Saturday, April 28, 2012

Fasha dan Jejai Sah Bergelar Suami Isteri..



Dengan 2 kali lafaz Fasha Sandha,28, dan juga Rizal Ashram, 36, (Jejai) sah bergelar suami isteri. Kedua-dua pasangan mempelai ini telah mengadakan majlis pernikahan mereka di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur.

Berwalikan Hassan Moaideen, bapa kandung kepada Fasha Sandha, pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad lebih kurang jam 9.45 malam tadi.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat, rakan-rakan dan juga beberapa orang selebriti lain seperti Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.




Akhirnya kahwin jugak fasha dengan Jejai.. Nak ikutkan cha minat jugak kat fasha ni.. Apapun semoga kekal hingga ke hujung nyawa. Cuma satu antara banyak-banyak hantaran dorang yang cha tertarik..

Terima Kasih Tuhan Atas Cinta Ini..Sweet je kan..:)

Friday, April 27, 2012

Sesi mengumpul lemak with Someone..

Eceh...tajuk kemain panjang lagi kan.. Siapa someone tu takyah la sibuk2 nak tau ye. Nak tulis panjang2 pun bukan ada yang baca.. Yang penting memang sedap sangat2 chicken chop nie.. Actually sempena celebrate someone ni.. Cha dah niat nak belanja dia so kena belanja yang special sikit..


Sekarang ni dah tambah makanan kegemaran untuk cha.. Kalau sebelum ni cha suka nasi ayam, sekarang cha suka nasi ayam dan chicken chop..hehe

Diet Detox..


Ini dah kes rela dalam terpaksa.. Yela, terasa sangat badan makin di pam sekarang ni.. Mentang-mentang hati tengah bahagia asyik nak mengunyah je.. Kalau sebelum ni tak amik sarapan juz minum milo je tapi sekarang tiap-tiap pagi mesti nak sarapan yang heavy.. Belum lagi tengahari confirm makan nasi punye..

So, lepas terasa seluar yang baru beli pun makin ketat.. Dah tak longgar macam sebelum ni, terpaksa la cha buat diet detox.. Memang tahu ari pertama akan sakit kepala tapi nak buat camne.. Sediakan minyak angin siap-siap ye..huhu

Menu hari ni kena makan buah2an.. Amik la berapa banyak pun tak kisah yang penting banyakkan minum air kosong.. Malam ni confirm tido awal sebab tak tahan dengan kelaparan dan lambaian makanan lain..hehehe..

Thursday, April 26, 2012

15 Way to Keep Relationship Working..





  1. Love each Other
  2. Don't Lie.
  3. Keep communication open.
  4. Stay with.
  5. When you got hurt, just forgive and forget.
  6. Never talk about break-ups.
  7. Never say "its ok" even if its not.
  8. Forget about PRIDE.
  9. If you say sorry, mean it.
  10. Don't talk about your stupid ex's.
  11. DOn't compare your past to your present.
  12. Give and take process.
  13. Be aware of his/her feeling..
  14. When you had a fight, don't let the day pass w/out being fine.
  15. Don't be the PEFECT ONE. BE THE RIGHT ONE.

Wednesday, April 25, 2012

Hari Sedih + Gembira

Rasa lain macam pulak kalu tak update blog ni.. Bila baca balik asyik2 entry yang sama.. Sebenarnya cha busy sikit sekarang. Nampak macam tak buat pape tapi rasa busy je. Kalau time keje tu tau2 dah petang..huhu

Lagi satu sebab,cha nga takde idea nk mengarang..tiap kali nak update mest ada halangan atau tkde mood. Balik keje confirm cha tido awal punya.. Lagipun ada beberapa hari yang buat cha rase stress la. Susah betul nak mengadap masalah yang ada ni.

Nasib baik la ada yang baik hati bagi sokongan pada cha. Tapi kadang2 cha kalah jugak ngan masalah tu. Bukan senang tau nak selesaikan. Apa masalah cha takan cha nak cite kat sini. Kadang cha rasa perlukan seseorang untuk cha bercerita. Cuma orang tu takde untuk diceritakan..

Hurmmm,takpe la..Setiap masalah kan ada cara penyelesaian.. Janji kite jumpa mana jalannya..Taknak la pening2 kepala.. Yang penting kena banyak berdoa k..

Tapi tadi ada orang buat cha sedih..Memang ada salah faham sikit dan memang cha terasa hati. Tapi alhamdulillah keadaan kembali seperti biasa. Yela,kena trima kenyataan yang pompuan ni mudah untuk memaafkan. Dan cha telah maafkan seseorang tu.. Orang kate tak baik gaduh lame2..okie la,nak tido dah ni..Rase nak demam sebab ternanges petang tadi..haha..ngade je kan..gudnite ye..



bila stress haruslah mam coklat..

Tuesday, April 24, 2012

Saya nantikan apa yang dinantikan oleh setiap wanita...:)

MAKSUD PEMBERIAN/HADIAH LELAKI KEPADA PEREMPUAN :

✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu,
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi,
✔ GELANG → Tanda mesra,
✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian, 
✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan, 
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin, 
✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu, 
✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi, 
✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta, 
✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan, 
✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur, 
✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang, 
✔ COKLAT → Semanis cintamu, 
✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan, 
✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat, 
✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!! Aku akan mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup),

Tetapi hadiah yang paling di nanti²kan oleh setiap perempuan adalah..

♥ ♥ MASUK MEMINANG dan NIKAHI dia → Tandanya dia serius n betul² ikhlas mencintai kamu.. :))
 *Copy from Jodoh-Itu-Rahsia-Allah

Sunday, April 22, 2012

Cendol + Rojak..



Seronok betul kalau time cuti ni.. Boleh rehat puas-puas.. Pagi tadi bangun je tengok sis dah siapkan sarapan nasi goreng ngan cekodok..huhu Agak kekenyangan la duk makan je kan.. Pas makan sambung guling-guling balik.. Biasa time cuti memang cha malas nak keluar sangat. Baik duk kat umah je.

Tengahari pulak sis tak masak. So kitorang decide nak g minum cendol ngan makan rojak kat banting. Biasa kat banting ni ada satu tempat yang best dekat depan Maybank. Tadi duk lepak la makan ramai-ramai kat situ..

Dah double kenyang.. Ni baru sampai umah nak continue rehat. Petang ni dorang kata nak pegi pantai.. Cha join je,takan nak tinggal kat umah..Confirm bosan giler nanti.. Hurmmm, okie la.. Nak solat zohor dulu pastu nak rehatkan mata..huhu..






Selamat sampai Banting..

masing2 khusyuk mam jajan..huu
Alhamdulillah dah selamat sampai banting.. Tadi gerak lepas maghrib sebab tunggu abg ngan kak ipar smpai kedai.. lepas solat maghrib terus gerak ke bangi amik my sis nk balik sekali. pastu isi minyak dulu ngan isi angin tayar baru la gerak balik banting..

Sampai banting dalam 9.30.. perut sudah lapar lor. nasib baik akak dah masak siap2. kitorang smpai tinggal makan je.. lepas makan tengok tv pulak cite menara cinta. tapi agak lembab la jalan ceritanya.. cha pun tk tgk sangat sebab leka main msj ngan bff..huhu

So,sekarang pun dah lewat..badan pun dah penat sangat-sangat.. cha nak tido laju2 dan mimpikan prince charming..hehe..selamat malam..Assalamualaikum,.