Saturday, June 2, 2012

Akhirnya....


 Akhirnya im back to single.. Untuk selama-lamanya maybe. Cha pun tak tau apa yang tertulis untuk cha lepas ni. Tapi buat masa sekarang ni cha nak focus untuk diri cha.. Yang lain-lain tu cha tolak tepi dulu..

Dalam masa hampir 3 tahun yang kejap on kejap off ni.. Akhirnya terus off. Kalau nak tanya pasal perasaan ni memang tak tau nak explain camne. Kadang-kadang rasa sedih, pastu rasa marah ngan geram.. Tapi siapa lah kite untuk lawan takdir Allah.. Dan lepas ni walau apa pun berlaku cha takan on balik dengan hamba Allah tu.. Rasa dah cukup cha beri masa kat dia sekian lama..

Benda ni baru je lagi.. Rasa kecewa ngan sedih tu pun tak hilang lagi.. Tapi takpe, pelan2 kayuh kan.. Biasa la adat orang bercinta.. Lagipun cha dah ingatkan diri sendiri untuk percaya pada takdir.. Dan sekarang dah ditakdirkan cha takde jodoh dengan dia.. Sepanjang cha tulis blog ni cha tak pernah letak gambar dia walaupun kat facebook.. Nanti la, next entry cha MUNGKIN akan letak pic dia.. Biar ianya menjadi kenangan dalam blog cha.. Nanti nak delete gambar2 yang ada sama2 ngan dia..

Pastu kalu cha nak buang semua yang dia bagi agak2 okie tak.. Okie kot kan., kalau tak nanti duk teringat dia pulak.. Takde la banyak sangat barang yang dia bagi cuma setiap satu tu ada kenangan yang tersendiri.. Paling cha sayang gelang ngan dompet.. Kalau yang tu nak simpan boley tak..hehe..

Lepas ni cha akan mulakan hidup baru.. Taknak sedih2 lagi.. Ekceli memang taknak sedih dah.. Sekarang ni cha nak rantai hati cha pastu kunci ngan padlock paling besar.. Kalau sebelum ni hati cha tertutup untuk setahun. Kali ni tak tau berapa lama.. Tak kisah la orang nak cakap pasal umur dah meningkat ke apa ke.. yang single nya cha bukan korang..:)








Thursday, May 31, 2012

Sesi Melantak...(^_^)v

* Muka excited + lapar...*_*

Hari tu cha keluar jenjalan dengan kawan cha.. Mula-mula tu plan nak pergi tengok wayang. Sekali tengok takde cerita best pulak.. Terus takde idea nak pegi mana.. So, ikut je la kereta yang di drive tu kemana..huhu..

Last2, kitorang pergi lepak kat VIVA.. Tengok dari luar macam menarik.. Sekali tengok kat dalam memang sangat membosankan.. Ramai chinese kat tempat tu.. Rasa tak sampai 30 minit kot jenjalan kat situ..

Pastu, kitorang pegi pulak kat Leisure Mall kat Cheras.. Jenjalan je la kan. Nak shopping tak boley sebab hari tu baru je lepas shopping ngan sis.. Tetiba ternampak pulak Secret Recipe's.. Kalau dah ternampak memang terpaksa la beli kan.. So, cha beli la 1 slice cake.. Ala, 1 slice baru RM7.. Kalau dah teringin tutup mata beli je la kan.. Dah lepas beli cake terlalu pulak depan mekdi.. Terpaksa la beli ice cream pulak.. Cha beli Caramel Sundae.. Lepas beli tu kitorang pun keluar la dari Leisure Mall..

Tengok jam still awal lagi. Tetiba teringin nak makan steamboat kat Jhonny.. Asyik tetiba ngan teringin je kan..hahhaa.. At last, kitorang lepak kat Jhonny sambil rehat2 kan diri.. Memang time keletihan la sebab asyik berjalan je kan.. Tapi still enjoy dapat luang masa dengan kawan tersayang..hehe

* Muka terlebih makan..Dah tak larat nak makan lagi..huhu

Wednesday, May 30, 2012

Sesi Melepak..

Sesi melepak masa weekend lepas.. Tapi melepak pun bukan tempat bukan-bukan.. Lepak kat rumah sis kat Bangi.. Yang bestnya sis yang duk banting pun turun bangi untuk melepak sama..hehe So, hai sabtu malam tu kitorang kuar reramai lepak kat mamak.. Lepas tu duk borak2 pulak reramai sebelum tido.. Memang best la tapi yang paling best bebudak la kan.. Dapat berkumpul pastu main sesama..:)







Malas nak menaip sebenarnya..Tu yang duk upload pic bebanyak...hahahaha..k bye