Thursday, June 28, 2012

Sesi Menonton : Mael Lambung


Mengisahkan Mael Lambong lakonan Zizan Razak, seorang penarik kereta professional di Kuala Lumpur. Di sebalik ke-gangsteran Mael Lambong, rupanya tersimpan satu sejarah masa lampau, kisah cintanya dengan Rozie. Mael Lambong merajuk dek pinangannya ditolak oleh ibu Rozie. Alasan ibu Rozie adalah kerana keluarga Mael Lambong tidak setaraf kedudukan dengannya.
Dengan semangat jitu Mael ke Kuala Lumpur demi membuktikan bahawa dia boleh menjadi orang yang lebih berguna. Sewaktu sedang asyik meng- aim kereta untuk ditarik, tiba- tiba Maria (lakonan Juliana Evans) menerjah masuk ke kereta Mael dan menyuruh Mael membawanya keluar dari KL. Jadi kemanakah lokasi mereka yang seterusnya?


Bagi cha cerita ni boley dikategorikan macam filem tangkap muat je.. Sebab watak Mael Lambung kan terkenal dari Maharaja Lawak lagi.. Mungkin kalau dia gabung kan watak Mael Lambung ngan watak Ah Chai (Johan) akan jadi lebih menarik.. Lepas tu kualiti filem dia tak menarik.. Macam tengok cerita zaman 80-an pulak..huhu


Kalau nak ikutkan cerita Mael Lambung ni lagi sesuai ditayangkan kat Astro Warna. Cerita ni lebih pada mood santai.. Ada jugak babak yang bertumbuk ngan Juliana Evan agak kurang sesuai sikit. Tak tau la apa motif pengarah filem ni sebab yang tengok pun mesti ada yang bawah umur. Bagi cha kalau nak buat penonton have fun bukan dengan berunsur yang kurang sesuai.


Tapi pada yang minat Zizan Razak dan Juliana Evan boleh la pegi tengok cerita ni.. Untuk sokong filem melayu jugak kan.. Cuma cha pegi hari Rabu sebab harga tiket murah just RM8 je..hehehe.. Lakonan Zizan memang kena la dengan Mael Lambong ni.. Dengan gaya2 dia yang kite pun tau macam mana bila dia buat lawak kan..



 Tapi bagi cha lagi berbaloi tengok Cerita Bohsia 2 dengan harga RM12 kalau nak banding kan kualiti dan jalan cerita yang boleh bagi kite pengajaran.. Untuk semua pengarah filem, jangan fikir nak senang buat duit sebab we want quality, not quantity. Tengok Bohsia 2 pun lagi berbaloi-baloi. Sekian.

Tuesday, June 26, 2012

Sesi Menonton Wayang : Bohsia 2



Malam tadi cha kuar ngan kawan cha.. Memula juz nak pergi makan je, tapi terdetik pulak nak tengok wayang.. Petang tu abg cha duk cite dia pergi tengok cerita Bohsia 2.. Tu yang rasa nak tengok jugak, Terus online laju2 kat tab tengok cite pukul brape.. So terus ke Jusco Cheras Selatan sbb ada tanyangan pukul 9.40 pm. Sampai2 je terus beli tiket pastu baru pegi makan..

Bila dah sampai jusco haruslah makan sizzling mee.. Memang favorite cha tu..huhu.. Pastu beli pulak Tako kat situ, bukan apa senang nanti time tengok wayang takyah nak kunyah2 popcorn.hehe..

Pukul 9.30 kitorang pun menapak la masuk panggung.. Ingatkan kitorang ni awal sangat sebab kosong je.. Ada pun sepasang couple duk atas skali.. Tunggu punya tunggu cite pun bermula.. Rupa-rupanya hanya 4 orang yang tengok malam tadi.. Memang buat macam panggung sendiri la kan.. Juz bebas untuk gelak kuat2 la kan.. Takde la smpai guling2 dalam panggung tu..

Bagi cha, cite Bohsia 2 ni memang best dan terbaikk.. Semua lakonan dorang menjadi.. Dari watak Mus, Tasha, Keting ngan yang lain2 tu memang menjadi la.. Tapi cha paling suka watak Keting lakonan Sofi Jikan selain watak Mus lakonan Shamsul Yusof.. Ayat yang keluar dari mulut dia memang kelakar.. Ada satu watak lagi orang tua yang jadi gengstar iaitu Kak Rock a.k.a Rokiah. Lepas tu ada Zizan ngan bomoh motor nya..hahaha.. Memang kelakar, best, terbaik, banyak action..

 Keseluruhan nya dari mula cerita sampai habis memang best, takde bab yang bosan. Walaupun hanya kitorang berempat je dalam panggung tu tapi tak rasa pun takde orang.. So, sapa yang belum pegi tengok tu sila la pergi je. Yang taknak tu tunggu la kalau2 ada keluar kat Astro First. Lagi best layan dari pagi sampai ke malam..hehe.. Ahad ni nak layan cite Mail Lambong pulak.. Adik cha kate cite nya lucu..Tak sabarnyeee...

Apa yang penting cha dah jatuh cinta kat Shamsul Yusof.. Dari cite Ameera kat TV3 lagi sebenarnya..Mengada la kan, kalu si Shamsul ni tau mau pengsan 3 hari.hahaha

encem kan diaaaaa.....@_@

Monday, June 25, 2012

HomeMade Pizza..:)

Semalam kan cha cuti.. Macam biasa memang akan balik Banting.. Rindu kat anak-anak buah.. Dan macam biasa memang akan request kat sis suh masak kan apa2.. Saja nak buli dia sebab hari2 lain memang dia tak masak..haha..

Mula-mula ingat nak makan spaghetti, tapi bila buka peti ais tgk ada cheese untuk buat pizza.. Tu yang terus request nak makan pizza.. Yang sis pun ikutkan jela, adik kesayangan la katakan..hehehe.. Pagi tu keluar macam biasa pegi breakfast kat sungai emas. Memang biasa lepak situ pun sebab tu kedai favorite my sis..

Lepas masing2 dah kekeyangan baru la pegi beli bahan-bahan nak buat pizza. Takde apa pun cuma sosej, isi ketam ngan cili bulat.. Apa yang paling penting mesti la tepung ngan serbuk roti.. Dalam tengahari sis dah mula buat dia nya tepung.. Cha pulak tukang tabur2 je atas tu.. Dan hasilnya seperti gambar di bawah.. Memang puas la makan kalu buat sendiri. Semalam je dapat 4 keping pizza.. Banyak gila, tpi yang paling banyak makan adik cha la.. Kate diet, poyo je tapi makan banyak..hehe