Tuesday, January 8, 2013

OMG!! OMG!! OMG!!


Aduyaiiii...semenjak hati berbunga2 kembang setaman ni badan cha pun nak ikut kembang jugak. Semalam timbang je dah naik dekat 3kg.. Ini semua dorongan en. tunang ye. Tiap kali jumpa memang confirm makan dan makan lagi.. En. tunang pulak ikutkan cha nak makan apa.. Risau jugak ni.. Yela, tengah senang hati ni selera makan bukan main lagi besarnye..

Bila la cha nak start diet balik ni.. Baru je pasang niat nak diet tapi ada je halangan. Perut pulak asyik lapar. Tahu la kerja cha macam mana kan.. Kakak kat tempat kerja ni pulak ada je bekalan yang dia bawa. Coklat la, roti la, ari ni dia bawa buah duku langsat. Macam mana la cha tak makin bam bam.. Nasib baik en. tunang terima cha seadanya.. Tapi, lepas ni kena diet jugak. Untuk jaga kesihatan cha jugak kan.. Tapi nak buat diet apa ea.. Diet Atkin ke Diet Detox.. Hurmm, awal-awal ni cha kurangkan makan dulu la.. Kena kuat semangat kalau nak diet ni. Lemak-lemak ni memang degil. Masa nak turun bukan main susah, tapi masa nak naik baru makan banyak sikit dah naik berkilo-kilo.. Chaiyok2 ye cicha..:)

p/s: En. Tunang kate kite comel masa tunang ari tu..hehe


No comments: