Thursday, March 14, 2013

Ngedate Dengan Kesayangan..


Tuh diaaaa.... Asal keluar dengan En. Tunang confirm ada aktiviti makan.. Walaupun hanya sekejap tetap kena makan jugak..hehe..

Sebenarnya, malam tadi cha keluar ngedate a.k.a dating dengan my kesayangan. Cha request kat dia nak tengok wayang. Yela, kitorang dah lamaaaaaaaaaa sangat2 tak tengok movie tau. Last movie tengok cite Hansel & Gretel rasanya.. Kire lama la jugak walaupun tak lama sangat..huhu..

Dulu awal-awal bercinta, kesayangan ikut je cite apa cha nak tengok. Tapi alih2 lepas tunang ni, cha pulak ikut selera dia..hahaha.. Alaaa, Biasa la tu. Takan nak ikut kepala cha je kan.. Kena la belajar dari sekarang. Kang dah kawin takut terbawa2 pulak. Asyik nak orang je ikut cakap cha. So, malam tadi En. Tunang nak tengok cite Jack The Giant Slayer. Dah itu pilihan dia, cha pun ikutkan ajee..:p

Sebelum tu harus lah kenyang kan perut dulu. Cha teringin nak makan Sizzling. En. Tunang jenis tak kisah kalau bab-bab makan ni.. Yang tu dia memang ikut tekak buaya cha je..huhu.. Lepas kekeyangan terus pergi amik tiket wayang sebab cha dah booking awal2.. Jenis cha kalau nak tengok wayang memang akan beli tiket awal2 by online. Kalau tak mesti dapat seat tak best.. Lagi satu Cha malas nak beratur panjang-panjang. Buat lenguh kaki je.. Nanti kalau kaki jadi kecik camne..haha



Yang ni memang saja nak menggedik sebelum masuk panggung. En. Tunang pun jadi mangsa untuk main snap2. Tapi kejap je sebab orang makin ramai. Malu la orang tengok kan..huhu.. Tapi kira okie la cite Jack The Giant Slayer tu. Terlalu ringan cite nya.. Alih2 dah habis. Lepas ni tunggu cite G. I. Joe pulak baru tengok wayang lagi..:)

Monday, March 11, 2013

Aktiviti Hujung Minggu : Pergi Kondangan (Kenduri Kahwin)


Bulan March je, cha dah dapat 5 jemputan kenduri kawin. Mana yang sempat cha pergi la ye. Sebab kadang-kadang cha kena keje atau kalau majlis hari Sabtu memang cha tak dapat pergi sebab kerja.. So, hari Ahad lepas ada kenduri kawin kawan cha kat Banting. Bila perut dah kenyang inilah jadinya. Main snap2 pulak..

Selamat Penganting Baru untuk Akmal @ Kymunk dan pasangan.. Cha doakan semoga bahagia hingga akhir hayat dan dapat anak2 yang comel dan cute..:)