Thursday, March 7, 2013

My New Baby..






Last Sunday, cha keluar ngedate dengan En. Tunang. Dah dua minggu tak jumpa tau. Cha rasa macam dah berbulan-bulan tak jumpa. So far hubungan cha dengan En. Tunang berjalan dengan baik. Kalau ada gado2 ke, majuk2 ke, tu kan perkara biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit katenyaaaa...huhu

So, hari tu kitorang pegi la jenjalan kat The Mines. Pening kepala kalau masuk Mines ni. Bukan apa, sebab terlalu ramai manusia dalam tu. Cha pulak tak suka sangat pergi tempat yang sesak2 camtu. Tapi tak lama kat Mines. Kat sana pun just have lunch kat Popeye pastu jalan2 jap terus kuar dari situ.

Lepas tu, kitorang pergi pulak ke Jusco Cheras Selatan. Sambil-sambil survey handphone sebab skrin hp cha dah retak. Masa tu, kat Jusco tengah ada sales15%  untuk Jcard member. Seluar yang tak pernah ada diskaun pun boleh dapat diskaun. Walaupun belum gajian, nasib baik ada saki baki gaji ari tu. So, boley la cha shopping sikit2.


Dah penat shopping, pergi pulak tengok2 hp. Lepas tu berkenan pulak dekat Sony Miro. Sebab sebelum ni memang dah survey dalam web tentang spec Xperia Miro ni. Kalau nak ikut bajet memang ini jela yang termampu. En. Tunang pulak beli hp Xperia J.

Malam tu, kitorang dinner kat Umai Putrajaya sebab cha teringin makan pengat pisang.. Masa tu pulak tak berapa sihat. Nasib baik la En. Tunang memahami cha. Terus bawa cha pergi dinner kat situ. Tapi, semua yang cha order tak habis. Sayang je tau..uwaaa (tak suka membazir)

So, sekarang cha dah ada new baby selain Galaxy Tab. Yang ni kecik sikit dan senang nak ber'Facebook'..hehe.. Dan yang paling penting hp ni ada warna Pink. Kalau sebelum ni cha tak suka warna pink, tapi sekarang dah jadi gila dengan warna pink. Sebab faktor usia kot..hahaha tetiba jerrrr...okbye..^___^