Thursday, November 20, 2014

MAJLIS AKAD NIKAH + OUTDOOR 30/08/2014



Assalamualaikum.. 
Hari tu cha dah janji nak upload gambar cha kahwin kan. 
Sekarang ni rasa macam busy yang teramat sangat. 
Tak sempat nak update blog. 
So, hari ni cha nak upload gambar kahwin sikit. 
Kenangan untuk diri cha jugak. :)




Masa ni memang rasa berdebar-debar sangat. Sebab cha dah siap awal. Sementara nak tunggu rombongan dari pihak lelaki datang jantung ni dup dap dup dap je. Mak andam ni ialah sepupu cha sendiri. Cha amik sekali dengan pakej pelamin.


Inilah pelamin cha. Hiasan hantaran semua abang cha yang gubah.
Cantik tak??
Dia memang kreatif dalam bab2 macam ni.. :)

Yang ni cha posing dulu sebelum rombongan pihak lelaki sampai.
Photographer cha amik Photochanteq a.k.a kawan cha. 




Yang ni hantatan dari pihak cha untuk pihak lelaki..
Yang dari pihak lelaki takde pic pulak.
yang ada gambar satu2.. :)

Tuh diaaaaa.. Rombongan pengantin dah sampai. Eh2, encem pulak en. tunang masa nie..
Sekarang dah jadi en. suami.. :)

Masa akad nikah.
Sepatutnya masa ni ayah cha yang nikahkan.
tapi keadaan kesihatan tak mengizinkan so ayah wakil kan pada tok kadi yang merangkap sebagai pakcik cha..hehe
Alhamdulillah, cha dah sah menjadi isteri kepada en. suami, Mohd Radzuan bin Ismail.. :)


Upacara batalkan air sembahyang.
En. suami bagi gelang tangan sebagai hadiah kepada cha.
Sebenarnya cha memang minta gelang pun sebab cincin dah ada masa tunang ari tu. 


Untuk en. suami, cha bagi cincin. Sebab itu yang sesuai untuk kaum adam kan.. :)
Penyerahan wang hantaran dan mas kahwin dari en. suami.. :)

Disebabkan cha nikah pagi dalam pukul 11.30am. 
So, ada banyak lagi masa sementara nak tunggu tetamu datang. 
Biasanya kalau style jawa, kenduri akan mula selepas asar pada hari Sabtu dan akan berakhir pada hari Ahad selepas Asar. 



Photographer ajak buat outdoor dulu sementara nak tunggu majlis bermula. 
Sebab malam nya cha ada malam berinai. 
Kitorang decide nak buat outdoor kat Pantai Kelanag. 
Sapa2 yang duk area Banting confirm tau tempatnya. 
Kat sini memang tempat favorite pasangan pengantin buat outdoor. :)


Baju nikah ni cha tempah kat tailor.
Biasanya kalau baju untuk akad nikah mesti nak tempah sendiri kan.
Dulu masa kecik-kecik memang teringin nak kahwin dengan anak raja lepastu nak pakai baju ala-ala princess.
Dah besar ni tak dapat pulak kahwin dengan anak raja.huhu..
Tapi baju cha tetap design nak macam princess..
Alhamdulillah, tailor tu pun memahami kehendak cha dan hasilnya sangat2 memuaskan.
Tailor ni caj pun tak mahal sangat. :)

Cha ingat lagi, cha tunang dengan en. suami lepas 3 bulan kami kenal.
Cha nampak dia bersungguh-sungguh dalam hubungan kami.
Selepas setahun lebih kami buat keputusan untuk berkahwin.
Dan kami pilih tarikh 30 Ogos 2014 sebagai hari bahagia kami.
Mesti ramai tertanya-tanya kenapa cha tunang lama sangat.
Sebabnya, cha nak kami kenal antara satu sama lain.
Cha taknak kenal lama2 tapi hubungan takda kesudahan.
Alhamdulillah, kami kini dah sah sebagai suami isteri.
Pernah dengar tak orang tua2 kata cari seseorang yang sayang kita lebih dari kita sayang dia.
Itulah yang ada kat en. suami..
Sebab itulah dia yang menjadi pilihan hati cha.
Doakan hubungan kami kekal hingga ke Jannah ye.
Next entry cha update pasalt malam berinai dan Majlis bersanding pulak..
Tak janji dalam masa terdekat ni..hehe

No comments: