Monday, January 14, 2013

Aktiviti Hujung Minggu..


Dah dua tiga hari ni cha rasa tak berapa sihat. Tekak pulak asyik sakit je.. Yang peliknya dia sakit time nak tidur. Mungkin kurang minum air. Badan pulak rasa lemah-lemah je. Sebab kena hujan agaknya.. Bila tak sihat ni macam biasa la akan teringin nak makan macam-macam.. Walaupun sakit tapi selera makan tetap maintain ye. Orang lain kalau sakit turun berat badan. Kalau cha memang takde makna. Macam tu jela beratnye.. Silap-silap naik 2kg..huhu

Dalam sakit-sakit tekak tu boleh pulak teringin makan Meatball kat IKEA..Mengada-ngada kan.. Dan lebih mengada-ngada cha mengadu kat kesayangan.. Dengan harapan kesayangan akan bawa la cha makan meatball..huhu.. Dan semalam kesayangan bawa jugak cha ke IKEA.. Kate sayang tunang kan, takan takleh nak penuhi permintaan cha.. Seronok je bila dengar dia nak belanja meatball.. Excited bersiap sementara tunggu dia amik kat umah..

Dalam pukul 6pm kitorang sampai ke IKEA.. Ingat dah petang-petang tak ramai orang. Rupa-rupanya sama je macam time lunch. Ramai nya manusia.. Bila nak makan kat sana kena ada tahap kesabaran yang tinggi sebab orang yang terlalu ramai dan tempat makan tak mencukupi. So, kena tunggu orang lain habis makan. Tapi sakit hati jugak sebab ada yang dah habis makan tapi still borak2, pastu rilex2 lagi.. Orang lain tercegat je duk tunggu turn. Tapi, walau apapun hilang rasa teringin dapat makan meatball.. Mekaceh ye kesayangan a.k.a En. Tunang..^___^





Lepas kekeyangan kitorang pergi pulak ke Jusco Cheras Selatan.. Cha nak cari seluar untuk kerja. Sambil-sambil habiskan masa bersama2.. Tapi tak lama kat Jusco sebab dah lewat. Beli barang, jalan-jalan jap terus balik.. Lagipun, kesayangan tak suka sangat shopping2 ni.. Sebelum balik rumah singgah makan jap kat kedai tomyam sebab cha nak pose ari ni.. Sahur la konon-kononnya.. 

Petang ni tak tahu nak makan apa masa berbuka.. Ingat nak masak sendiri.. Tapi kalau rajin la kan.. Kalau nak tapau tak tahu nak makan apa pulak..@_@

No comments: