Thursday, May 10, 2012

Tak Layak Di Panggil Manusia..



Perbuatan yang sangat kejam.. Semalam tersebar video ni.. Bila baca komen rasa macam taknak tengok. Tapi cha gagahkan jugak untuk tengok.. Dari komen yang cha baca, cha tau mesti teruk budak ni kena dera..

Ya Allah, apa salah budak ni sampai dibuat camtu sekali.. Mengalir air mata cha bila tengok budak ni menanges. Terasa kat badan cha dengan apa yang perempuan ni buat kat budak ni.. Sampai tak boleh nak nanges, mesti terlampau sakit. Dia kecik lagi, tak boleh bercakap dan hanya mampu menanges untuk meraih simpati supaya tidak dipukul lagi..

Mana pegi sifat sabar dia.. Langsung tak berperikemanusiaan.. Dia budak lagi, kalau marah sekali pun jangan sampai macam nak membunuh.. Budak kecik ni kita pukul sikit pun, dia dah rasa sakit. Ini pulak disepak, dicubit, ditendang.. Memang ada masalah mental la perempuan ni..

Mula-mula memang marah dengan yang tukang rakam video nie.. Mengikut sumber rupa-rupanya sebelum ni dia pernah halang perbuatan perempuan tu tapi kena belasah.. Sebab tu dia rakam tanpa disedari untuk dijadikan bukti pada pihak polis..

Bayi tu dihantar ke rumah kebajikan dan dah ada family yang amik sebagai anak angkat. Dia still trauma dan akan menanges bila orang pegang dan peluk dia.. Kesian sangat kat budak tu. Hope dia akan dijaga dan disayangi oleh keluarga angkat yang sekarang..sob..sob..(lap air mata)

Status terkini Video Penderaan Bayi..:
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. (PDRM)

Monday, May 7, 2012

Sesi Menonton Bersama Kesayangan..




Hye....agak lama cha tak update blog ni. Rasa betul2 busy. Maklum la awal bulan ni macam2 nak kena buat. Stok barang pun bukan main banyak masuk. Selain tu nga takde idea nak update.. Nanti kalau cerita pasal yang tersayang je pun bosan pulak kan.. Biarlah bunga tu sentiasa kembang dalam taman.ececehh..

macam biasa kena snap dulu...huhu

Tengokk..,suka tukar topik kan. Cha nak cite pasal hari ni..Masa besday anak buah cha yang Zeeshan tu dah janji nak pegi tgk wayang. Nak ikutkan cha tengah tak sihat. Hari sabtu malam balik Banting rase badan dah sakit2. Sebelum tido sis ada bagi ubat bak bagi kebah demam. Alhamdulilah pagi tu cha rase dah okie. So boleh la pegi tengok wayang.

masing2 ceria je kan..like sangat2 pic ni..:)
Ikutkan budak2 ni dorang nak tengok cite The Avengers. Cha tak kisah mamamya pulak follow je. Pagi tadi siap2 pegi sarapan dulu bru pegi tgk wayang kat jusco bukit tinggi. Tiket memang cha beli online siao2. Takut nanti sampai sana tiket habis pulak..

Zakwan ada gaya macam hero hindustan la...^_^
Sampai pulak kat bukit tinggi macam awal sangat. Movie start pukul 11.50am, ada masa lagi sejam lebih terpakse la pegi jalan2 dulu sambil shopping2.. Tapi my sis la yg shopping. Cha kan belum gajian.huhu. Tapi dia belikan seluar untuk cha..Shuke shangat2 tau..

geram je time ni..dah elok wat peace tibe2 pandang tempat lain..huhu

 B4 masuk panggung, macam biasa la kena beli popcorn dulu. Alih2 zeeshan n zakwan nampak set yang ada gambar hero2 avengers. Mama dia pun belikan la sorang satu. Dahla mahal, bayangkan 1 set rm17.90 untuk air dah sosej. Tapi ikutkan jela sebab mama dia kate bukan selalu. Lagipun semua mama dia yang kuar duit..Cha tolong beli tiket dan ikut je..huhu

shuke la tuh dapat sorang satu..Cicha pun nak jugak sebenarnya cuma segan je..haha

The avengers memang best giler. Takde part yang bosan.. Ada part yang funny and have more action. Cha sendiri tengok pun dah teruja giler, lagilah budak2 mmg melopong je tengok sebab khusyuk sangat. Cha bagi 4.5/5 bintang untuk cite nie..

Zakwan wat muka notty, Zeeshan mcm biasa buat muka malu2..hehe

Balik dari tengok movie tetiba rase lapar,terus pergi makan kat Pantai Kelanang. Sampai je umah memang terus pengsan la.. Penat tu drive jauh2..huhu.. Tapi memang puas hati tengok The Avengers. Tiket Rm14 sangat berbaloi untuk cite ni.. Dan tak boley lupa bila zeeshan bawa toys Iron Man ngan Incredible Hulk time nak tido.. Dia kate iron man untuk cicha, hulk untuk dia.. Kena peluk time tido k.. Hurmm, layan kan jela.. Tapi cha tak peluk ea, juz letak kat bantal je.huhu