Wednesday, March 12, 2014

Kisah Baju Nikah..

Last two week, cha pergi hantar kain untuk baju nikah kat tailor. Butik dia dekat Hentian Bas Jalan Reko. Mungkin ada yang pernah hantar kat sana kot. Selagi tak hantar memang cha akan pening nak buat design macam mana dan apa design yang sesuai untuk cha. Sebab cha ni jenis berbadan besar.

Mula-mula cha tempah dulu baju untuk raya. Tapi buat sepasang je. Banyak lagi baju-baju yang tahun lepas boleh pakai. Kerja cha ni kan tak perlukan cha pakai baju kurung. So, baju-baju lama tu still nampak baru.. Lepas tu tempah baju nikah untuk En. Tunang pulak. Cha minta kat dia awal-awal senang nak tempah kat tempat yang sama. Nak amik pun senang. Settle dah baju raya ngan baju nikah untuk pihak lelaki..

Datang pulak masalah untuk design baju nikah cha. Akak tailor tu tanya nak buat baju apa. Cha pun macam blur je. huhu. Cha tunjuk gambar yang cha amik kat internet nak buat design ala-ala gaun muslimah. Tanya kat dia sesuai ke sebab cha comel sangat kan. Akak tu cakap sesuai je, nak buat gaun boleh, nak buat kurung moden pun boleh.

Lepas tu terus dia bagi idea nak buat macam mana, kain lace tu nanti dia tampal2 kat kain chiffon cha tu. Cha terus excited giler sebab dia macam memahami apa yang cha nak.. Cha cakap kat dia kalau ada kain lebih minta dia buatkan Veil. Dia kata boleh sebab kain banyak lebih. Nanti dia buat cantik2 katanya..

Tak sabar pulak nak tunggu baju nikah cha siap. Dia kata dalam bulan April dah boleh siap.hehe. So far banyak lagi yang cha kena buat untuk persiapan kahwin ni. En. Tunang busy ngan kerja ngan study dia. Taknak ganggu dia sangat. huhu. Tinggal lagi beberapa bulan je lagi. Semoga dipermudahkan semuanya.. Amin...

#pray4MH370

No comments: