Thursday, November 20, 2014

MAJLIS AKAD NIKAH + OUTDOOR 30/08/2014



Assalamualaikum.. 
Hari tu cha dah janji nak upload gambar cha kahwin kan. 
Sekarang ni rasa macam busy yang teramat sangat. 
Tak sempat nak update blog. 
So, hari ni cha nak upload gambar kahwin sikit. 
Kenangan untuk diri cha jugak. :)




Masa ni memang rasa berdebar-debar sangat. Sebab cha dah siap awal. Sementara nak tunggu rombongan dari pihak lelaki datang jantung ni dup dap dup dap je. Mak andam ni ialah sepupu cha sendiri. Cha amik sekali dengan pakej pelamin.


Inilah pelamin cha. Hiasan hantaran semua abang cha yang gubah.
Cantik tak??
Dia memang kreatif dalam bab2 macam ni.. :)

Yang ni cha posing dulu sebelum rombongan pihak lelaki sampai.
Photographer cha amik Photochanteq a.k.a kawan cha. 




Yang ni hantatan dari pihak cha untuk pihak lelaki..
Yang dari pihak lelaki takde pic pulak.
yang ada gambar satu2.. :)

Tuh diaaaaa.. Rombongan pengantin dah sampai. Eh2, encem pulak en. tunang masa nie..
Sekarang dah jadi en. suami.. :)

Masa akad nikah.
Sepatutnya masa ni ayah cha yang nikahkan.
tapi keadaan kesihatan tak mengizinkan so ayah wakil kan pada tok kadi yang merangkap sebagai pakcik cha..hehe
Alhamdulillah, cha dah sah menjadi isteri kepada en. suami, Mohd Radzuan bin Ismail.. :)


Upacara batalkan air sembahyang.
En. suami bagi gelang tangan sebagai hadiah kepada cha.
Sebenarnya cha memang minta gelang pun sebab cincin dah ada masa tunang ari tu. 


Untuk en. suami, cha bagi cincin. Sebab itu yang sesuai untuk kaum adam kan.. :)
Penyerahan wang hantaran dan mas kahwin dari en. suami.. :)

Disebabkan cha nikah pagi dalam pukul 11.30am. 
So, ada banyak lagi masa sementara nak tunggu tetamu datang. 
Biasanya kalau style jawa, kenduri akan mula selepas asar pada hari Sabtu dan akan berakhir pada hari Ahad selepas Asar. 



Photographer ajak buat outdoor dulu sementara nak tunggu majlis bermula. 
Sebab malam nya cha ada malam berinai. 
Kitorang decide nak buat outdoor kat Pantai Kelanag. 
Sapa2 yang duk area Banting confirm tau tempatnya. 
Kat sini memang tempat favorite pasangan pengantin buat outdoor. :)


Baju nikah ni cha tempah kat tailor.
Biasanya kalau baju untuk akad nikah mesti nak tempah sendiri kan.
Dulu masa kecik-kecik memang teringin nak kahwin dengan anak raja lepastu nak pakai baju ala-ala princess.
Dah besar ni tak dapat pulak kahwin dengan anak raja.huhu..
Tapi baju cha tetap design nak macam princess..
Alhamdulillah, tailor tu pun memahami kehendak cha dan hasilnya sangat2 memuaskan.
Tailor ni caj pun tak mahal sangat. :)

Cha ingat lagi, cha tunang dengan en. suami lepas 3 bulan kami kenal.
Cha nampak dia bersungguh-sungguh dalam hubungan kami.
Selepas setahun lebih kami buat keputusan untuk berkahwin.
Dan kami pilih tarikh 30 Ogos 2014 sebagai hari bahagia kami.
Mesti ramai tertanya-tanya kenapa cha tunang lama sangat.
Sebabnya, cha nak kami kenal antara satu sama lain.
Cha taknak kenal lama2 tapi hubungan takda kesudahan.
Alhamdulillah, kami kini dah sah sebagai suami isteri.
Pernah dengar tak orang tua2 kata cari seseorang yang sayang kita lebih dari kita sayang dia.
Itulah yang ada kat en. suami..
Sebab itulah dia yang menjadi pilihan hati cha.
Doakan hubungan kami kekal hingga ke Jannah ye.
Next entry cha update pasalt malam berinai dan Majlis bersanding pulak..
Tak janji dalam masa terdekat ni..hehe

Tuesday, October 14, 2014

I'M MARRIED... !!!



Sah bergelar Hubby & Wifie.. :)

#iniceritalama

Alhamdulillah.. Dengan sekali lafaz, cha telah sah menjadi isteri kepada En. Suami iaitu Mohd Radzuan pada 30 Ogos 2014. Dinikahkan oleh tok imam a.k.a pakcik cha sebab ayah cha demam. Niat asal memang nak sangat2 ayah yang nikahkan tapi kesihatan ayah tak mengizinkan. Ada jugak rasa sedih dan terkilan tapi yang penting kesihatan ayah dan cha dah sah jadi isteri kepada En. Suami.

Hmmmm... tak tau nak cita apa lagi. Nanti tunggu gambar dari photographer baru cha upload kat sini ye. Doakan hubungan Cha dan En. Suami kekal hingga ke Jannah. Amin.




Saturday, June 21, 2014

Luahan Hati.. :(

Bila kita tengok orang tu senyum tak semetinya dia sedang gembira.
Bila kita tengok orang tu bersama dengan orang yang tersayan, tak semestinya dia sedang bahagia.
Bila kita tengok orang tu menangis, tak semestinya dia sedang bersedih kerana ada juga yang menangis kerana gembira. 
Kita hidup di dunia ni memang tiada seorang pun yang sempurna. 
Setiap orang tetap merasai gembira, sedih, kecewa dan macam-macam lagi. 
Sebab kita ni sebagai manusia dikurniakan perasaan untuk merasai semua tu.

Kenapa kita sukar nak terima kekurangan orang lain.
 Lupakah kita bahawa kita juga mempunyai kekurangan yang tersendiri. 
Jika kita rasa perbuatan orang tu menjengkelkan, adakah semua orang suka pada perbuatan kita.
Aku akui bahawa aku mempunyai sikap-sikap yang membuatkan orang lain rasa tak berkenan dan tidak suka pada aku. Aku ingin untuk berubah tapi kenapa tidak memberikan aku ruang dan masa untuk berubah. Aku tak mampu untuk berubah dengan sekelip mata kerana aku bukan Malaikat.

Aku redha dengan apa yang aku lalui.
 Apa yang aku rasa hanya Allah yang Maha Mengetahui.
 Mungkin dari segi luaran orang tengok aku gembira tapi takda sesiapa yang tahu apa yang aku rasa.


Thursday, March 13, 2014

Posto...Posto...

Ececeeehhhhh...  Posto la sangat ye.
Parcel cha dah sampai.. Bukan satu tapi dua kotak yang sampai. 
Happy sangat sebab beli barang online ni kena hati-hati kan. 
Alhamdulillah, buat masa ni cha takde masalah untuk beli online. Nak pergi cari kat kedai memang susah nak ada masa terluang. Sebab tu mana yang boleh beli online cha beli je online. Yang penting kena survey harga dan dapatkan harga yang termurah..hohoho



Barang ni cha beli untuk door gift masa majlis cha nanti. 
Tapi yang ni untuk V.I.P iaitu family belah pihak lelaki. Itu pun cha tengok kat fb.. Sekali tengok terus tertarik sebab ada kelainan kat situ.. Cha tak order banyak pun cuma 100 nos je. 

Mesti korang rasa macam awal sangat je cha ni beli barang untuk door gift. Tapi bagi cha takde la awal mana pun. Banyak lagi yang tak settle lagi tau. Cha dah ada planning yang cha tulis kat buku kecik cha tu. Tiap-tiap bulan apa yang cha plan mesti cha akan buat dan settle kan. 

Oh yee.. Ada cite pasal sampin nikah ni.. Tapi nanti la tunggu entri lepas ni ye.. hehe

Wednesday, March 12, 2014

Kisah Baju Nikah..

Last two week, cha pergi hantar kain untuk baju nikah kat tailor. Butik dia dekat Hentian Bas Jalan Reko. Mungkin ada yang pernah hantar kat sana kot. Selagi tak hantar memang cha akan pening nak buat design macam mana dan apa design yang sesuai untuk cha. Sebab cha ni jenis berbadan besar.

Mula-mula cha tempah dulu baju untuk raya. Tapi buat sepasang je. Banyak lagi baju-baju yang tahun lepas boleh pakai. Kerja cha ni kan tak perlukan cha pakai baju kurung. So, baju-baju lama tu still nampak baru.. Lepas tu tempah baju nikah untuk En. Tunang pulak. Cha minta kat dia awal-awal senang nak tempah kat tempat yang sama. Nak amik pun senang. Settle dah baju raya ngan baju nikah untuk pihak lelaki..

Datang pulak masalah untuk design baju nikah cha. Akak tailor tu tanya nak buat baju apa. Cha pun macam blur je. huhu. Cha tunjuk gambar yang cha amik kat internet nak buat design ala-ala gaun muslimah. Tanya kat dia sesuai ke sebab cha comel sangat kan. Akak tu cakap sesuai je, nak buat gaun boleh, nak buat kurung moden pun boleh.

Lepas tu terus dia bagi idea nak buat macam mana, kain lace tu nanti dia tampal2 kat kain chiffon cha tu. Cha terus excited giler sebab dia macam memahami apa yang cha nak.. Cha cakap kat dia kalau ada kain lebih minta dia buatkan Veil. Dia kata boleh sebab kain banyak lebih. Nanti dia buat cantik2 katanya..

Tak sabar pulak nak tunggu baju nikah cha siap. Dia kata dalam bulan April dah boleh siap.hehe. So far banyak lagi yang cha kena buat untuk persiapan kahwin ni. En. Tunang busy ngan kerja ngan study dia. Taknak ganggu dia sangat. huhu. Tinggal lagi beberapa bulan je lagi. Semoga dipermudahkan semuanya.. Amin...

#pray4MH370

Tuesday, February 25, 2014

Misi Mencari Kain


Ni cite awal February hari tu.. Plan nak beli kain untuk nikah. Biasanya kalau baju untuk nikah ramai yang buat sendiri. Lagipun sekali seumur hidup kan. In shaa Allah.. Plan awal nak pergi dengan En. Tunang tapi dia tak berapa sihat. So, cha pergi dengan kakak cha ngan anak2 dia. Saja nak bawa budak-budak tu berjalan. Siap dah janji awal2 kena singgah Jusco sebab nak beli sushi..huhu

Cha memang plan nak beli kain nikah kat Jakel. Teringat masa awal-awal bercinta dengan En. Tunang dulu. Ada beritahu dia kalau nak kahwin cha nak beli kain kat Jakel. Walaupun tahu harga dia agak mahal tapi tetap nak beli kat Jakel. hehe.

Cha pergi hari Ahad. Masa tu Jakel ada promosi tapi bukan promosi gila-gila macam hujung tahun tu. Pagi-pagi lagi dah sampai kat sana. Parking pun senang, cha parking betul-betul depan Jakel. Masuk je promoter semua dah senyum dan ucapkan Selamat Datang. Cha terus pergi tingkat 3 tempat kain untuk bakal2 pengantin macam cha..hehe

Sampai je terus ada promoter yang tegur kitorang. Nama dia kak Yati. Kalau korang baca kat blog2 lain dorang yang dapat layanan kak Yati ni mesti berpuas hati. So, cha pun dah happy sikit time tu. Cha nak tengok betul ke kak Yati ni memang best.

Mula-mula cha macam blur jugak la sebab tengok kain semua cantik-cantik.. Harganya takyah cakap la, mahal-mahal pulak tu. Kitorang pusing-pusing dulu tengok-tengok harga.haha Sebenarnya cha bajet dalam RM300 je untuk baju nikah nanti.

Dah puas tengok-tengok kawasan terus kak Yati tu tanya cha nak buat baju macam mana. Cha beritahu dia cha nak buat baju guna kain chiffon. Dia tunjuk contoh gambar kat dalam hp dia. Memang sama dengan apa yang cha nak.. Then, kak Yati bawa cha kat tempat kain yang dijual ikut pakej. Pakejnya termasuk la lace 2mtr + satin 4m + kain baju melayu 4.5m. Sekali tengok harga rm4++. Cha bisik kat kakak cha, ni dah lari bajet lor..Kakak cha senyum je.

Bila beritahu kat kak Yati tema untuk akad nikah cha, dengan pantasnya kak Yati amik kain chiffon yang cha pilih terus ikat kat badan cha. Selama ni baca kat blog orang je tengok diorang test kain..huhu. Lepas tu dia amik kain satin pulak ikat kat badan cha. Tugas kakak cha tolong pilih lace yang ada. Siap cakap ngan dia amik yang murah je.hahaha


Mula-mula try lace warna hijau yang lari giler dengan tema. Nampak soft sangat-sangat sampai rasa menyesal kenapa tak pilih tema hijau. Kakak cha pun dah berkenan. Tapi memikirkan tema cha warna lain so cha minta tolong kakak cha amik kan yang lain.


Lepastu amik pulak warna dark pink kata kak Yati. Tapi cha rasa macam warna merah je. Ke cha yang buta warna.. Yang penting memang tak berkenan langsung dengan warna ni. Cha suruh kakak cha cari yang lain. Sekali dia cari kat tempat yang harga RM5++. Wah, mahal giler nak beli kain untuk kain baju nikah. Ni ada yang makan maggi je sementara nak tunggu gaji nanti..haha



Inilah kain yang harga RM5++ tu. Cantik kan warna dia. Manik dia pun berkilau-kilau tau. Nampak soft je. Tetiba rasa ayu pulak diriku ini. Hati memang dah terpikat giler kat kain ni. Tapi harga takleh tahan. Rasa macam mahal sangat. Lepastu cha minta kak Yati ni cari lace yang takde manik pulak. Kira kain lace kosong macam kat bawah ni.


Kalau yang ni murah je dalam RM2++. Tapi betul-betul kosong la takde manik langsung. Nak ikutkan amik je yang ni sebab baju nikah mesti la nak warna putih baru nampak suci dan murni.huhu. Tapi akak cha kata tak cantik pulak. Dia kata ni kan sekali seumur hidup kena la pakai cantik-cantik. Yela kakak, dah adikmu ini pun tak berapa cantik cuma comel je kan. Habis tu nak amik yang mana ni. Warna lain semua tak berkenan. Takan nak amik warna hijau pulak.. Terang2 dah lari tema..





Last skali cha pilih kain yang betul2 menepati citarasa cha. Nama pun beli kain kat Jakel kan. Nak bayar pun terketar2 tangan..huh Tapi takpe, nanti kite claim balik kat En. Tunang.hohoho. Hope menjadi la design yang cha nak. Amin..

 Yang ni pulak sebelum balik. Saja nak snap2 ngan anak buah cha yang comel je. Gaya macam dia yang shopping tau.. Comel kan Rida Zahra ni macam untie dia jugak..hehe. ok bye..:)

Sunday, January 26, 2014

WEDDING CHECKLIST..



Assalammualaikum..

Senarai semak ini  untuk memudahkan cha membuat pemantauan persiapan menjelang hari besar cha nanti..Tapi majlis hanya buat sebelah pihak perempuan je. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar..
Aminnn.....^__^v

Dokumen Kahwin
1) Kursus Kahwin - DONE!
2) Ujian Saringan HIV
3) Borang Nikah
4) Borang Tok Kadi
5) Lain-lain Borang
6) Gambar pasport


Tarikh
1) Tarikh Nikah & Resepsi - DONE



Tempat
1) Nikah (Rumah Perempuan) - confirm
2) Resepsi (Khemah Rumah Perempuan) - confirm




Warna Tema
1) Nikah - done
2) Resepsi - done



Design
1) Design Baju Resepsi Lelaki & Perempuan
2) Design Kad Jemputan Kahwin


Butik Pengantin
1) Nikah & Resepsi - booked



Photographer
1) Nikah & Resepsi - booked


Caterer
1) Nikah
2) Resepsi



Kek
1) Resepsi



Door Gift
1) Resepsi



Kompang & Pengacara Majlis
1) Nikah & Resepsi


Hantaran Pihak Lelaki
1) Duit Hantaran
2) Gelang - & Mas Kahwin - DONE!
3) Handbag -
4) Set Wangian -
5) Jam Tangan -
6) Telekung
7) Sirih junjung -


Hantaran Pihak Perempuan
1) Cincin
2) Kasut
3) Jam Tangan
4) Wallet & Tali Pinggang - DONE
5) Kameja & Seluar - DONE
6) Kek @ Cookies
7) Coklat
8) Sirih Junjung
9) Buah

Lain-lain
1) Banting & Banner
- Pihak Perempuan

2) Signage
- Pihak Perempuan

3) Bunge Manggar
- Pihak Perempuan

4) Bunga Pahar
- Pihak Lelaki
- Pihak Perempuan

5) TQ tag
- Pihak Lelaki
- Pihak Perempuan

6) Korsaj
- Pihak Perempuan

7) Henna -
(termasuk pakej andam)

8) Kad Jemputan Kahwin

9) Bulan Madu -


10) Cadar Bilik Pengantin


Thursday, January 9, 2014

Afrobuilder & Renovation..

Hyeeee... Tetiba je rajin nak update blog kan.. Bukan apa, tenet tengah laju ni haruslah kita manfaatkan dengan baikk.. hehe..

Kalau hari tu cha ada promote tentang My Hardware, Saujana Impian.. Kali ni cha nak promote tentang Afrobuilder & Renovation pulak. Yang ni pun dikendalikan 100% bumiputra..

Actually Afrobuilder & Renovation sangat berpengalaman dalam bidang ni. Hasil kerja nya pun sangat memuaskan mengikut feedback dari customer dan harga yang diberi amat berpatutan. Kalau uols nak tahu lebih lanjut boleh lah tengok kat FB Afrobuilder & Renovation ni sendiri. Kalau nak tahu tentang harga pulak just tinggalkan mesej je. Sebab tiada apa-apa caj dikenakan untuk quotation yang uols minta nanti..

Kat sini cha letak beberapa gambar hasil kerja dari Afrobuilder & Renovation. Kalau nak tengok lagi hasil kerja diorang ni jangan lupa singgah ke FB Afrobuiler ni ye..

Site Kajang Perdana..





Site Bangi Perdana 2..





Kalau ada apa-apa pertanyaan uols boleh whatsapp terus ke 019-3572003 ye..

Okie, bubye..

Celebrate Our Birthday..

Waduhhhh... Dah lama giler cha tak conteng2 kat blog ni. Sangat-sangat sibuk lately ni.. Sibuk ke?? Actually takde la sibuk sangat. Kalau pasal kerja tu biasa la kadang-kadang memang sibuk pun. Tapi sekarang ni pantang ada masa terluang mesti nak main game candy crush. Sekarang ni cha tengah tersangkut kat level 350.. Stress giler nak complete kan level tu..huhu

Kali ni cha nak cite pasal birthday cha ngan en. tunang tahun lepas. Kebetulan birthday kitorang dekat-dekat. Birthday en. tunang 20hb 12, birthday cha pulak 25hb 12. In Shaa Allah tahun 2014 ni we'll akan sambut sekali je.. Oh ayah.. Nisa mahu kahwin.. Kahwin dengan sapa.. Dengan Mohd Radzuan ler.. hehe..

Malas nak taip banyak-banyak so cha letak pic je la ye..^____^v

Time ni celebrate birthday En. Tunang..<3





Yang ni celebrate birthday cha pulak..<3






 
Okie, bubye..:)