Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday..


 


Cha dah kembali ceria seperti sebelum ni..  
Walau apa yang berlaku, Allah sentiasa ada dengan kite..
 Dan cha masih ada family yang selalu ada bersama dengan cha..:)


















Tuesday, June 12, 2012

Malaysia vs Singapore..



Yeayyyyyy... akhirnya Harimau Malaya dapat buktikan yang mereka dapat kalahkan Singapore.. Sebenarnya ni perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia dengan Singapore. Sebelum ni lawan di Singapore tapi keputusan seri 2-2..

Siapa yang tengok game tu mesti rasa panas je hati lagi2 dengan pengadil dari Hongkong.. Tak tau la apa masalah dia malam tu. kalau tak mesti dah menang 2-0. Bukan nak tuduh ke apa tapi nampak sangat makan rasuah..

Cerita pasal game malam ni memang membuktikan yang team Harimau Malaya main dengan baik dan terbaikk.. Nampak la dorang duk menyerang je tadi. Tapi apa yang best bila Shakir Ali jaringkan gol ngan tandukan dia.. Memang smart habis la.. Yang tu first half, bila masuk second half Shafiq Rahim pulak yang jaringkan dengan free kick.. Sangat berstyle ye walaupun sebelum2 tu tendangan dia semua tak menjadi..huhu..

Safee Sali pulak masuk second half gantikan Shakir Ali. Banyak peluang yang dia dapat tapi takde rezeki nak jaringkan gol.. Memang berdebar game malam ni. Nasib baik tak bertukar dari main bola jadi aksi wrestling.huhu

Apa2 pun tahniah Team anak didik Rajagopal yang main bersungguh2 malam ni. Biar jurulatih Singapore yang sombong tu nampak yang harimau malaya dapat tewaskan team dia tanpa sebarang drama dan bantuan player luar..hahaha..


Monday, June 11, 2012

Semakin Serasi Bersama...

Akhir-akhir ni cha dah kembali ceria.. Hati pun gembira je sekarang ni.. Cha malas nak fikir benda yang dah lepas. Buat apa cha nak sedih lama-lama sedangkan orang tu tengah gembira. Silap2 duk guling-guling sebab gembira sangat dapat buat orang lain sedih.. Memang dia berjaya buat cha sedih tapi kejap jela kan.. Mungkin dia lupa hukum karma kot. Hari ni dia buat orang lain tak mungkin dia akan lalui benda yang sama jugak nanti. Okie, lupakan pasal itu ye..


Balik pada tajuk utama,ingat tak cha pernah cite pasal kawan 'jawa' cha tu.. Sekarang ni dia yang menceriakan hidup cha.. Seronok je dapat berkawan dengan dia.. Ye, KAWAN je ea.. Dia ni rajin call cha, mungkin dia faham keadaan cha. Kitorang pun macam serasi je. Yang tu mungkin darah jawa mengalir dalam badan kitorang..


Cha harap dia dapat jadi kawan baik cha.. memang cha suka berkawan tapi nak cari yang serasi tu susah sikit. Dia ni pulak yang boleh masuk ngan cha. Sayang pulak kalau kehilangan kawan macam dia tau. So, cha harap hubungan persahabatan ini akan kekal sampai bila2.. Terima kasih sebab sudi jadi kawan sy..:)

:: AURAT KAKI YANG SERING DIABAIKAN ::



~✿>> Wahai wanita, apakah yang akan TERDETIK di hatimu apabila ada seorang LELAKI yang MENEGURMU :

"KAKI JUGA AURAT, tidakkah kamu MENGETAHUINYA wahai wanita.."

Apakah yang terlintas di hati dan fikiranmu? MALU? Kerana lelaki juga mengetahui batas AURAT seorang wanita tetapi kamu TIDAK SEDAR atau BUAT-BUAT TIDAK TAHU akan aurat kakimu?

p/s : Kaki juga aurat, aurat yang SERING DIABAIKAN oleh kaum wanita..maka, BERSTOKINLAH..tidak sempurnalah istilah "tutup aurat" itu jika hanya tutup separuh-separuhkan? Lagipun bila kita SOLAT, kita mesti tutup kaki..jika ternampak, hukum solat jadi TIDAK SAH..bergaya dan berfesyen tiada salahnya asal menepati syarak dan baik niatnya..adakah kita RELA DIBAKAR Api Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini? ♥♥

:: Ku RELA stokin kakiku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA ::



More info:~ KLIK SINI

WWW 1 dipasang pada Proton Satria Neo



Gambar nombor plat yang menjadi kontroversi baru-baru ini iaitu WWW1. Nombor plat ini dimiliki oleh Sultan Johor yang dibida pada harga RM520,000.
Tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai kereta kenderaan apakah yang akan menggunakan nombor plat paling mahal ini. Ini berikutan Sultan Johor memiliki banyak koleksi kereta-kereta mewah termasuk supercar paling mahal di dunia.



Teka-teki mengenai kereta manakah yang bakal menggunakan nombor plat termahal itu akhirnya terjawab apabila ia dilihat terpasang pada sebuah kereta buatan Malaysia, Proton Satria Neo.
SUMBER: Metro online