Wednesday, May 1, 2013

Kursus Pra Perkahwinan



 Rasa macam dah lama sangat tak update blog. Tak sempat rasanya nak duduk depan pc nak menaip panjang-panjang kan.. Kalau nak tau gambar-gambar kat bawah ni semua cha dah upload dah minggu lepas lagi. Punya la lama, tapi tak sempat nak update. 

Saja nak cite kat korang.. Baru-baru ni cha ada hadiri kursus pra perkahwinan atau sebutan pendek nye kursus kawin ye..hehe Dan harus lah cha pergi dengan tunang cha. Walaupun tarikh hari bersejarah kitorang ni dalam perancangan lagi tapi cha rasa baik pergi awal-awal kursus kawin ni. Lagipun sijil yang akan dapat nanti tak ada tarikh luput kan.

 Cha booking waktu kursus dari bulan Januari lagi. Cha amik kat JAIS Shah Alam. Walaupun jauh dari Kajang tapi tetap gigih nak amik kat sana sebab kawan-kawan cha kata penceramah nye best. Itu yang penting sebab cha memang tak boleh dengar-dengar ceramah. Secara automatik rasa mata macam ada gam.haha.. 

So, cha amik 13hb - 14hb April 2013. 
Bayaran nya masih sama macam sebelum ni jugak hanya RM80 sahaja. 
Pihak JAIS sediakan beg yang mengandungi buku, pamphlet dan pen. 
Kira RM80 tu termasuk sekali makan untuk sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang.

Sepanjang dua hari kursus tu macam-macam perkara yang cha belajar. Dari bab Cara nak isi borang nikah hingga bab cerai dan talak. Banyak isi-isi yang para penceramah beritau kat kita. Yang penting dalam rumahtangga ni kena banyak sabar. Yang isteri jangan jadi nusyuz dan suami pulak jangan buat main hal-hal talak. 
                 
Dalam ceramah tu jugak ada diselitkan bab kesihatan. Ada jugak dia tunjuk contoh video-video asam garam dalam rumahtangga. Tapi video yang tak sanggup cha tengok ialah video perempuan bersalin.. Rasa macam cha pulak yang ada kat tempat perempuan tu. T_T

Alhamdulillah, banyak benda yang cha dapat sepanjang dua hari kursus. Sijil Kursus Kahwin pun dah ada. Tinggal nak kahwin je. Insya Allah masanya akan tiba jugak satu hari nanti. Doakan hubungan cha dan tunang sentiasa elok ye. Sekarang ni pun jarang sangat gaduh. Kalau ada pun sebab cha la yang mulakan dulu ye..hehe.. Okeylah, jemput tengok gambar-gambar yang cha upload ni ye.. bubye..^__^

JAIS Shah Alam.

Snap untuk hilangkan ngantok..













Dah ada sijil mean dah boleh kawin..hehe


Sementara tunggu En. Tunang beli barang..

On the way balik Kajang.. (En. Tunang nga sakit gigi so takleh senyum..huhu)