Monday, November 5, 2012

Cik Viva Dah Cun Balik..:)


Akhirnya cik viva keluar dari workshop selepas seminggu bertapa kat sana.. Bukan main lama lagi kan. Rasa rindu pun dah menggunung kat cik viva. Rasa lain macam je bila cik viva takde. Betapa bermakna nye cik viva disamping cha..haha.. Yela, patah kaki tau masa cik viva takde. Lepas keje je terus balik rumah. Kalau tak boley jugak cha jenjalan mana2..

Lepas ditukar dah di touch up mana2 yang calar balar kat cik viva terus niat nak tukar warna lain tu hilang.. Tetiba je rasa macam kereta baru walaupun hanya certain tmpat je yang di spray baru. Asalnya, cha ingat nak tukar warna cik viva jadi warna purple. Nampak gaya terpaksa postpone dulu memandangkan cik viva dah kembali cantik dan vogue..hehe..

Jumlah keseluruhan kos untuk repair dan spray baru ialah RM900.. Nak tau tak kenapa mahal.. Sebabnya cha nak tempat yang kemek tu diganti baru. Bukan just ketuk2 pastu spray balik. Kalau tak kos nya RM600 je. Lagipun org kat workshop tu kata kalau just ketuk nanti besi jadi tak kuat dan lama2 warna akan terkopek balik. Lagi satu sebab cha sayang kat Cik viva dan semua ni bukan salah cha jadi cha minta tukar baru.

Abang cha pulak suruh touch up sekali mana yang calar balar dengan berkarat kat skirting cik viva sekali ari tu.. Yang tu dia caj RM150. Tapi abg minta diskaun so jadi RM1000 dari RM1050. Kira cha kena tambah RM100 la sebab yang RM900 tu claim dari owner van yang langgar cik viva..

Apa yang penting sekarang ni cik viva dah kembali pada asal.. Takde calar balar, takde kemek2 lagi.. Mudah2an lepas ni takde la jadi apa2 lagi kan.. Cik viva la harta cha yang paling berharga..Sebab tu cha sayang sangat2 kat cik viva..:)