia, dan Madagaskar.


Sumber dari Harian Metro..


Perhatian:

Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown
pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.

... SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU : Jauhkan diri
dari pantai.

Suka sangat kat Panda..






































Tapi yang paling comel mesti la yang dalam cite Kungfu Panda tu...hehe


Tuesday, April 10, 2012

Coklat Dan Stress..

coklat cadbury antara pilihan cha..

Dalam minggu ni cha agak stress dengan keadaan sekeliling.. Nak dibiarkan pun tak boleh sebab biasanya cha malas nak fikir atau cha malas nak layan perkara-perkara yang boleh membuatkan cha stress. Tapi memandangkan hormon pun tengah tak berapa okie, tambah pulak dengan sakit perut tahap dewa memang apa-apa yang terjadi akan menyebabkan cha marah dan jadi stress..

Alhamdulillah bab-bab kerja memang tidak mendatangkan stress kat cha.. Customer pun okie-okie.. Biasanya mesti ada yang cari pasal ngan cha.. Belum lagi bab yang tinggikan suara.. Rasa sampai keluar urat leher nak samakan volume ngan dorang.. Memang bersyukur sangat. Kalau tak rasanya ada yang kena tekanan darah tinggi..

Sebenarnya cha tak minat sangat coklat-coklat ni.. Melainkan cha tengah ada masalah atau kalau cha tengah stress memang secara automatik cha akan cari coklat.. Dalam dua hari ni memang cha dalam mood untuk makan coklat.. Bila makan je coklat rasa tenang balik.. Masalah pun rasa macam pergi jauh je.. Stress pun berkurangan kalau makan coklat.

Sekarang ni masalah pun nak dikatakan dah hampir selesai walaupun siang tadi cha terpaksa mam coklat lagi sebab sesuatu berlaku.. Lepas ni cha harap takda lagi masalah-masalah yang akan menimbulkan stress.. Biarkan keadaan kembali tenang dan cha akan teruskan kehidupan macam biasa sepertu yang telah dijanjikan..

Cuma ada perkara yang cha nak kongsikan bersama.. 
  1. Jangan mudah nak menuding jari pada orang lain kerana yang dituding pada orang lain hanya satu jari manakala selebihnya tunjuk kepada diri sendiri.. 
  2. Jaga perkataan yang keluar dari mulut kita sebab tak semua suka dengan apa yang kita ingin sampaikan..
  3. Bijak dalam selesaikan sesuatu masalah. Memang marah bukan satu penyelesaian tapi selesaikan dengan cara yang nampak lembut tapi datangkan hasil..hehe
  4. Sentiasa cermin diri sendiri membuatkan kita sedar apa kekurangan yang ada pada diri kita dan dari situ kita akan berpijak pada bumi yang nyata.
  5. Hurmmmm, perlu ke nak kongsi banyak2..hehehe..Cukuplah dengan apa yang cha tulis kat atas tu..


Kini Tanpa Si Dia..


  • Dia pernah beritahu yang cha ni seorang yang tabah..
  • Dia jugak pernah beritahu yang cha ni seorang yang tenang..
  • Dia jugak pernah beritahu yang cha dah jadi seorang yang sabar..
  • Dan dia jugak perasan ada masa-masanya cha akan jadi seorang yang pemarah..

Rasa macam dia sangat memahami diri cha kan.. Sebab tu la cha sayang dia sangat-sangat.. Selama ni walau apa pun cha tetap tunggu dengan sabar.. Walaupun dalam masa yang sama cha cuba untuk berikan hati pada orang lain tapi akhirnya tetap akan bersama si dia..

Dia memang seorang yang istimewa.. Bagi cha susah nak jumpa insan macam dia.. Erti lain nya, seseorang yang boleh faham hati dan perasaan cha.. Sepanjang hubungan kami memang jarang jumpa. Biasanya telefon la yang akan mendekatkan jarak antara kami.. Tapi cha tak kisah sebab bila hati dah sayang semua tu cha akan lalui ngan sabar.

Tapi sekarang berakhir sudah sebuah hubungan yang bertahan hanya beberapa tahun.. Secara jujurnya memang cha terkilan.. Cuma cha yakin mesti ada yang lain untuk cha. Walaupun banyak dugaan yang kami tempuh bersama, jodoh kami tak panjang.. Tak ada guna nak berdendam sebab putus pun dengan cara baik. Kalau masih ada jodoh antara kami, insya allah tetap akan bersatu kan.. Sekarang ni cha dalam proses sesuai kan diri untuk teruskan hidup tanpa sms, panggilan dan jumpa dia.. Walaupun dia berat dengan keputusan cha tapi cha rasa inilah yang terbaik sebenarnya..

Kali terakhir dia call cha, dia memang tak setuju dengan keputusan cha.. Dekat sejam lebih jugak dia call untuk pujuk dan bincang dengan cha.. Tapi cha tetap dengan keputusan cha.. Cha yakin jika dia memang untuk cha, dia akan kembali bersama cha.. Kalau tak, dia akan bahagia dengan yang tersayang.. Buat si dia, cha minta maaf sebab tipu dia.. Cha beritahu yang cha dah tak sayangkan dia lagi walaupun sebenarnya hati cha sayang sangat-sangat kat dia.. Semua ni cha buat bersebab.. Dan sebab nya hanya orang-orang tertentu je tahu. Rasanya cukup la apa yang cha lalui sepanjang bersama dengan dia..

  • Saya memang tabah sebab tu saya amik keputusan untuk berpisah dengan awak..
  • Saya akan sentiasa tenang bila awak takde lagi bersama saya..
  • Saya sabar pun sebab awak.. Awak yang selalu nasihatkan saya untuk sentiasa sabar..
  • Dan sekarang saya memang terpaksa marah awak sebab selalu biarkan saya sorang2 bila ada masalah.. Tapi saya dah maafkan awak dengan seikhlas hati saya..

p/s: saya harap Mr. M.S dapat maafkan kesalahan saya sepanjang kita kenal..

Monday, April 9, 2012

Wedding My BFF..

Semalam memang cha cuti.. Semalam jugak kawan baik cha, Puan Rossidah binti Osman kahwin.. Seronok je tengok kawan-kawan dah kawin nie. Cha pulak tak tahu bila.. Insya Allah akan menyusul bila sudah sampai masanya...hehe.. Sebenarnya nak pegi hari sabtu malam.. Sebab ada kawan yang nak pegi malam.. Tapi disebabkan cha tengah sakit perut yang teramat sangat jadi cha pegi ari ahad.. Itu pun cha pegi dengan akak dan adik cha.. Akak cha memang kenal dengan shida nie.. Sebab tu cha ajak dia sekali.. Masa nak pegi tu boleh pulak kad jemputan nya hilang.. Dahla tak ingat jalan nak pegi umah dia.. Nasib baik cha dah tengok map malam tu.. So, ingat la sikit.. Alhamdulillah jumpa jugak ke rumah pengantin..

Cantik sangat Pn. Shida ni kan.. Dengan tema Purple nye.. Dah cha suka sangat warna purple..:)
Biasanya kalau ada majlis kahwin ni cha akan datang lewat sikit.. Tengok pada keadaan la.. Setengah orang nak datang time pengantin sanding.. Macam cha suka datang lepas pengantin sanding sebab nanti boleh jumpa pengantin nye..huhu.. Semalam cha pegi dalam pukul 2pm. Orang pun dah tak ramai, nak makan pun selesa.. Apa yang penting boleh bergambar dengan pengantin..

Terdetik jugak perasaan sedih sebab tengok kawan-kawan dah kawin.. Tapi, dalam masa yang sama cha amik berkat jugak.. Mana tahu lepas ni turn cha pulak.. Asyik ayat yang sama je kan tiap kali ada orang kawin..hehe.. Sebenarnya tak perlu nak sedih sangat.. Jodoh kite telah ditentukan dari kita lahir lagi.. Tunggu je la orang masuk meminang.. Tapi dah umur camni tetiba nak suruh sape2 carikan..(^____^)
Snap ngan Mr. Viva..Nanti dia majuk pulak..huhu

Okie la, semalam pun tak banyak snap sebab perut tengah kenyang.. Cha doakan semoga Puan Rossidah dan suami akan berbahgia hingga ke akhir hayat.. Jangan notty lagi k sebab dah jadi isteri orang..