Saturday, April 21, 2012

Nasi ayam for lunch..



Hari cha keje macam biasa.. 
tak sabar nak balik banting malam ni sebab esok cuti.huhu..
 So tengahari tadi just tapau nasi ayam ngan air sirap bandung..
memang terbaik la sebab cha mmg suka nasi ayam..
 hari ni ramai sikit orang so tkleh taip panjang2.huhu

Update sebelum tido...

Hari ni tak berapa okie sebenarnya.. badan pun dah rase penat-penat.. tak sabar pulak nak balik Banting esok. tapi balik lepas keje la kan.. hari ahad memang nak guling puas2.. nak tido pun puas2. time tu la nak hilangkan rasa letih..

so, sekarang ni nak tido sambil lupakan apa yang jadi hari ni. mungkin sebab dah biasa hadapi situasi mcm tadi sampai takde rasa apa2..tak sabar nak masuk minggu baru dan kemudian bulan baru.. yela,nk tunggu bulan baru sebab nak gajian la kan. nak pegi shopping, tapi time tu ada sale ke..hurmmm..

okie la, mata pun rasa macam ada gam. memang kena tido laju2..huhu..
selamat malam..
mulakan hari esok dengan fikiran yang tenang dan mood yang baik..
sentiasa ingat,jangan pernah rasa keseorangan kerana Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya...:

Friday, April 20, 2012

Roti sardin Special..

Telur dadar tu lebih buat celup roti..huhu

Biasanya malam cha jarang makan.. Tapi disebabkan kat rumah ada roti yang expired nye semalam tiba-tiba rasa nak buat roti sardin.. Kalau beli kat kedai biasa sardin nye orang tu letak sikit je kan.. Buat sendiri ni boleh letak lebih sikit.. Rasa pedas pun kite boleh letak ikut selera sendiri..huhu

So, malam tadi balik je keje abang bagi duit nak beli bahan.. Singgah kedai dulu beli sardin, telur, bawang, minyak ngan cili api.. Balik rumah awal lagi cha tengok tv dulu.. Sebab nak tunggu abang dan kak ipar balik nak makan sama-sama kan.. Biasa dorang balik pukul 9 lebih.. Dalam pukul 9 tu cha dah start buat roti sardin..

Sambil-sambil buat tu teringat pulak kat ayah.. Asalnya arwah mak yang ajar buat roti sardin ni.. Yang penting kena letak asam limau bagi hilang hanyir.. Dulu masa lepas belajar kan tak keje lagi. Cha rajin la buat minum petang untuk ayah.. Tengok apa yang ada kat umah.. Kadang-kadang buat cekodok, kadang goreng pisang.. Ada satu hari tu cha buatlah roti sardin. Ayah punya la suka sampai esoknya ayah sendiri beli roti ngan sardin minta cha buat lagi.. Terharu je tau..haha

Malam tadi cha beli sardin tin yang medium.. Kira cukup-cukup dengan roti yang ada kat umah.. Memang cha letak lebih pun untuk setiap roti.. Pastu cha goreng keropok lekor sambil tunggu dorang balik.. So, malam tadi makan lah kitorang sambil tengok cerita Amukan Pocong.. Tak suke tau cerita tu.. Buat orang takut je walaupun ada bab yang kelakar sikit..huhu.. Yang penting perut kenyang dan puas hati dapat mam roti sardin...(^___^)

Cinta Bersatu..

Dapatkah selamanya kita bersama..
menyatukan perasaan kau dan aku..
semoga cinta kita kekal abadi..
sesampainya akhir nanti, selamanya...


Cha amik lirik lagu tentang rasa yg dinyanyikan oleh Astrid.. Suka sangat dengan lagu ni.. Dari ringtone ke caller ringtone sampai dalam blog ni pun cha letak lagu ni.. adalah pengaruh dari cerita Vanilla Coklat sikit.. Tapi lirik lagu dia beri maksud yang mendalam..

Banyak rintangan yang cha kena hadapi untuk bersama dengan seseorang tu. Cha takde apa2 motif kenapa cha teruskan hubungan dengan dia.. Perpisahan suatu yang menyakitkan. Perpisahan juga memberitahu samada perlu tetap dengan keputusan tu.. Tapi dengan perpisahan tempoh hari membuatkan cha sedar yang sebenarnya cha tak boleh hidup tanpa dia. Cha pernah dengar tentang cinta sejati. Dan mungkinkah ini yang betul2 dipanggil cinta sejati.. 

Perpisahan mengajar cha erti kekurangan dalam hidup cha. Kalau sebelum ni cha ada beritau better hidup sorang dab cha akan redha, tapi sekarang cha akan terus berdoa agar dipanjangkan jodoh kami. Cha harap hubungan ini akan ada kesudahan. Cha tak salahkan takdir sebab kite sebagai hamba adalah sangat layak untuk diberi dugaan. 

Insya Allah,semua akan diselesaikan satu persatu walaupun akan makan masa sikit. cha yakin yang dia akan tunaikan semua janji yang disaksikan bersama. Memang takdir kita telah ditetapkan tapi kena usaha supaya mendapat hasil yg baik..

Actually dia seorang yg istimewa.. Tak jemu untuk beri nasihat dan slowtalk ngan cha.. Semua tu buat cha tenang bila bersama dia.. Jauh bukan penghalang untuk membuatkan hubungan renggang. Sebenarnya itu lagi merapatkan tau.. Jauh pun takde la jauh sangat..hehe..

Lepas ni cha akan tetap bersama dia dan cha yakin semua akan selesai dengan cara elok.. Lepas ni tinggal tunggu hari yang dijanjikan.. Apakah dia..kena tunggu hari nya yang pasti cha update dalam blog kesayangan cha ni. Mungkin sumthing yang biasa2 je tapi amat bermakna..Insya Allah..

Thursday, April 19, 2012

Sesi Menonton : Battleship



Dah lama rasanya tak tengok wayang.. Kalau tak silap last sekali tengok wayang cerita Ombak Rindu.. Biasa cha akan tengok movie yang best je.. So, kali ni cha tengok Movie Battleship. Tengok kat facebook kawan-kawan kate best la, terbaik la, siap nak tengok lagi sekali.. Cha pun rasa nak tengok jugak..(^_^)

Actually tiap kali nak tengok wayang, cha akan beli online.. Sebab malas nak beratur panjang-panjang.. Pastu nanti full house takpun dapat seat depan sekali.. Masa cha beli online memang hampir penuh.. Tak dapat la nak amik seat belakang.. At last terpaksa la amik jugak seat yang ada..


Tapi takde la depan sangat. Kira tengah-tengah la jugak.. Takda sakit leher nak mendongak.. Masa amik tiket kat kaunter pun, adik tu beritau kalau cite Battleship ni better beli online sebab akan full house tiap-t.iap tayangan.. Sekali masuk panggung tengok memang betul-betul full house.. Itulah kebaikan beli online kan..hehe

Walaupun ada bab yang tak berapa logik tapi boleh la dikategori sebagai movie yang best. Cha suka dekat hero dia sebab agak sengal dalam cite tu.. Yang tak boleh lupa bila diagram bersungguh-sungguh nak dapatkan Chicken Burito..huhu



 Tak rugi la kalau nak tengok cite ni.. Cha pun rasa nak tengok lagi sekali tapi takde la kat wayang.. Beli dvd je sudah kan..hehe  Dari mula movie sampai habis memang takde bab yang bosan.. Ada bab yang alien musnahkan kapal memang scene yang best.. Lepas tu bab dorang nak musnahkan musuh dengan gunakan cara pelampung Tsunami..Itu bagi cha la.. Pendapat kan ikut masing-masing.. Nak senang korang tengok la sendiri sebab cha ni bukan reti nak cerita balik.. Apa yang cha boleh beritau, movie ni memang best.

 Ni trailer Movie Battleship.. Tengok trailer confirm rasa nak pergi tengok jugak..huhu


Yakin dan Sabar...

Untuk mendapatkan sesuatu kita kena sentiasa yakin. tak semestinya apa yang kita akan dapat. yang penting ada usaha..  siapa kata kita tak boleh dapat apa yang diidamkan.. selagi kita berusaha dan sabar mungkin kita akan dapat walaupun makan masa.. Tiada yang tak mungkin dalam hidup ni..

Begitu juga dengan sabar.. jika diikutkan perasaan dan hasutan syaitan memang takan kemana.. Dari kecik lagi dah diajar untuk sabar. jangan selalu memberontak bila tak dapat apa yang dinginkan.. lagipun kita tahu yang sabar itu separuh daripada iman dan iman itu ada dalam diri kita..

Seseorang ada beritau cha supaya cha yakin dan sabar dalam menghadapi hari yang mendatang. Memang betul nasihat dia. Dua perkara tu memang kurang dalam hidup cha. Sebab cha lebih suka fikir yang negatif sebelum fikir yang positif. Bukan apa,hanya sebagai langkah berjaga-jaga..

Selepas dengar dan memahami disebalik kata-kata orang tu,cha harap lepas ni cha akan lebih yakin dan sabar.. Insya Allah apa yang diidamkan akan jadi kenyataan. jangan lupa sentiasa berdoa k. 

p/s:- cha rase mcm nak sayang org tu ketat2 la..orang kata kalau dah jodoh tak kemana..sorang kat kutub utara dan sorang kat kutub selatan,atau jarang2 jumoa pun,kalau dah jodoh akan tetap bersama..hehe

Wednesday, April 18, 2012

Wordless WEdnesday - In Love with....

i'm loving it...hehehe

Hati terluka lagi...


Assalamualaikum....

tajuk mmg takleh blah kan.. hakhak.. sape pulak yang terluka ni.. saje je buat tajuk sedih-sedih.. padahal tak sedih pun.. kalu nak ikut hati cha memang dah biasa terluka so dah lali ngan bab-bab ni..

Sebenarnya jangan terlalu sedih bila hati kite dilukai oleh orang lain.. Biarlah apa orang nak buat kat kite kan. tapi jangan pulak kite balas balik kat orang tu. Percayalah yang satu hari nanti dia juga merasai apa yang dia dah buat kat kita..

kadang-kadang sebab benda kecik pun kite nak amik hati.. lagi-lagi yang gegurl ni mudah sangat tersentap. Bagi cha yang sangat berpengalaman dalam bab hati dan perasaan ni rasa kena ada perasaan untuk abaikan perkara yang menyakitkan.. baik kite jaga hati kite sendiri. sebab sebelum ni dah terlalu banyak cha menjaga hati orang lain sehingga hati cha yang parah..

so,sekarang ni jadilah orang yang pentingkan diri sendiri. Biar apa orang nak cakap janji hati kite tidak lagi terluka..hehehe.. tapi tengok keadaan ye.. untuk arah keb ikan je k..

Cantik sesangat...


Cantik tak....? cha dah berkenan gile ngan kain ni.. semua gara-gara tengok kat facebook..harga pun boley tahan cuma rm120 je.. cha ingt nak beli time gaji nanti tapi orang tu kate boleh order sampai 20 april je..

adoii, agak kecewa la jugak.. nak ikutkan boleh nak beli tapi bulan ni dah banyak sgt membeli. hari tu cha beli kain cotton kat facebook jugak. nasib baik la kain nye lembut. sama macam diberitahu iaitu english cotton..

Actually purple ni la yang cha nak..sekali tgk je dah berkenan.. tapi takpe akan cha usahakan untuk dapatkan kain ni..huhu. kalau tak terpaksa cari yang lain je. harus diingatkan roadtax mr. viva next month ye.. cha ni kalu suruh membazir mmg nombor 1.. k la, nak tido sambil mimpi kain untuk raya..haha..

kalau kesayangan ada mesti dia dah belikan untuk cha..sob..sob

p/s: kalau korang nk usha kain sulam ni g kat fb pastu taip Kain Sulam Ann.. memang cantik2 okie..:)

Tuesday, April 17, 2012

Cemburu Memang Sinonim Dengan Wanita..

Kenapa kena ada perasaan cemburu ea.. Rasa sakit sangat hati ni bila perasaan cemburu tu timbul.. Dan hari ni buat pertama kali nya cha rasa cemburu yang teramat sangat sehingga mengalir air mata.. Cha tak suka perasaan cemburu sebab rasa tak best.. Cha tak suka menangis sebab cha dah penat untuk menangis..

Itulah wanita, memang sinonim dengan perasaan cemburu.. Lelaki pun ada perasaan yang sama jugak tapi cha rasa cemburu wanita ni sangat la melangit.. Maksud cha sangat tinggi tahap cemburu tu..huhu.. Tapi memang cha betul-betul tak suka.. So, tolong jangan bagi cha cemburu ye..

Lagi satu Cha sebenarnya takut kehilangan sesuatu yang cha sayang. Walaupun cha cuba untuk hilangkan rasa takut tu tapi ianya makin dekat dengan cha.. Cha tau ianya akan keruhkan keadaan.. Dalam masa yang sama timbul pulak perasaan cemburu yang tak tau datang dari mana dan tanpa sebab..

Orang kata cemburu tu tandanya sayang.. Sayang memang la sayang sampai ada kawan cha tanya kalau sayang kenapa nak berpisah dan kenapa tak teruskan hubungan dengan si dia.. Masalahnya boleh ke cha teruskan kalau perasaan cha tak menentu dan cha sendiri pun jadi tak faham dengan perasaan cha..

Insya Allah lepas ni cha akan kurangkan rasa cemburu dan taknak merajuk lagi.. Dah janji kena ditunaikan sebab tak baik langgar janji.. Oh ye, tentang cha dengan si dia, hanya kami dan Allah je tahu macam mana hubungan kami sekarang.. Yang penting siapa pun dia, cha tetap akan sayang sebab hati cha ada pada dia. Tolong doakan yang terbaik untuk cha ye.. Okie la, nak manja-manja ngan baby baru cha.. (Tak rugi tau pakai Galaxy Tab ni..)

Alahai Mr. Viva..


Terkejut campur sedih bila cha tengok ada kesan retak kat Mr. Viva.. Nasib baik kecik je kesan retakan tu.. Kalau besar mau pening kepala cha.. Yela, takut gak nak drive kalau cermin retak nie.. Cha pun tak tahu bila cermin ni retak.. Last week baru cha perasan tau. Ingat kan sampah ke tak pun sebab kereta nga kotor ke.. Mr. Viva ni pun satu.. Tau la cha tengah retak seribu tapi jangan la kamu pun nak retak2 jugak.. Sekarang cha dah okie tapi cermin tu bukan boley okie balik kan..

Sekarang ni cha kena lebih berhati-hati la.. Bawa kereta pun taknak follow lori dekat-dekat sangat.. Kang tak pasal-pasal tambah besar retakan tu.. Kesian kat Mr. Viva, body pun calar balar kan.. Nanti la cha kumpul duit pastu cha hantar spray warna baru ea.. Ingat nak spray warna purple la pasni.. Yela, cha kan suka sangat2 ngan warna purple.. huhu.. 

Okeylah, tu je nak cite pasal Mr. Viva.. Bulan depan Mr. Viva dah masuk dua tahun.. Nanti cha hantar g mandi buih ye.. Cukup la tu ye, ni pun dah pening nak fikir pasal roadtax..hehe

Sunday, April 15, 2012

My New Baby..



Alhamdulillah, apa yang cha idamkan dah cha dapat..nak ikutkan mmg dah lama sangat mengidam tau.. At last cha dapat jugak dan sekarang ni lagi senang la cha nak update blog dan berfacebook. Inilah baby baru cha, Galaxy Tab 7.0 Plus..huhu



Ni pun cha still explore apa yang menarik nya galaxy tab ni. So far memang menarik tertarik la kan.. kadang2 pening jugak sebab tengah batak ngan tab ni. Secara jujurnya benda ni lebih kepada kehendak daripada keperluan. tapi bagi cha ni hadiah untuk diri sendiri lepas penat kerja kan.



Ini antara koleksi hp cha.. Dorang ni semua adik beradik sbb smua samsung. Bila cha terfikir nak pakai hp baru msti hp dorang buat hal.. Mula2 cha pakai samsung monte, pastu speaker lak rosak tu yang beli samsung duos. Lagipun nga takde bajet dan mmg nak gune 2 simcard. Bila cha pasang niat nak pakai tab, skrin hp duos pulak tiba2 retak. Tapi still boleh pakai lgi sebab retak sikit je dalam satu inch. Tapi Cha memang minat ngan Samsung ni.

So, lepas ni kena explore lebih lagi galaxy tab nie.. Dan lepas ni takleh nak mengidam apa-apa sebab kena focus dekat Mr. Viva pulak.. Yela, kan nak masuk dua tahun so kena la fikir pasal roadtax nye pulak..huhu.. Yang penting cha happy sangat-sangat sebab dah ada galaxy tab.. Tak kisah la orang nak cakap batak ke apa yang penting cha tak minta kat orang..hehe