Thursday, January 17, 2013

Sesi Menonton : The Tower (2012)



SINOPSIS THE TOWER

Encik JO membuat rancangan untuk "White Christmas" parti untuk penyewa dan VIP di Sky Tower, super mewah kompleks bangunan tanda tempat dia memiliki di Seoul. Sebahagian daripada peristiwa itu akan melibatkan helikopter mengelilingi di atas, percikan salji pada semua orang di bawah. Dae-ho, bapa tunggal dan pengurus bangunan, adalah seorang pekerja yang bersungguh-sungguh disukai oleh rakan-rakannya dan disayangi oleh anak perempuan hanya beliau Ha-na. Dae-ho telah berjanji pada anak perempuannya mereka akan menghabiskan hari Krismas di taman hiburan bersama-sama tetapi rancangan parti yang tidak dijangka membuat dia kembali. Pada Hari Krismas, parti itu meriah dengan ayunan penuh dua buah helikopter menyembur salji atas Sky Tower. Apabila salah satu helikopter terhempas ke dalam bangunan, kebakaran meletus dan merebak dengan cepat. Dae-ho bergerak cuba untuk menyelamatkan Ha-na, Yoon-hee dan rakan-rakannya. Pada masa yang sama, legenda ahli bomba Young-Kee membuat jalan ke Sky Tower, melontar dirinya ke dalam bangunan pembakaran dan membawa api bawah kawalan, membantu Dae-ho dalam proses. Bersama-sama mereka berjuang untuk menyelamatkan nyawa semua orang di sekeliling mereka walaupun persengketaan menggelegak antara dua lelaki. Satu akan terus hidup, dan satu akan membuat pengorbanan muktamad.


TRAILER FILEM 


REVIEW CHA

  • Sebenarnya tak pernah tengok lagi movie Chinese atau Korea kat Cinema.. Tapi, setelah baca komen kawan kat fb kata movie ni best terus tertarik nak tengok..
  • Permulaan cerita agak menarik.. Menunjukkan kasih sayang seorang bapa tunggal pada anak dia..
  • Lepas tu cha teruja dengan kecantikan dalam bangunan Tower tu. Sekurang2nya kita tahu la macam mana keadaan dalam bangunan tu kan. Kalau nak masuk betul2 tak boleh..
  • Bab helikopter sembur salji tu pun agak menarik sampai ada angin lintang dan helikopter hilang kawalan sampai la terhempas masuk ke dalam bangunan tu.
  • Di situ la bermula segala debaran bila semua orang cuba nak selamatkan diri. Masa tu terfikir macam mana agaknya kalau cha ada dalam tu..
  • Kepantasan anggota bomba memadamkan api pun membuatkan cha rasa respect kat dorang. Tengok macam mana cara dorang kendalikan kes sebesar tu..
  • Dalam movie ni diselitkan elimen kekeluargaan, sedih, kelakar dan ada pihak yang pentingkan diri sendiri..
  • Secara keseluruhan, cha enjoy tengok movie ni. Kalau korang tak tahu nak tengok movie apa, cha suggest cerita The Tower. 
  • Cha bagi 4/5 bintang...^___^



Wednesday, January 16, 2013

Wordless Wednesday : Sakit Mata..

ni bukan mata cha ea..huhu


Adoii...sakit mata la pulak.. Semalam bangun-bangun tidur je mata duk berair. Tengok kat cermin, mata dah merah.. Memang sah la sakit mata.. So, pergi jumpa doktor dan dia bagi MC 2 hari. Tapi even mc still kena keje..huhu. Hari ni mata dah okie sikit.. Kena rajin makan ubat n letak ubat kat mata.. Yang tak best nya lepas makan ubat mesti nak tidur.  Ni pun still rasa mengantuk dan blur sikit..:(

Monday, January 14, 2013

Aktiviti Hujung Minggu..


Dah dua tiga hari ni cha rasa tak berapa sihat. Tekak pulak asyik sakit je.. Yang peliknya dia sakit time nak tidur. Mungkin kurang minum air. Badan pulak rasa lemah-lemah je. Sebab kena hujan agaknya.. Bila tak sihat ni macam biasa la akan teringin nak makan macam-macam.. Walaupun sakit tapi selera makan tetap maintain ye. Orang lain kalau sakit turun berat badan. Kalau cha memang takde makna. Macam tu jela beratnye.. Silap-silap naik 2kg..huhu

Dalam sakit-sakit tekak tu boleh pulak teringin makan Meatball kat IKEA..Mengada-ngada kan.. Dan lebih mengada-ngada cha mengadu kat kesayangan.. Dengan harapan kesayangan akan bawa la cha makan meatball..huhu.. Dan semalam kesayangan bawa jugak cha ke IKEA.. Kate sayang tunang kan, takan takleh nak penuhi permintaan cha.. Seronok je bila dengar dia nak belanja meatball.. Excited bersiap sementara tunggu dia amik kat umah..

Dalam pukul 6pm kitorang sampai ke IKEA.. Ingat dah petang-petang tak ramai orang. Rupa-rupanya sama je macam time lunch. Ramai nya manusia.. Bila nak makan kat sana kena ada tahap kesabaran yang tinggi sebab orang yang terlalu ramai dan tempat makan tak mencukupi. So, kena tunggu orang lain habis makan. Tapi sakit hati jugak sebab ada yang dah habis makan tapi still borak2, pastu rilex2 lagi.. Orang lain tercegat je duk tunggu turn. Tapi, walau apapun hilang rasa teringin dapat makan meatball.. Mekaceh ye kesayangan a.k.a En. Tunang..^___^





Lepas kekeyangan kitorang pergi pulak ke Jusco Cheras Selatan.. Cha nak cari seluar untuk kerja. Sambil-sambil habiskan masa bersama2.. Tapi tak lama kat Jusco sebab dah lewat. Beli barang, jalan-jalan jap terus balik.. Lagipun, kesayangan tak suka sangat shopping2 ni.. Sebelum balik rumah singgah makan jap kat kedai tomyam sebab cha nak pose ari ni.. Sahur la konon-kononnya.. 

Petang ni tak tahu nak makan apa masa berbuka.. Ingat nak masak sendiri.. Tapi kalau rajin la kan.. Kalau nak tapau tak tahu nak makan apa pulak..@_@