Thursday, October 4, 2012

Adakah dia jodohku...

Sekuat mana kita menolak cinta, sekuat itulah dia akan datang dekat kita.. Walau pelbagai alasan yang kita beri, pelbagai cara pula ianya akan datang.. Inilah lumrah seorang manusia.. Tak boleh lari dari perasaan sayang dan cinta. 

Begitu juga dengan perasaan benci. Cuma perasaan benci tu boleh dihapuskan kerana bila kita pilih untuk terus membenci seseorang tu, hati dan perasaan kita tak akan aman sebenarnya. Oleh itu, sebagai manusia biasa tiada lagi perasaan benci dalam hati cha untuk sesiapa yang pernah menyakiti hati cha. Dan sekarang cha rasa lebih tenang jika nak dibandingkan dengansebelum ni..

Sebelum ni, memang cha buat keputusan untuk tutup hati cha buat seketika.. Tertutup rapat sehingga sesiapa pun tak boleh buka hati cha.. Kira nak amik masa untuk lupakan segala kesedihan dan sembuhkan luka-luka yang ada dekat hati cha. Cha lagi tenang bila keseorangan tanpa ada sesiapa disamping cha kecuali family tercinta. Cha lebih sibuk kan diri dengan kerja dan aktiviti lain untuk pulihkan diri cha. 

Hingga la satu hari ni, ada seseorang yang tak jemu-jemu untuk ambil hati cha. Pelbagai alasan yang cha bagi kat dia tapi dia still sabar dan berusaha untuk mengenali cha. Agak lama jugak la masa yang cha amik untuk cha terima dia. Hati pun rasa berat je sebab takut hati akan terluka lagi. Tapi, orang kata jangan pernah serik untuk bercinta. Semua yang kita lalui ni adalah pengalaman dalam hidup. Betul tak?

Pertama kali jumpa dengan dia, cha rasa serasi sangat. Masa borak2 pun rasa macam dah lama kenal. Mungkin perasaan cha je atau memang cha ni ramah tak bertempat. hehe.. Dan dari saat itulah hati cha terbuka untuk dia. Walaupun baru lagi (takde la baru sangat) tapi cha harap keserasian antara kami akan kuatkan lagi hubungan ni. Apa yang penting adalah kena saling memahami.Semua perkara boleh dibawa berbincang. 

Sesungguhnya segala apa yang terjadi adalah ketentuan dari Allah s.w.t. Dan cha tertanya2 Adakah Dia Jodohku.. Jawapannya takda pada sesiapa kecuali Allah s.w.t kerana Dia Maha Mengetahui. Dan cha hanya mampu berdoa yang terbaik untuk hubungan. Jika niat kita elok, Insya Allah segala urusan akan dimudahkan. Andai kata tiada jodoh antara kami, mungkin ada hikmah disebaliknya..:)


Dan dia adalah Mohd Radzuan.. 
Terima kasih sebab buat saya selalu tersenyum.
Dan terima kasih sebab sudi membahgiakan saya..:)



Wednesday, October 3, 2012

3 Penawar Hati Yang Gelisah...

Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah iaitu Ibnu Mas'ud didatangi
seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa . Lelaki ini berkata
kepada Ibnu Mas'ud ,

" Saudara , berikanlah kepada ku satu nasihat yang dapat aku jadikan penawar
untuk jiwa ku yang gelisah ini . Akhir - akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram , jiwa
ku sentiasa gelisah , fikiran ku juga selalu kusut , makan ku tidak kenyang , tidur
ku tidak lena . "

Mendengar itu , Ibnu Mas'ud membalas ,

" Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu , hendaklah kamu bawa hatimu
mengunjungi tiga tempat ini :

PERTAMA , tempat orang membaca Al - Quran ;
sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar memndengar orang lain
membaca ayat suci .

KEDUA , majlis ilmu ;
yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah .

KETIGA , carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat
beribadat kepada Alllah dengan khusyuk dan tulus ikhlas . "

Demikian penawar hati gelisah ; kadangkala kita tidak tahu punca yang
membawa hati resah . Tetapi sebenarnya itu kerana hati kita tidak diisi
dengan sebaik - baiknya . Hati yang kosong , maka mudahlah syaitan
masuk menyelinap .

Firman Allah ,
" Jika engkau dihasut oleh syaitan , maka mintalah pertolongan daripada Allah . Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui . "
( Surah al - A'raf : 200 )