Tuesday, July 2, 2013

Promosi Di My Hardware, Saujana Impian..

Rasa dah lama sangat tak update blog. Sekarang ni agak sibuk sikit. Lagi pun tengah tak ada idea nak berblogging ni.hehe..




Hari ni cha nak update tentang tempat kerja cha iaitu kedai My Hardware. Kedai ni terletak di Taman Saujana Impian, Kajang. Kalau uols nak tahu My Hardware ni 100% bumiputra yang punya. Ala, orang melayu kite yang buka kedai ni. Biasa nya kalau hardware mesti bangsa cina yang pegang kan. Hope uols dapat support kami ye..:)



Lagi berapa hari dah nak puasa kan.. Lepas tu nak sambut Aidilfitri pula. So, My Hardware, Saujana Impian ada buat promosi sempena Ramadhan dan Aidilfitri. Kami tawarkan diskaun sehingga 50%. Menarik kan..?? Harus la menarik. Macam-macam yang kami tawarkan dengan harga yang hebat. Antaranya 20% diskaun untuk barangan elektrik dan kepala paip (untuk barangan tertentu). 15% diskaun untuk cylindrical lock dan padlock. 50% untuk barangan rumah.. :)



Ada lagi yang lebih menarikkk.. Bila nak raya ni mesti lah nak tukar warna rumah. Mesti nak beli kena cat baru kan.. Di My Hardware, Saujana Impian ada menjual cat jenama Kossan Paint. Sempena Aidilfitri tahun ni Kossan Paint buat promosi dimana setiap pembelian 5LT Ultra Clean, Silk Soft atau Koskyd uols akan dapat RM5 KFC/Pizza voucher. Kalau beli dinner plate tu cuma tambah berapa ringgit je dah dapat ayam 3 ketul..huhu





Di My Hardware, Saujana Impian juga, kami menyediakan perkhidmatan hantar terus ke rumah. Contohnya Pasir, Batu Simen, Simen, Kapur, Kayu-kayan, besi dan banyak lagi. Kalau rasa-rasa nak buat renovation tu boleh la datang order barang kat My Hardware.

p/s: jangan lupa 'LIKE' page My Hardware, Saujana Impian   di Fecabook ye.. mekaceh..^___^

No comments: