Tuesday, July 2, 2013

Promosi Di My Hardware, Saujana Impian..

Rasa dah lama sangat tak update blog. Sekarang ni agak sibuk sikit. Lagi pun tengah tak ada idea nak berblogging ni.hehe..




Hari ni cha nak update tentang tempat kerja cha iaitu kedai My Hardware. Kedai ni terletak di Taman Saujana Impian, Kajang. Kalau uols nak tahu My Hardware ni 100% bumiputra yang punya. Ala, orang melayu kite yang buka kedai ni. Biasa nya kalau hardware mesti bangsa cina yang pegang kan. Hope uols dapat support kami ye..:)



Lagi berapa hari dah nak puasa kan.. Lepas tu nak sambut Aidilfitri pula. So, My Hardware, Saujana Impian ada buat promosi sempena Ramadhan dan Aidilfitri. Kami tawarkan diskaun sehingga 50%. Menarik kan..?? Harus la menarik. Macam-macam yang kami tawarkan dengan harga yang hebat. Antaranya 20% diskaun untuk barangan elektrik dan kepala paip (untuk barangan tertentu). 15% diskaun untuk cylindrical lock dan padlock. 50% untuk barangan rumah.. :)



Ada lagi yang lebih menarikkk.. Bila nak raya ni mesti lah nak tukar warna rumah. Mesti nak beli kena cat baru kan.. Di My Hardware, Saujana Impian ada menjual cat jenama Kossan Paint. Sempena Aidilfitri tahun ni Kossan Paint buat promosi dimana setiap pembelian 5LT Ultra Clean, Silk Soft atau Koskyd uols akan dapat RM5 KFC/Pizza voucher. Kalau beli dinner plate tu cuma tambah berapa ringgit je dah dapat ayam 3 ketul..huhu





Di My Hardware, Saujana Impian juga, kami menyediakan perkhidmatan hantar terus ke rumah. Contohnya Pasir, Batu Simen, Simen, Kapur, Kayu-kayan, besi dan banyak lagi. Kalau rasa-rasa nak buat renovation tu boleh la datang order barang kat My Hardware.

p/s: jangan lupa 'LIKE' page My Hardware, Saujana Impian   di Fecabook ye.. mekaceh..^___^

Thursday, May 9, 2013

Mengidam Casio Pink Ladies..

Cantik takkkk....????
Bagi cha memang cantik giler.. Nak tahu sebab apa??
Sebab dia warna pinkkkkk....*___*
Kalau warna lain memang cha buat tak tau jela.hehe

Kalau ikutkan hati memang nak beli jam ni.. 
Tapi bulan ni kena renew roadtax cik Viva. 
Bukan tu je, kena servis cik Viva pulak. 
Kira bulan ni bulan untuk Cik Viva tersayang..huhu

Jam ni postpone next month la baru boleh beli..
Tapi memang serius, jam ni cantik sangat2..^___^

Wednesday, May 1, 2013

Kursus Pra Perkahwinan



 Rasa macam dah lama sangat tak update blog. Tak sempat rasanya nak duduk depan pc nak menaip panjang-panjang kan.. Kalau nak tau gambar-gambar kat bawah ni semua cha dah upload dah minggu lepas lagi. Punya la lama, tapi tak sempat nak update. 

Saja nak cite kat korang.. Baru-baru ni cha ada hadiri kursus pra perkahwinan atau sebutan pendek nye kursus kawin ye..hehe Dan harus lah cha pergi dengan tunang cha. Walaupun tarikh hari bersejarah kitorang ni dalam perancangan lagi tapi cha rasa baik pergi awal-awal kursus kawin ni. Lagipun sijil yang akan dapat nanti tak ada tarikh luput kan.

 Cha booking waktu kursus dari bulan Januari lagi. Cha amik kat JAIS Shah Alam. Walaupun jauh dari Kajang tapi tetap gigih nak amik kat sana sebab kawan-kawan cha kata penceramah nye best. Itu yang penting sebab cha memang tak boleh dengar-dengar ceramah. Secara automatik rasa mata macam ada gam.haha.. 

So, cha amik 13hb - 14hb April 2013. 
Bayaran nya masih sama macam sebelum ni jugak hanya RM80 sahaja. 
Pihak JAIS sediakan beg yang mengandungi buku, pamphlet dan pen. 
Kira RM80 tu termasuk sekali makan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang.

Sepanjang dua hari kursus tu macam-macam perkara yang cha belajar. Dari bab Cara nak isi borang nikah hingga bab cerai dan talak. Banyak isi-isi yang para penceramah beritau kat kita. Yang penting dalam rumahtangga ni kena banyak sabar. Yang isteri jangan jadi nusyuz dan suami pulak jangan buat main hal-hal talak. 
                 
Dalam ceramah tu jugak ada diselitkan bab kesihatan. Ada jugak dia tunjuk contoh video-video asam garam dalam rumahtangga. Tapi video yang tak sanggup cha tengok ialah video perempuan bersalin.. Rasa macam cha pulak yang ada kat tempat perempuan tu. T_T

Alhamdulillah, banyak benda yang cha dapat sepanjang dua hari kursus. Sijil Kursus Kahwin pun dah ada. Tinggal nak kahwin je. Insya Allah masanya akan tiba jugak satu hari nanti. Doakan hubungan cha dan tunang sentiasa elok ye. Sekarang ni pun jarang sangat gaduh. Kalau ada pun sebab cha la yang mulakan dulu ye..hehe.. Okeylah, jemput tengok gambar-gambar yang cha upload ni ye.. bubye..^__^

JAIS Shah Alam.

Snap untuk hilangkan ngantok..













Dah ada sijil mean dah boleh kawin..hehe


Sementara tunggu En. Tunang beli barang..

On the way balik Kajang.. (En. Tunang nga sakit gigi so takleh senyum..huhu)






Wednesday, April 10, 2013

Wordless Wednesday


Tun Mahathir Mohamad memerli PAKATAN RAKYAT dengan " silap saya juga membina Putrajaya tu cantik-cantik sehingga orang pembangkang hari ini sibuk nak merampasnya... Dulu mereka kata membazir..."

Wednesday, March 27, 2013

Wordless Wednesday : Kenangan Lama


Ini lah gambar kenangan family cha. 
Tapi masa ni adik cha tak keluar lagi..
Baju semua sama je kan. Rambut pun ala2 skema gitu..
Kalau nak tau cha yang paling comel sekali dalam gambar ni. 
Orang lain sibuk amik gambar, cha pulak sibuk masuk tangan dalam poket.. ^__^

Tuesday, March 26, 2013

Musin Cuti Sekolah = Musim Kahwin..

Tahniah untuk kawan-kawan cha yang selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing. 
Musim cuti sekolah ni memang tak dinafikan ada banyak jemputan kahwin. 
Last week je, cha dapat 4 jemputan kahwin. 
Tapi cha sempat dapat pergi 2 kenduri je kat Klang dengan kat Banting.
Itu pun cha minta tukar cuti dengan abang cha. 
Kesian dia kan. huhu


Walau apa pun tahniah kepada pasangan Zahba dan suami, Zaidi.. Yang Zahba ni kawan cha masa kat UiTM. Tahniah ye Zahba.. Cantik sangat-sangat masa ni.. Berseri-seri je tau..



Yang ni pulak kenduri kat Banting. Kawan cha masa sekolah.. Tahniah ye Faiz dan Robie..
Semoga Zahba dan suami, Faiz dan isteri bahagia hingga akhir hayat. Dapat anak-anak yang comel..:)


Cha bergambar kat pelamin Zahba.. Cantik kan.. Sambil2 amik berkat la katakan.. Yang kelakar nye, pergi kenduri berdua dengan En. Tunang tapi bawa balik door gift sampai tiga. Dua-dua rumah pulak tu. Macam tau2 je cha suka bab2 dapat door gift ni..Rezeki kami la tu..hehe

Thursday, March 14, 2013

Ngedate Dengan Kesayangan..


Tuh diaaaa.... Asal keluar dengan En. Tunang confirm ada aktiviti makan.. Walaupun hanya sekejap tetap kena makan jugak..hehe..

Sebenarnya, malam tadi cha keluar ngedate a.k.a dating dengan my kesayangan. Cha request kat dia nak tengok wayang. Yela, kitorang dah lamaaaaaaaaaa sangat2 tak tengok movie tau. Last movie tengok cite Hansel & Gretel rasanya.. Kire lama la jugak walaupun tak lama sangat..huhu..

Dulu awal-awal bercinta, kesayangan ikut je cite apa cha nak tengok. Tapi alih2 lepas tunang ni, cha pulak ikut selera dia..hahaha.. Alaaa, Biasa la tu. Takan nak ikut kepala cha je kan.. Kena la belajar dari sekarang. Kang dah kawin takut terbawa2 pulak. Asyik nak orang je ikut cakap cha. So, malam tadi En. Tunang nak tengok cite Jack The Giant Slayer. Dah itu pilihan dia, cha pun ikutkan ajee..:p

Sebelum tu harus lah kenyang kan perut dulu. Cha teringin nak makan Sizzling. En. Tunang jenis tak kisah kalau bab-bab makan ni.. Yang tu dia memang ikut tekak buaya cha je..huhu.. Lepas kekeyangan terus pergi amik tiket wayang sebab cha dah booking awal2.. Jenis cha kalau nak tengok wayang memang akan beli tiket awal2 by online. Kalau tak mesti dapat seat tak best.. Lagi satu Cha malas nak beratur panjang-panjang. Buat lenguh kaki je.. Nanti kalau kaki jadi kecik camne..haha



Yang ni memang saja nak menggedik sebelum masuk panggung. En. Tunang pun jadi mangsa untuk main snap2. Tapi kejap je sebab orang makin ramai. Malu la orang tengok kan..huhu.. Tapi kira okie la cite Jack The Giant Slayer tu. Terlalu ringan cite nya.. Alih2 dah habis. Lepas ni tunggu cite G. I. Joe pulak baru tengok wayang lagi..:)

Monday, March 11, 2013

Aktiviti Hujung Minggu : Pergi Kondangan (Kenduri Kahwin)


Bulan March je, cha dah dapat 5 jemputan kenduri kawin. Mana yang sempat cha pergi la ye. Sebab kadang-kadang cha kena keje atau kalau majlis hari Sabtu memang cha tak dapat pergi sebab kerja.. So, hari Ahad lepas ada kenduri kawin kawan cha kat Banting. Bila perut dah kenyang inilah jadinya. Main snap2 pulak..

Selamat Penganting Baru untuk Akmal @ Kymunk dan pasangan.. Cha doakan semoga bahagia hingga akhir hayat dan dapat anak2 yang comel dan cute..:)

Thursday, March 7, 2013

My New Baby..






Last Sunday, cha keluar ngedate dengan En. Tunang. Dah dua minggu tak jumpa tau. Cha rasa macam dah berbulan-bulan tak jumpa. So far hubungan cha dengan En. Tunang berjalan dengan baik. Kalau ada gado2 ke, majuk2 ke, tu kan perkara biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit katenyaaaa...huhu

So, hari tu kitorang pegi la jenjalan kat The Mines. Pening kepala kalau masuk Mines ni. Bukan apa, sebab terlalu ramai manusia dalam tu. Cha pulak tak suka sangat pergi tempat yang sesak2 camtu. Tapi tak lama kat Mines. Kat sana pun just have lunch kat Popeye pastu jalan2 jap terus kuar dari situ.

Lepas tu, kitorang pergi pulak ke Jusco Cheras Selatan. Sambil-sambil survey handphone sebab skrin hp cha dah retak. Masa tu, kat Jusco tengah ada sales15%  untuk Jcard member. Seluar yang tak pernah ada diskaun pun boleh dapat diskaun. Walaupun belum gajian, nasib baik ada saki baki gaji ari tu. So, boley la cha shopping sikit2.


Dah penat shopping, pergi pulak tengok2 hp. Lepas tu berkenan pulak dekat Sony Miro. Sebab sebelum ni memang dah survey dalam web tentang spec Xperia Miro ni. Kalau nak ikut bajet memang ini jela yang termampu. En. Tunang pulak beli hp Xperia J.

Malam tu, kitorang dinner kat Umai Putrajaya sebab cha teringin makan pengat pisang.. Masa tu pulak tak berapa sihat. Nasib baik la En. Tunang memahami cha. Terus bawa cha pergi dinner kat situ. Tapi, semua yang cha order tak habis. Sayang je tau..uwaaa (tak suka membazir)

So, sekarang cha dah ada new baby selain Galaxy Tab. Yang ni kecik sikit dan senang nak ber'Facebook'..hehe.. Dan yang paling penting hp ni ada warna Pink. Kalau sebelum ni cha tak suka warna pink, tapi sekarang dah jadi gila dengan warna pink. Sebab faktor usia kot..hahaha tetiba jerrrr...okbye..^___^

Wednesday, February 27, 2013

Wordless Wednesday..


Bersemangat anak-anak buah cicha nak pergi kelas Taekwondo.. :)

Friday, February 15, 2013

Conteng-conteng Blog (CNY)

Rasa macam dah lama sangat tak update blog... Sekarang ni cha bz sikit. Sebelum ni pun bz jugak tapi sempat lagi update ea. Tapi, sempena cuti Chinese New Year ni rasa dua kali ganda bz nye. Faham2 la kan, hardware cina semua tutup.. Rasa macam tak cukup langkah masa customer ramai..



Alih-alih lepas Chinese New Year, cha tak sihat. Mungkin terlebih makan limau kot. Cha rasa ada dalam 10 kotak limau yang supplier bagi. Tapi yang best, tahun ni cha dapat angpaw.. huhu.. Lagi 1 mungkin badan terlalu penat.. Mula2 batuk2 je, lepas tu kena selsema.. Bila tidur malam badan terus panas sangat2 sampai tak larat nak bangun.. sekarang ni dah kurang sikit cuma selsema dan batuk tak baik lagi..

Masa CNY ari tu, walaupun kerja sempat lagi cha balik kampung kesayangan. Yela, nak pergi jauh2 tak boley sebab kena kerja. Balik kampung kesayangan pun kira jauh tau. Kalau tido tu sempat mengigau ye..huhu.. Actually, kampung dia kat Sungai Tengi. Memang enjoy la pergi kampung dia. Cuma dapat stay kejap je lepas tu gerak balik Kajang.. Next time kena pergi lama sikit sebab abah dah tegur balik kejap sangat..hehe.. Balik Banting pun dapat kejap je. Tapi takpe la, janji dapat family tercinta. Yang penting dapat hilangkan rindu kat bebudak techik yang tomey2 dan baikkk sangat2 tu..




Thursday, February 7, 2013

Bila Rindu...

Hati saya hanya untuk En. Radzuan bin Ismail seorang je.. 
Comel tak cha.. 
Tak Comel..?? 
Ada Cha kisah..:p
Yang penting En. Tunang kata cha comel sesangat.. 
Rasa nak terbang di kayangan. 
Tapi tak boley sebab berat sangat..hahaha

Saturday, February 2, 2013

Sesi Ngedate Dengan Kesayangan..


Pic saya dengan kesayangan..
Biasanya kitorang akan kuar ngedate tiap2 hujung minggu. Kalau takpun, cha balik Banting sebab rindu kat budak-budak.. Last Sunday, macam biasa kitorang kuar tapi pergi tengok wayang dan makan-makan je. Eh, ada shopping sikit2 sebab kat Jusco tengah ada sale kan.. 

 Lagipun hari tu cha keje so kitorang kuar lepas keja.. Lepas penat shopping, makan dan tengok wayang pergi pulak lepak kan diri kat Putrajaya.. Sebab dah lama sangat tak main snap2 so kali ni kitorang meng'snap'kan diri..huhu




Pic yang kat atas ni beberapa hari selepas kitorang main snap2 kat Putrajaya. Punya la jauh nak dinner dari Kajang ke Putrajaya. Sebab selalu lalu je tempat ni masa nak pergi ke Masjid dan Dataran Putrajaya. Kalau korang perasan ada tempat makan belah kanan. Kalau tak silap nama dia Seri Laman Putrajaya..Kalau silap tolong betulkan ye.. Tenang je makan kat sana sebab makan dalam suasana taman.. Lepas ni boleh lepak lagi kat situ ye En. Tunang..:)

Sesi Menonton : The Last Stand



SINOPSIS THE LAST STAND

Back from the Governor's Mansion in Sacramento to the daily grind of Hollywood, Arnold Schwarzenegger is not only in an action movie that might have been designed for Clint Eastwood, he's also as slimmed-down, craggy-faced and ill-coiffed as his fellow Republican politician. Under the expert direction of Kim Jee-woon (this is the Korean film-maker's English-language film debut), Arnie plays former top LA cop Ray Owens, now in semi-retirement as a small-town Arizona sheriff on the Mexican border. What starts out as a cop movie turns into a western when a third-generation drug kingpin escapes from the Feds in Las Vegas and heads south to the border, where a gang led by Peter Stormare are installing a bridge to facilitate his return to Mexico.

There's an allegory lurking here. The FBI are led by decent-minded African American Forest Whitaker who doesn't trust the local sheriff, and when things go pear-shaped, the only man able to put the American hearse before the Mexican cartel is Arnie. Loudly echoing John Wayne in Rio Bravo, he swears in five trusted deputies to protect the town against the approaching Hispanic thugs. Fortunately they're not only armed to the teeth, but one of their number runs a historical weapons museum, and a local old lady is packing a rod. What do you call a place like this? Home – if you belong to the National Rifle Association, who might well have sponsored this film. 


TRAILER FILEM

 

 REVIEW CHA:~

  •  Start je filem ni rasa bosan sebab cha mmg tak berapa minat
    Arnold Schwarzenegger. Tapi still tengok sambil makan popcorn..huhu
  •  Lepas 10minit cerita dah makin menarik. Ada unsur-unsur lucu dalam cerita ni..
  • Terpegun dengan kelajuan kereta yang dipandu oleh banduan yang terlepas tu. 
  • Dalam cerita ni menunjukkan perbezaan idea untuk tangkap banduan antara Syerif dengan FBI.
  • Action yang ditunjukkan sangat real. Biasa la, nama pun Hollywood kan.
  • Ada jugak aksi yang mendebarkan tapi yang tu korang kena tengok sendiri.
  • Memang tak rugi tengok filem ni sebab banyak action dan dalam masa yang sama ada unsur lucu..:)
       

Wednesday, January 23, 2013

Woerdless Wednesday : Mulakan Hari Yang Indah Dengan Senyuman..

 Hari ni nak pulihkan balik mood yang tunggang langgang sebelum2 ni.. 
Bila tengah takde mood diri sendiri pun rasa tak seronok.. 
Lagi tak best kalau termarah orang2 yang tak bersalah..hehe..



Thursday, January 17, 2013

Sesi Menonton : The Tower (2012)



SINOPSIS THE TOWER

Encik JO membuat rancangan untuk "White Christmas" parti untuk penyewa dan VIP di Sky Tower, super mewah kompleks bangunan tanda tempat dia memiliki di Seoul. Sebahagian daripada peristiwa itu akan melibatkan helikopter mengelilingi di atas, percikan salji pada semua orang di bawah. Dae-ho, bapa tunggal dan pengurus bangunan, adalah seorang pekerja yang bersungguh-sungguh disukai oleh rakan-rakannya dan disayangi oleh anak perempuan hanya beliau Ha-na. Dae-ho telah berjanji pada anak perempuannya mereka akan menghabiskan hari Krismas di taman hiburan bersama-sama tetapi rancangan parti yang tidak dijangka membuat dia kembali. Pada Hari Krismas, parti itu meriah dengan ayunan penuh dua buah helikopter menyembur salji atas Sky Tower. Apabila salah satu helikopter terhempas ke dalam bangunan, kebakaran meletus dan merebak dengan cepat. Dae-ho bergerak cuba untuk menyelamatkan Ha-na, Yoon-hee dan rakan-rakannya. Pada masa yang sama, legenda ahli bomba Young-Kee membuat jalan ke Sky Tower, melontar dirinya ke dalam bangunan pembakaran dan membawa api bawah kawalan, membantu Dae-ho dalam proses. Bersama-sama mereka berjuang untuk menyelamatkan nyawa semua orang di sekeliling mereka walaupun persengketaan menggelegak antara dua lelaki. Satu akan terus hidup, dan satu akan membuat pengorbanan muktamad.


TRAILER FILEM 


REVIEW CHA

  • Sebenarnya tak pernah tengok lagi movie Chinese atau Korea kat Cinema.. Tapi, setelah baca komen kawan kat fb kata movie ni best terus tertarik nak tengok..
  • Permulaan cerita agak menarik.. Menunjukkan kasih sayang seorang bapa tunggal pada anak dia..
  • Lepas tu cha teruja dengan kecantikan dalam bangunan Tower tu. Sekurang2nya kita tahu la macam mana keadaan dalam bangunan tu kan. Kalau nak masuk betul2 tak boleh..
  • Bab helikopter sembur salji tu pun agak menarik sampai ada angin lintang dan helikopter hilang kawalan sampai la terhempas masuk ke dalam bangunan tu.
  • Di situ la bermula segala debaran bila semua orang cuba nak selamatkan diri. Masa tu terfikir macam mana agaknya kalau cha ada dalam tu..
  • Kepantasan anggota bomba memadamkan api pun membuatkan cha rasa respect kat dorang. Tengok macam mana cara dorang kendalikan kes sebesar tu..
  • Dalam movie ni diselitkan elimen kekeluargaan, sedih, kelakar dan ada pihak yang pentingkan diri sendiri..
  • Secara keseluruhan, cha enjoy tengok movie ni. Kalau korang tak tahu nak tengok movie apa, cha suggest cerita The Tower. 
  • Cha bagi 4/5 bintang...^___^



Wednesday, January 16, 2013

Wordless Wednesday : Sakit Mata..

ni bukan mata cha ea..huhu


Adoii...sakit mata la pulak.. Semalam bangun-bangun tidur je mata duk berair. Tengok kat cermin, mata dah merah.. Memang sah la sakit mata.. So, pergi jumpa doktor dan dia bagi MC 2 hari. Tapi even mc still kena keje..huhu. Hari ni mata dah okie sikit.. Kena rajin makan ubat n letak ubat kat mata.. Yang tak best nya lepas makan ubat mesti nak tidur.  Ni pun still rasa mengantuk dan blur sikit..:(

Monday, January 14, 2013

Aktiviti Hujung Minggu..


Dah dua tiga hari ni cha rasa tak berapa sihat. Tekak pulak asyik sakit je.. Yang peliknya dia sakit time nak tidur. Mungkin kurang minum air. Badan pulak rasa lemah-lemah je. Sebab kena hujan agaknya.. Bila tak sihat ni macam biasa la akan teringin nak makan macam-macam.. Walaupun sakit tapi selera makan tetap maintain ye. Orang lain kalau sakit turun berat badan. Kalau cha memang takde makna. Macam tu jela beratnye.. Silap-silap naik 2kg..huhu

Dalam sakit-sakit tekak tu boleh pulak teringin makan Meatball kat IKEA..Mengada-ngada kan.. Dan lebih mengada-ngada cha mengadu kat kesayangan.. Dengan harapan kesayangan akan bawa la cha makan meatball..huhu.. Dan semalam kesayangan bawa jugak cha ke IKEA.. Kate sayang tunang kan, takan takleh nak penuhi permintaan cha.. Seronok je bila dengar dia nak belanja meatball.. Excited bersiap sementara tunggu dia amik kat umah..

Dalam pukul 6pm kitorang sampai ke IKEA.. Ingat dah petang-petang tak ramai orang. Rupa-rupanya sama je macam time lunch. Ramai nya manusia.. Bila nak makan kat sana kena ada tahap kesabaran yang tinggi sebab orang yang terlalu ramai dan tempat makan tak mencukupi. So, kena tunggu orang lain habis makan. Tapi sakit hati jugak sebab ada yang dah habis makan tapi still borak2, pastu rilex2 lagi.. Orang lain tercegat je duk tunggu turn. Tapi, walau apapun hilang rasa teringin dapat makan meatball.. Mekaceh ye kesayangan a.k.a En. Tunang..^___^





Lepas kekeyangan kitorang pergi pulak ke Jusco Cheras Selatan.. Cha nak cari seluar untuk kerja. Sambil-sambil habiskan masa bersama2.. Tapi tak lama kat Jusco sebab dah lewat. Beli barang, jalan-jalan jap terus balik.. Lagipun, kesayangan tak suka sangat shopping2 ni.. Sebelum balik rumah singgah makan jap kat kedai tomyam sebab cha nak pose ari ni.. Sahur la konon-kononnya.. 

Petang ni tak tahu nak makan apa masa berbuka.. Ingat nak masak sendiri.. Tapi kalau rajin la kan.. Kalau nak tapau tak tahu nak makan apa pulak..@_@

Thursday, January 10, 2013

Perkhidmatan Mengubahsuai Rumah..

Cha nak buat iklan jap..

Sesiapa yang memerlukan perkhidmatan mengubahsuai rumah..
Quotation percuma disediakan untuk kawasan Kajang, Bangi, Seri Kembangan, Putrajaya, Puchong dan Bukit Jalil..


 
 
 
Ini salah satu projek di Taman Kajang Perdana.. Nak tengok yang lain-lain boleh la usha-usha page Mr. Home Renovator's 

ATAU

Boleh hubungi melalui telefon 019-3572003 
dan
 hantar email ke
afrobuilder@gmail.com


Sesi Menonton : Minyak Dagu..


Sinopsis Minyak Dagu..


Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yang berdendam dengan bekas tunangya Emelda kerana kembali kepada bekas kekasihnya, Johan. Azman termakan kata-kata rakan pejabatnya lalu mengesyaki Johan memang telah menggunakan minyak dagu bagi merampas Emelda daripadanya.
Keadaan Emelda berubah bila dinikahkan dengan Johan. Emelda seperti dirasuk sesuatu dan dan perkara tersebut merunsingkan kedua ibu bapa Emelda. Keadaan bertambah buruk bila si pengguna minyak dagu terlanggar pantang larangnya dan menyebabkan "khadam" si pengguna minyak dagu itu inginkan darah si pengguna dan orang yang dia sayang. Persoalannya siapakah si pengguna minyak dagu...Azman atau Johan ?
 
Trailer FIlem..

 

Review Cha.. 

  • Permulaan cerita yang menarik tapi lepas 15 minit panggung ada masalah.. Cerita macam tergantung dan ada masalah sound. Rasa macam tengok cerita bisu pulak.. 
  • Mula-mula cerita dah serapkan perasaan seram sebab tebok trailer macam seram sesangat. Tapi hampa, sebab tak seram mana pun..
  • Lampu hospital tak ON, masalahnya ada nurse dalam scene tu...nampak macam kurang logik...typical movie seram memang macam tu kot...ke nurse tu pun hantu...suka duduk dalam keadaan gelap...huhu...
  • Ada bab-bab yang sepatutnya seram tapi jadi kelakar. Lagi-lagi bab si Johan bawa bomoh untuk pulihkan Emelda..(kena tengok sendiri ea..)
  • Ending cerita yang agak mengecewakan.. Sebabnya korang kena tengok sendiri..
  • Walau apapun, ada juga mesej dalam cerita ni.. Jauhkan diri dari benda-benda khurafat yang boleh makan diri sendiri ye..:)

*ni pun ada mesej jugak...
jangan tinggalkan baju direndam lama-lama..
nanti ada yang tolong cuci..huhu

Wednesday, January 9, 2013

Wordless Wednesday : Makin Bam Bam..






Masa mula-mula kenal...

Lepas beberapa bulan kenal..

Nampak tak perbezaan nya... 
Yang beza sebab en. tunang makin bam bam...
Larikkk...^___^

Tuesday, January 8, 2013

OMG!! OMG!! OMG!!


Aduyaiiii...semenjak hati berbunga2 kembang setaman ni badan cha pun nak ikut kembang jugak. Semalam timbang je dah naik dekat 3kg.. Ini semua dorongan en. tunang ye. Tiap kali jumpa memang confirm makan dan makan lagi.. En. tunang pulak ikutkan cha nak makan apa.. Risau jugak ni.. Yela, tengah senang hati ni selera makan bukan main lagi besarnye..

Bila la cha nak start diet balik ni.. Baru je pasang niat nak diet tapi ada je halangan. Perut pulak asyik lapar. Tahu la kerja cha macam mana kan.. Kakak kat tempat kerja ni pulak ada je bekalan yang dia bawa. Coklat la, roti la, ari ni dia bawa buah duku langsat. Macam mana la cha tak makin bam bam.. Nasib baik en. tunang terima cha seadanya.. Tapi, lepas ni kena diet jugak. Untuk jaga kesihatan cha jugak kan.. Tapi nak buat diet apa ea.. Diet Atkin ke Diet Detox.. Hurmm, awal-awal ni cha kurangkan makan dulu la.. Kena kuat semangat kalau nak diet ni. Lemak-lemak ni memang degil. Masa nak turun bukan main susah, tapi masa nak naik baru makan banyak sikit dah naik berkilo-kilo.. Chaiyok2 ye cicha..:)

p/s: En. Tunang kate kite comel masa tunang ari tu..hehe


Wednesday, January 2, 2013

Sekitar Majlis Pertunangan Nisa & Wan..



      Sekitar majlis Pertunangan Nisa & Wan.. Letak pic jela ye.. Tengah takde idea nak taip panjang2..hehe


Time ni memang berdebar sesangat..:)
Hantaran dari pihak perempuan..

Hantaran dari pihak lelaki..
Sirih Junjung..

Kameja..
Cup cakes.. Cantik tak.. Sis cha order kat CutiesCupCakes by Nori Ibrahim Sweet Touch
Buah-buahan..
Wallet and Pen..
Jam dan Belt..
Rombongan dari pihak lelaki..
Betul-betul punctual..:)

Rasa berdebar-debar..

Tembam kan jari cha..haha
Time ni jadi patung jap sebab ramai sangat nak snap pic.. Ada dalam 3 minit camni je..huhu

Yang ni pun sama ye.. Amik masa yang lama.. Rasa macam kena buli je..;p

Bergambar dengan Mak Tiri cha..:)
Memperkenal kan En. Tunang..^__^
Bergambar dengan keluarga En. Tunang..

Bergambar dengan Ayah dan Mak tiri cha..:)

Bergambar dengan family cha.. Sayang sangat kat korangggg...^___^
Cincin Tunang...
Yang tengah2 tu nenek cha belah arwah mak..
Bergambar dengan kawan2 dan akak2 cha..
Bergambar dengan En. Tunang..
Dengan nenek..
Nak balik dah...:)