Thursday, December 20, 2012

Sesi Ngedate + Menonton..

Semalam kesayangan ada final exam untuk last payyyperrr.. So, habis je paper dia terus datang kedai. Sama macam last week sebab nak kuar ngedate malam nya. Siapa yang tak suka kuar ngedate kan. Cuma penat sikit la sebab siang nya penat keje. Tapi sayang punya pasal tetap digagahkan jugak walaupun letih..huhu

Sebenarnya dah lama kesayangan nak tengok cite The Hobbit. Honestly, cha memang tak minat langsung cite2 macam tu. Tapi kalau cite Harry Potter boley pulak layan kan..haha.. So, memandangkan semalam hari Rabu dan tiket wayang pun murah.. Cha pun booking la tiket kat TGV Cheras Selatan. Yela, orang baru habis exam kan mesti la nak hilangkan stress, nak enjoy2.. Cha kan awek yang memahami. Bukan main suka lagi kesayangan bila tahu cha dah booking tiket untuk cite The Hobbit..

(Kiri- Muka org happy nak tengok The Hobbit... Kanan-Muka tak rela nak tengok cite mengarut..haha)

Sampai je kat Jusco Cheras Selatan terus amik tiket kat kaunter. Lepas tu aktiviti biasa mesti la bagi makan cacing2 dalam perut.haha.. Mula-mula tak tahu nak makan apa. Lagipun, ramai sangat orang kat Jusco semalam. At last, kitorang pun makan kat Old Town White Coffee.. Sambil2 nak celebrate ulangbulan kitorang + birthday kesayangan yang lagi 2 hari (22 Dec).. Terpaksa la celebrate awal sebab hari Sabtu cha kena balik kampung..  

Lepas perut masing-masing dah muncit, terus masuk panggung nak layan cite The Hobbit. Cha amik tayangan pukul 10.15pm. Start je movie, memang cha mengantuk giler.. Nak tido sound dalam panggung kan kuat. Dalam tak rela, terpaksa la tengok cite tu sampai habis. Tapi tak focus sangat sebab ada tertido jugak. Kesayangan memang suka la sampai watak2 dalam tu dia tau. Habis je cite, tengok jam dah pukul 1 lebih. Nasib baik cha dah beritahu awal2 kat abg cha balik lewat sikit sbb nak tengok wayang. Sampai umah pun dekat pukul 2. So, pagi ni mata pun macam mata panda sebab tak cukup tido. Akak yang keje ni pulak tak datang. Kalau tak boleh jugak cha lelapkan mata..Ngantoknye, rasa mata macam ada gam..T_T


p/s: tinggal beberapa hari je.. Hope semuanya akan berjalan dengan lancar..Amin






Wednesday, December 19, 2012

Petua Wanita Untuk Awet Muda dan Cantik Berseri..

 
 

Amalkan..:)
Petua Wanita Untuk Awet Muda dan Cantik Berseri

Pilihan 1:
Hendaklah dilakukan selepas solat Isyak
a. Ambil air segelas
b. Baca al-Fatihah 1 kali
c. Baca Ayatul Qursi 1 kalii
d. Baca Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
(Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga.)


Pilihan 2:
Zikir dibaca untuk anda sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman. Amalkan membaca zikir seperti berikut :

a. Baca ” Ya Badiyah ” 1 kali
b. Baca ” Ya Nur ” 1 kali
c. Baca ” Ya Hadi ” 1 kali
d. Baca ” Ya Allah ” 3 kali
(Baca zikir dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka anda. Amalkan setiap hari.)

Pilihan 3:
Amalkan membaca ayat-ayat seperti berikut:

a. Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah selepas solat subuh.
b. Selepas baca, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.