Thursday, March 13, 2014

Posto...Posto...

Ececeeehhhhh...  Posto la sangat ye.
Parcel cha dah sampai.. Bukan satu tapi dua kotak yang sampai. 
Happy sangat sebab beli barang online ni kena hati-hati kan. 
Alhamdulillah, buat masa ni cha takde masalah untuk beli online. Nak pergi cari kat kedai memang susah nak ada masa terluang. Sebab tu mana yang boleh beli online cha beli je online. Yang penting kena survey harga dan dapatkan harga yang termurah..hohoho



Barang ni cha beli untuk door gift masa majlis cha nanti. 
Tapi yang ni untuk V.I.P iaitu family belah pihak lelaki. Itu pun cha tengok kat fb.. Sekali tengok terus tertarik sebab ada kelainan kat situ.. Cha tak order banyak pun cuma 100 nos je. 

Mesti korang rasa macam awal sangat je cha ni beli barang untuk door gift. Tapi bagi cha takde la awal mana pun. Banyak lagi yang tak settle lagi tau. Cha dah ada planning yang cha tulis kat buku kecik cha tu. Tiap-tiap bulan apa yang cha plan mesti cha akan buat dan settle kan. 

Oh yee.. Ada cite pasal sampin nikah ni.. Tapi nanti la tunggu entri lepas ni ye.. hehe

No comments: