Saturday, June 21, 2014

Luahan Hati.. :(

Bila kita tengok orang tu senyum tak semetinya dia sedang gembira.
Bila kita tengok orang tu bersama dengan orang yang tersayan, tak semestinya dia sedang bahagia.
Bila kita tengok orang tu menangis, tak semestinya dia sedang bersedih kerana ada juga yang menangis kerana gembira. 
Kita hidup di dunia ni memang tiada seorang pun yang sempurna. 
Setiap orang tetap merasai gembira, sedih, kecewa dan macam-macam lagi. 
Sebab kita ni sebagai manusia dikurniakan perasaan untuk merasai semua tu.

Kenapa kita sukar nak terima kekurangan orang lain.
 Lupakah kita bahawa kita juga mempunyai kekurangan yang tersendiri. 
Jika kita rasa perbuatan orang tu menjengkelkan, adakah semua orang suka pada perbuatan kita.
Aku akui bahawa aku mempunyai sikap-sikap yang membuatkan orang lain rasa tak berkenan dan tidak suka pada aku. Aku ingin untuk berubah tapi kenapa tidak memberikan aku ruang dan masa untuk berubah. Aku tak mampu untuk berubah dengan sekelip mata kerana aku bukan Malaikat.

Aku redha dengan apa yang aku lalui.
 Apa yang aku rasa hanya Allah yang Maha Mengetahui.
 Mungkin dari segi luaran orang tengok aku gembira tapi takda sesiapa yang tahu apa yang aku rasa.


No comments: