Tuesday, February 25, 2014

Misi Mencari Kain


Ni cite awal February hari tu.. Plan nak beli kain untuk nikah. Biasanya kalau baju untuk nikah ramai yang buat sendiri. Lagipun sekali seumur hidup kan. In shaa Allah.. Plan awal nak pergi dengan En. Tunang tapi dia tak berapa sihat. So, cha pergi dengan kakak cha ngan anak2 dia. Saja nak bawa budak-budak tu berjalan. Siap dah janji awal2 kena singgah Jusco sebab nak beli sushi..huhu

Cha memang plan nak beli kain nikah kat Jakel. Teringat masa awal-awal bercinta dengan En. Tunang dulu. Ada beritahu dia kalau nak kahwin cha nak beli kain kat Jakel. Walaupun tahu harga dia agak mahal tapi tetap nak beli kat Jakel. hehe.

Cha pergi hari Ahad. Masa tu Jakel ada promosi tapi bukan promosi gila-gila macam hujung tahun tu. Pagi-pagi lagi dah sampai kat sana. Parking pun senang, cha parking betul-betul depan Jakel. Masuk je promoter semua dah senyum dan ucapkan Selamat Datang. Cha terus pergi tingkat 3 tempat kain untuk bakal2 pengantin macam cha..hehe

Sampai je terus ada promoter yang tegur kitorang. Nama dia kak Yati. Kalau korang baca kat blog2 lain dorang yang dapat layanan kak Yati ni mesti berpuas hati. So, cha pun dah happy sikit time tu. Cha nak tengok betul ke kak Yati ni memang best.

Mula-mula cha macam blur jugak la sebab tengok kain semua cantik-cantik.. Harganya takyah cakap la, mahal-mahal pulak tu. Kitorang pusing-pusing dulu tengok-tengok harga.haha Sebenarnya cha bajet dalam RM300 je untuk baju nikah nanti.

Dah puas tengok-tengok kawasan terus kak Yati tu tanya cha nak buat baju macam mana. Cha beritahu dia cha nak buat baju guna kain chiffon. Dia tunjuk contoh gambar kat dalam hp dia. Memang sama dengan apa yang cha nak.. Then, kak Yati bawa cha kat tempat kain yang dijual ikut pakej. Pakejnya termasuk la lace 2mtr + satin 4m + kain baju melayu 4.5m. Sekali tengok harga rm4++. Cha bisik kat kakak cha, ni dah lari bajet lor..Kakak cha senyum je.

Bila beritahu kat kak Yati tema untuk akad nikah cha, dengan pantasnya kak Yati amik kain chiffon yang cha pilih terus ikat kat badan cha. Selama ni baca kat blog orang je tengok diorang test kain..huhu. Lepas tu dia amik kain satin pulak ikat kat badan cha. Tugas kakak cha tolong pilih lace yang ada. Siap cakap ngan dia amik yang murah je.hahaha


Mula-mula try lace warna hijau yang lari giler dengan tema. Nampak soft sangat-sangat sampai rasa menyesal kenapa tak pilih tema hijau. Kakak cha pun dah berkenan. Tapi memikirkan tema cha warna lain so cha minta tolong kakak cha amik kan yang lain.


Lepastu amik pulak warna dark pink kata kak Yati. Tapi cha rasa macam warna merah je. Ke cha yang buta warna.. Yang penting memang tak berkenan langsung dengan warna ni. Cha suruh kakak cha cari yang lain. Sekali dia cari kat tempat yang harga RM5++. Wah, mahal giler nak beli kain untuk kain baju nikah. Ni ada yang makan maggi je sementara nak tunggu gaji nanti..haha



Inilah kain yang harga RM5++ tu. Cantik kan warna dia. Manik dia pun berkilau-kilau tau. Nampak soft je. Tetiba rasa ayu pulak diriku ini. Hati memang dah terpikat giler kat kain ni. Tapi harga takleh tahan. Rasa macam mahal sangat. Lepastu cha minta kak Yati ni cari lace yang takde manik pulak. Kira kain lace kosong macam kat bawah ni.


Kalau yang ni murah je dalam RM2++. Tapi betul-betul kosong la takde manik langsung. Nak ikutkan amik je yang ni sebab baju nikah mesti la nak warna putih baru nampak suci dan murni.huhu. Tapi akak cha kata tak cantik pulak. Dia kata ni kan sekali seumur hidup kena la pakai cantik-cantik. Yela kakak, dah adikmu ini pun tak berapa cantik cuma comel je kan. Habis tu nak amik yang mana ni. Warna lain semua tak berkenan. Takan nak amik warna hijau pulak.. Terang2 dah lari tema..





Last skali cha pilih kain yang betul2 menepati citarasa cha. Nama pun beli kain kat Jakel kan. Nak bayar pun terketar2 tangan..huh Tapi takpe, nanti kite claim balik kat En. Tunang.hohoho. Hope menjadi la design yang cha nak. Amin..

 Yang ni pulak sebelum balik. Saja nak snap2 ngan anak buah cha yang comel je. Gaya macam dia yang shopping tau.. Comel kan Rida Zahra ni macam untie dia jugak..hehe. ok bye..:)