Friday, February 15, 2013

Conteng-conteng Blog (CNY)

Rasa macam dah lama sangat tak update blog... Sekarang ni cha bz sikit. Sebelum ni pun bz jugak tapi sempat lagi update ea. Tapi, sempena cuti Chinese New Year ni rasa dua kali ganda bz nye. Faham2 la kan, hardware cina semua tutup.. Rasa macam tak cukup langkah masa customer ramai..



Alih-alih lepas Chinese New Year, cha tak sihat. Mungkin terlebih makan limau kot. Cha rasa ada dalam 10 kotak limau yang supplier bagi. Tapi yang best, tahun ni cha dapat angpaw.. huhu.. Lagi 1 mungkin badan terlalu penat.. Mula2 batuk2 je, lepas tu kena selsema.. Bila tidur malam badan terus panas sangat2 sampai tak larat nak bangun.. sekarang ni dah kurang sikit cuma selsema dan batuk tak baik lagi..

Masa CNY ari tu, walaupun kerja sempat lagi cha balik kampung kesayangan. Yela, nak pergi jauh2 tak boley sebab kena kerja. Balik kampung kesayangan pun kira jauh tau. Kalau tido tu sempat mengigau ye..huhu.. Actually, kampung dia kat Sungai Tengi. Memang enjoy la pergi kampung dia. Cuma dapat stay kejap je lepas tu gerak balik Kajang.. Next time kena pergi lama sikit sebab abah dah tegur balik kejap sangat..hehe.. Balik Banting pun dapat kejap je. Tapi takpe la, janji dapat family tercinta. Yang penting dapat hilangkan rindu kat bebudak techik yang tomey2 dan baikkk sangat2 tu..