Friday, June 8, 2012

Sebelah Jiwaku - Jaclyn Victor



Lirik Lagu: Sebelah Jiwaku - Jaclyn Victor

Ketika kau ucap kata selamat tinggal

Ku sangka diriku kan hancur oh.. oh
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya aku yang bisa mengubah arah hidup

Chorus:

Lihatlah.. lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan.. biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul

Tapi tak akan ku menzahirkannya oh.. oh
meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkannya semula

[Ulang Chorus]


Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa oohh

Kini ku berani lebih berdikari

[Ulang Chorus]


Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Ciri-Ciri Suami Pilihan..


Demam UEFA Euro 2012..

 Tuh diaaaa.... Demam Euro 2012 dah bermula.. Persoalan nye skang ni boley ke cha nak berjaga memalam.. Sekarang ni pun asyik tido awal je.. Asal masuk pukul 10mlm mesti dah ngantuk tahap dewa..  



Untuk EUFA Euro kali ni cha sokong team Germany.. Memang sebelum ni cha minat Germany sebab ada Miroslav Klose. Tapi kali ni rasa dia kurang main kot. Yela, umur dia pun dah masuk 30-an.. hehe..

So, ni la schedule untuk Euro 2012.. Team yang cha minat lawan ari ahad ni.. Hope cha boley gagahkan mata untuk tengok Germany main..:)


Thursday, June 7, 2012

Mimpi Setelah Solat Istikharah

Soalan:

Apakah apabila kita bermimpi selepas solat Istikharah dan Tahajud, contohnya tentang seorang perempuan, maka dia adalah jodoh kita. Maksudnya dalam solat tersebut jita memohaon doa pada allah supaya ditunjukkan jodoh kita. Adakah memang itulah taqdir allah bahawa orang tersebut adalah jodoh kita dan itulah taqdir yang mutlak dan tidak berubah?

Jawapan:

1) Ramai menyangka selepas istikharah, ia akan disusuli dengan mimpi, atau terasa cerah hati terhadap sesuatu perkara. Dan menyangka itu adalah pilihan yang ditentukan Allah. Ini satu sangkaan yang silap.

2) Sebenarnya, apabila seseorang membuat istikharah, dan mengambil segala sebab musabbab untuk menentukan pilihannya dengan cara bertanya atau mengkaji, kemudian dia memilihnya, maka pilihannya itulah yang paling baik, walaupun tidak bermimpi.

3) Jika anda istikharah untuk mencari teman hidup, dan melihat seorang wanita dalam mimpi, tidak semestinya itu pilihan yang terbaik. Kerana mimpi kadangkala disebabkan apa yg difikirkan pada siangnya, lalu bermimpi pada malamnya.

4) Pilihan terbaik ialah anda berusaha bersungguh-sungguh mencari wanita yang solehah dan beragama, dari keturunan yang baik-baik, kemudian minta pandangan dan nasihat orang-orang soleh, dan beristikharah. Tidak perlu tunggu dia datang dalam mimpi.

5) Tetapi jika anda bermimpi, dan merasakan ia bukan mainan tidur, maka anda boleh bertanya orang alim lagi soleh untuk menta’birnya.

Sumber: http://abuumair1.wordpress.com/

TANDA-TANDA CINTA YANG SEMAKIN PUDAR..

TANDA-TANDA CINTA YANG SEMAKIN PUDAR... :( 

♥ Malas angkat telefon.. 
♥ Taip sms pun pendek2 jer.. 
♥ Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..! 
♥ Bagi alasan.'awak nie terlalu baik untuk saya.saya tak layak untuk awak.' 
♥ Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘K” ja..?!!
♥ Ada apa-2 hal asyik cakap malas, malas, malasss ja.. 
♥ Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati.. 
♥ Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus.. 
♥ Apa kita buat dah tak betul dimata dia.. 
♥ Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan.. 
♥ Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita.. 
♥ Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu.. 
♥ Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah .taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang.. 
♥ Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hp cepat panas...kbai!!

p/s: memang betul pun..hahahaha..

Wednesday, June 6, 2012

I ♥ Allah..

 
Kalau dulu..aku selalu fikir bila da putus dgn 'some1',
aku cari 'some1' yg lain lagi :)
Perlukan 'some1' untuk berkongsi rasa gembira, sedih or pape jela :D

Bila fikir umur da meningkat..rasanya aku tak perlukan 'some1' tu now ;)
Walaupun aku tau 'some1' tu akan hadir gak lam hidup ku suatu hari nanti sebagai jodoh yg Allah telah tetapkan untukku ♥..Ya InsyaAllah ;)
So now aku tak perlukan 'some1' sebab segala nya aku lebih suka mengadu & berkongsi rasa dgn-Nya, aku rasa lebih tenang kerana Dia sentiasa ada disetiap perjalanan hidup ku ini :D
 
I ♥ Allah ;)
Without Allah I'm Nothing :D

Tok..tok..tok....

Alamakkkk.... Macam tak best je kalau dalam situasi camni.. Hati nga sedey.. Jiwa nga takde perasaan nak bercinta.. Kenapa la seseorang tu muncul time camni.. Apa yang harus cha buat.. Seseorang sedang mengetuk hati cha..

Ya Allah, telah Kau telah berikan seseorang kepadaku setelah orang yang cha sayang selama ini tinggalkan cha.. Tapi apa yang harus cha buat saat hati cha telah tertutup rapat untuk lelaki lain.. Rasa terlalu cepat untuk cha berikan cinta cha pada orang lain.. Memang orang kata kite boley jatuh cinta tanpa diduga.. Tapi bagi cha semua ni sangat2 baru untuk cha mulakan sesuatu hubungan..

Cha harap diberi petunjuk dari Allah s.w.t sebab Dia lebih Mengetahui dengan apa yang akan berlaku dalam hidup cha.. Kesian jugak kat orang tu sebab cha layan tak layan je dia.. Insya Allah, kalau dia jodoh cha mungkin hati ni akan terbuka jugak untuk dia.. 


Tuesday, June 5, 2012

Awat tak mengantok ni..?

Aduyaii...nape la mata tak rasa nak lelap lagi.. ini la kalau badan penat tambah lak nga sakit perut.. memang susah sangat nak tido..

tak tau nak buat apa dah.. tadi tengok tv dari cerita masterchef selebriti sampai ke cerita Ameera.. suke betul tengok Rita Rudaini berlakon sbb dia cantik dan sweet je bila tengok..pastu duk lipat baju, kemas bilik. skang ni still takleh tido terpaksa la cha update blog..

wahai mata, cepatlah rasa ngantok..esok nak keje, banyak lgi barang sampai tadi tak sempat tagging..time keje bukan main ngantok mata nie.huhu...

okie la, cha nak cuba teknik kire kambing biri-biri lompat pagar..nak bayangkan banyak2 warna boley tak.? ada warna purple, pink, blue, polka dot ke..eh2, mcm comel je kalu kambing warna polka dot..hahaha..gudnite..

Sunday, June 3, 2012

Happy Birthday Nenney Rida Zahra..



Hari ni kat rumah Banting ada buat makan-makan sikit sempena birthday anak sis yang kecik tu dah masuk umur setahun.. So, pagi2 lagi dah gerak ke Jusco Bukit Tinggi nak beli bahan-bahan masak. Bukan tak boley nak beli kat Banting tapi tekak cicha ni teringin nak makan sushi.. Anak buah cha yang Zeeshan n Zakwan pun dah jadi hantu Sushi..Sebab tu la rajin berjalan sampai ke Klang..huhu..

semua org dapat hadiah uncle boy belanja..huhu

Selesai beli barang dalam pukul 12lebih dah gerak balik banting.. Sampai je umah sis siap2 bahan nak masak untuk petang tu. Cha pulak kuar ngan abang, anak dia Dania ngan bebudak pegi beli hadiah untuk Rida. Sampai je umah tengok sis tengah siap2 bahan nak masak.. Dia masak simple je, Mee Kari ngan Bihun goreng.. Cha tolong sikit2 je pastu tolong jaga Rida sementara sis masak.. Alih2 rida kemana cha dah terpengsan pulak..hahaha



Petang tu tunggu abang cha sampai dari kajang baru boley start majlis. Ayah memang balik lambat sikit sebab ada hantar orang tunang.. Sis yang kat bangi awal2 sampai time kitorang keluar cari hadiah untuk Rida.. Bila abang ngan kak ipar sampai je teruslah dimulakan majlis dengan potong kek, doa dan diakhiri dengan perut yang kenyang..:)

Sis wif her family..
Seronok la Rida tu dapat banyak hadiah dari untie ngan uncle dia ea.. Cha pun bagi hadiah jugak tapi Rida tak main ngan mainan tu. dia lebih suka main ngan kotak mainan.. Sabo jela ea. Apa yang paling best bila Rida dah pandai jalan tanpa dipegang.. Mama dia happy sesangat la sebab mula berjalan depan mata dia.. Semoga Rida menjadi anak yang solehah ye..:)


Nenney Syahfinaz wif Nenney Rida Zahra..

Our Family..

Birthday gurl yang tomei2..Cicha cayang kat rida ketat2..