Thursday, July 19, 2012

Demam Ameera...ke Ameer Sebenarnya..??



Semalam berakhirnya Drama Samarinda "Ameera".. Mula-mula cha tengok cerita ni sebab ada Rita Rudaini.. At last terjatuh cinta pulak kat Syamsul Yusof..Sebagai peminat je la kan.. Dia kan dah ada kekasih hati.. Memang patah seribu la bila dapat tau dia dah ada awek.. Sangat bertuah awek dia kan.. Semoga jodoh dorang kekal hingga ke jinjang pelamin..Amin..



Nak ikutkan cerita Ameera ni best sangat cuma ending dia kureng sikit la.. Kenapa la bagi watak Ameer tu mati.. Kesian kat Ameera tau, kalau nak sangat bagi la Zila je yang mati sorang.. Cha tengok pulak cerita ni sensorang.. Memang menangis tak ingat nye.. Rasa nak guling-guling je sebab Ameer mati..(okie tipu..!!)


Bab ni memang sedih sebab dia tak sempat nak besarkan Amirul sama-sama ngan Ameera.. Kesian kat Ameera, tengok muka dia tenang je bila Ameer menghembuskan nafas.. Time ni memang dah nanges tak hengat..uwaaaaa...


Time ni terasa Syamsul Yusof ni hensem jugak kan..Eh, nak menggatal pulak ngan kekasih hati orang ni kan..  Bila dia dia tunjuk flashback lagi mengalir air mata cha.. Sweet sangat bila Ameer nyanyi lagu hindustan.. Pastu Ameera main janggut Ameer kan.. Banyak la bab2 dalam cerita Ameera ni sweet n romantik..huhu


Siapa yang tak sempat tengok episod akhir Ameera ni boley la tengok kat Youtube atau kat Tonton.my.. okbai..

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday..

Walaupun kerja ni tak glamor tapi sangat mulia disisi-Nya..
Attn to hubby-to-be yang Allah je yang tahu siapa orangnya..:)

Tuesday, July 17, 2012

Terjumpa pulak benda ni..


Malam tadi kan takde cite best.. Lepas tengok Masterchef Selebriti, cha pun lepak dalam bilik.. Sebelum tu nak ucapkan Tahniah pada Dato' Fadzly sebab berjaya bergelar Juara Masterchef Selebriti Malaysia yang pertama.. Memang dia layak sebab sepanjang pertandingan pun dia banyak memenangi cabaran kan..

Back to topic, dalam takde apa nak buat saja la kemas2 bilik..Tengok balik koleksi brooch yang ada..Tiba-tiba terjumpa pulak benda alah ni.. Jeng3x..

Tu haaa..macam berseri-seri je tangan tu kan.. Cha terjumpa cincin tu la.. Cincin yang ex-bf cha bagi dulu-dulu.. Tetiba teringat pulak kat dia..Eceh, poyo je.. Pas teringat terus sakit hati..haha..

Sebenarnya saja nak beritau yang jari ku semakin mengecil.. Dulu cincin tu muat2 kat jari manis.. Tapi skang ni kena pakai kat jari hantu..Apa maksudnya, korang pk la sendiri..hehehe..okbai

Monday, July 16, 2012

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 19 Julai..







KUALA LUMPUR – Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Khamis ini (19 Julai).

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebanyak 30 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu.

Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang.

Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.

Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah; Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang; Gunung Berincang Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis. – BERNAMA

Dah Pandai Berjalan..


Setalah dua minggu tak balik Banting untuk jumpa si kecik ni, akhirnya dapat jugak balik semalam.. 
Yang penting si kecik ni dah pandai berjalan.. 
Kalau sebelum ni kalu nak berjalan kena pegang tangan kita. 
Sekarang ni memang laju je berjalan.. 
Suka la tu dah boley pusing2 satu rumah..
Sampai nak suruh tido pun susah..huhu..