Thursday, January 10, 2013

Sesi Menonton : Minyak Dagu..


Sinopsis Minyak Dagu..


Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yang berdendam dengan bekas tunangya Emelda kerana kembali kepada bekas kekasihnya, Johan. Azman termakan kata-kata rakan pejabatnya lalu mengesyaki Johan memang telah menggunakan minyak dagu bagi merampas Emelda daripadanya.
Keadaan Emelda berubah bila dinikahkan dengan Johan. Emelda seperti dirasuk sesuatu dan dan perkara tersebut merunsingkan kedua ibu bapa Emelda. Keadaan bertambah buruk bila si pengguna minyak dagu terlanggar pantang larangnya dan menyebabkan "khadam" si pengguna minyak dagu itu inginkan darah si pengguna dan orang yang dia sayang. Persoalannya siapakah si pengguna minyak dagu...Azman atau Johan ?
 
Trailer FIlem..

 

Review Cha.. 

  • Permulaan cerita yang menarik tapi lepas 15 minit panggung ada masalah.. Cerita macam tergantung dan ada masalah sound. Rasa macam tengok cerita bisu pulak.. 
  • Mula-mula cerita dah serapkan perasaan seram sebab tebok trailer macam seram sesangat. Tapi hampa, sebab tak seram mana pun..
  • Lampu hospital tak ON, masalahnya ada nurse dalam scene tu...nampak macam kurang logik...typical movie seram memang macam tu kot...ke nurse tu pun hantu...suka duduk dalam keadaan gelap...huhu...
  • Ada bab-bab yang sepatutnya seram tapi jadi kelakar. Lagi-lagi bab si Johan bawa bomoh untuk pulihkan Emelda..(kena tengok sendiri ea..)
  • Ending cerita yang agak mengecewakan.. Sebabnya korang kena tengok sendiri..
  • Walau apapun, ada juga mesej dalam cerita ni.. Jauhkan diri dari benda-benda khurafat yang boleh makan diri sendiri ye..:)

*ni pun ada mesej jugak...
jangan tinggalkan baju direndam lama-lama..
nanti ada yang tolong cuci..huhu

No comments: